Episode 14

15 2 0
                                    

Keesokkannya, di stesen keretapi,
Puan Choi:"Elok-elok ye kamu kat sini,eomma nak pergi ni." Kata Puan Choi kepada Yuna sambil memegang bagasinya.

Yuna:"Yelah Eomma."

Puan Choi:"Balik tau esok."

Yuna:"Nae Eomma."

Speaker:"Perhatian kepada penumpang yang menuju Gwangju. Sila bersedia di seat anda kerana Keretapi akan bertolak sebentar lagi."📣

Yuna:"Ha, Eomma cepat naik keretapi. Dah nak gerak dah ni."

Puan Choi:"Ha Yelah Yelah. Jaga diri baik tau. Eomma gi dulu."

Lalu Puan Choi memeluk anaknya. Dan meleraikan pelukan semula.

Yuna:"Anyeong! Sambil melambai kearah Puan Choi.
                                    __________________

Wooseok situation-

Wooseok:" Mana perginya Yuna ni. Aku call tak nak jawab. Dah dua hari dia tak datang kolej ni."

Dia melihat pada fonnya yang ditangan dengan rasa berang campur pelik. Kemana sahabatnya yang selama ni selalu berkepit dengan dia. Dan hari ni dia berasa lengang tanpa rakan baiknya.

Wooseok mula melarikan matanya dari fon dan melihat orang dihadapannya.

Wooseok:"Eh, tu cam Yuna je." Katanya lalu mendekati gadis di depannya.

Wooseok:"Yuna!"panggilnya sambil tepuk bahu gadis tu dari belakang.

Gadis yang ditepuknya menoleh memandang dia.

????:"Mwo!"
Rupanya bukan Yuna.

Wooseok:"Ops..sorrry, salah orang."

Si gadis menggelengkan kepala lalu beredar dari situ.

Wooseok berasa hampa kerana fakehope." Ingatkan Yuna. Hish, mana lah kau ni Yuna, aku rindu sangat kau."

Yuna Situation-

Di kolej,
Yuna memulas tombol pintu bilik Pengerusi Jong Hoon. Terlihat pengerusi sedang duduk di mejanya.

Yuna:"Annyeonghaseyo..."

Jong Hoon:"Oh, Yuna! Silakan duduk."

Yuna:"Kamsahamnida.." katanya sambil duduk di kerusi hadapan meja pengerusi.

Pengerusi:"Ada apa awak datang ni?"

Yuna:"Sebenarnya, saya datang ni nak minta pada pengerusi untuk berhenti."

Pengerusi:"Mwo! Kenapa tiba-tiba kamu nak berhenti." Terkejut Jong Hoon.

Yuna menghembus nafas untuk menerangkan situasi yang melanda dirinya.

Yuna:"Saya sudah kehilangan bapa saya dua hari lepas."

Pengerusi:"Oh...jwesonghabnida."

Yuna:"Tak mengapa.. lagipun saya dah fikir masak-masak yang saya dan ibu berpindah ke kampung semula."

Pengerusi:"Oh...nanti saya akan buat prosedur pemindahan kamu. Jadi kamu boleh berpindah dengan tenang."

Yuna:"Kamsahamnida..."

Pengerusi:"Kamu nak bertolak bila?"

Yuna:"Petang esok."

Pengerusi:"Yuna..."

Yuna:"Ye sajang nim."

Pengerusi:"Kamu ada masalah lain ke yang nak bagitau saya?"

Yuna:"Masalah? Saya takde masalah."

Pengerusi:"Saya tahu kamu ada.."

Yuna:"Apa maksud sajang nim ni?"
______________________________

Yuna Situation-

Yuna sedang duduk di katilnya. Dia membuka laci meja lampu tidurnya.
Terlihat diarinya. Tangan nya mencapai diari tersebut. Dan secara tak sengaja gambar Wooseok yang terselit di situ terjatuh. Dia mengambil gambar itu yang berada di atas lantai.

Gambar senyuman Wooseok di tengoknya mendalam. Kemudian menitislah air mata. "Aku dah tak kuat Wooseok, selama ni aku bertahan semata-mata menunggu kau. Tapi kau tak pernah sedar."Gambar itu didakapnya kerana kesalan yang tidak terhingga.
Kemudian diarinya dibuka ke bahagian kosong untuk ditulis. Maka lincahlah tangannya menulis untuk meluahkan segala di dalam hati dengan derasan air mata yang tak berhenti.

Keesokkannya.
Wooseok Situation-
Petang...
Wooseok berada di hadapan rumah Pengerusi Jong Hoon untuk berjumpa dengan Tzuyu.Dia menekan tombol loceng rumah.
Dan keluarlah Pengerusi membuka pintu rumah.

Pengerusi:"Oh, kamu Wooseok. Kenapa kamu datang ni?"

Wooseok:"Saya nak jumpa Tzuyu. Boleh tak Pengerusi panggil dia."

Pengerusi:"Saya tak izinkan." katanya dengan nada yang tegas.

Wooseok:"Ta..tapi kenapa?" soalnya Wooseok dengan bingung.

Pengerusi:"Kamu ada jumpa Yuna tak sepanjang hari ni?"

Wooseok:"Tak, kenapa ya."

Pengerusi:"Kamu tahu tak yang appa dia meninggal."

Wooseok:"Mworago!"

Pengerusi:"See, kamu pun tak ambil tahu pasal Yuna. Sahabat apa kamu ni. Dia kat sana sedang menangis yang kamu kat sini masih boleh berseronok."

Wooseok:"Maafkan saya. Saya tak tahu sajang nim. Saya ingatkan dia tak datang kolej sejak dua menjak sebab merajuk."

Pengerusi:"Memang dia merajuk dengan kamu."

Wooseok:"Mwo!" Wooseok terkejut dengan kata-kata Pengerusi itu.

Pengerusi:"Ye, Sebab kamu melamar Tzuyu."

Wooseok:"Kenapa dia nak marah pula. Dia yang galakkan saya untuk couple."

Pengerusi:"Sebab dia suka kamu. Dia cintakan kamu..."

Wooseok terdiam seketika.

Pengerusi:"Kamu ingat saya tak tahu yang Yuna tu dah lama ada perasaan kat kamu. Kamu tahu tak persahabatan kamu sebenarnya lebih dari kawan. Kamu boleh tipu sesiapa, Wooseok. Tapi kamu tak boleh tipu diri kamu sendiri."

Pengerusi:"Yuna kata pada saya yang dia akan balik ke kampung dia petang ni. Mungkin sekarang dia ada kat stesen keretapi. Pergilah jumpa dia Wooseok sebelum terlambat."

Wooseok mula berpaling dari Pengerusi Jong Hoon untuk bergerak pergi.

"Sayang...I dah siap. Jom lah gerak sekarang." kata Tzuyu yang baru turun dari bilik kerana bersiap. Namun, Wooseok telah mula bergerak ke keretanya.

Tzuyu mengejar Wooseok. Tapi Wooseok lebih pantas. Lelaki itu telah memasuki kereta.
"Wooseok! Wooseok! Wooseok! Awak nak gi mana ni! Buka pintu ni! Wooseok!" Panggil Tzuyu sambil mengetuk tingkap kereta Wooseok.

Kemudian, kereta tersebut bergerak pergi meninggalkan rumah itu. Tzuyu menjeling tajam kepada Pengerusi Jong Hoon kerana berang.

R.V.S Read, Vote and SHARE ... Saya menulis anda psst... MEMBACA!😁

Saranghae ChinguWhere stories live. Discover now