20|Pergaduhan Demi Kebaikan

94 27 5
                                    

Dalam perjalanan, Taehyung teringatkan peristiwa tadi di mana dia dengar perbualan Tzuyu dan Irene yang sepertinya bermusuhan.

Tiba sahaja di kedai Kelab Mencari Jodohnya, seorang lelaki hensem menghampirinya "Aku nak daftar. Nama aku Jeon Jungkook" ucapnya sambil menghulurkan tangan tanda kenal

"Taehyung" Taehyung bersalaman dengan Jungkook "Jom masuk" ajaknya mengiringi Jungkook masuk ke dalam.

Mereka terus masuk ke dalam pejabat Taehyung. Jungkook duduk berdepan dengan Taehyung yang bersebelahan dengan Irene.

"Nyatakan personaliti kau" Arah Taehyung sambil bersedia untuk menaip

“Saya seorang yang setia, baik hati, suka tolong orang. Hensem dan comel tu pasti.. Saya rasa tu je kot. Entahlah.. Melebih nanti kata riak pulak" kata Jungkook lalu tertawa kecil. Taehyung turut tertawa lalu memandang Irene. Irene menunjukkan riaksi wajah meluat

"Okey lah kalau tu je, nanti kalau ada calon, aku call" Kata Taehyung lalu tersenyum mesra. "Kejap.. Aku nak tanya" Jungkook kini tetiba serius "Ye nak tanya apa?" Soal Taehyung

"Ni bukan kaunter pertanyaanlah. Kat luar tu ramai lagi orang nak daftar. Cepat keluar" arah Irene selamba dengan wajah berkerut "Biarlah dia" Taehyung menahan baran yeochinnya itu

"Kat sini ada perempuan yang bernama Chou Tzuyu ke?" Tanya Jungkook membuatkan Taehyung gugup. Dia dapat rasakan itu ialah Ex Tzuyu

Manakala Irene tersenyum "Ada.. Awak nak jumpa dia ke?" Soal Irene tetibe peramah pula

"Apa pulak.." Taehyung memberi isyarat pada Irene agar jangan sibuk "Tzuyu dah lama daftar. Sampai sekarang dia tak datang balik. Rasanya dia dah serasi dengan partner dia" Kata Taehyung mereka jawapan

"Oh ye ke.. Teruklah.. Tak apalah.  Aku minta diri dulu" Jungkook bangun dari kerusi dan berlalu pergi. Taehyung menghembus nafas lega.

"Kenapa Tae menipu? Biarlah dia cari Tzuyu" marah Irene "Mana boleh.. Dia tu sebenarnya jahat. Dia hantar 7 ekor setan dekat Tzuyu" kata Taehyung dengan cemas

"7 ekor setan?" Irene melopong terkejut

Jungkook mendengar perbualan mereka dari luar bilik. Dia tersenyum sinis. Kini dia melangkah keluar menuju ke kereta Taehyung lalu menampal kamera tersembunyi di nombor kereta Taehyung

****

Yugyeom, Jackson dan Youngjae menuruni tangga sambil membawa beg baju "Korang nak pergi mana?" Soal Jaebum pelik

"kitorang nak pergi camping dengan The Kunyitz. Tinggal lah korang berempat dekat rumah" kata Jackson dengan semangat "Ehh nak ikut jugak" Jaebum membuat muka meminta simpati

"Dah tak ada girlfriend tu, buat je lah cara tak ada girlfriend" ujar Yugyeom selamba sambil flip hair. "Betul tu" Youngjae bersetuju

"Aku nak ikut jugak! Kalau tak, aku hantui kem korang"Jaebum membuat ugutan pada mereka. Mereka bertiga hanya merenungnya -_-

"Kitorang pun hantu masalahnya. Kitorang takkan takut" kata Jackson "Entah! Kau ni bebal la" kutuk Youngjae "Rilek ahhhhhh" Jinyoung bersuara dengan bengis

Mark dan Bambam hanya diam menonton tv.

"Daah gerak dulu" kata mereka lalu masing-masing menghilang sendiri.

Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Where stories live. Discover now