Dahyun terasa perutnya pedih yang teramat. Rasa pedih itu datang selang 5 minit. Dia menoleh sebelah memandang Jimin yang sedang tidur.
Sepatutnya Jimin cuti untuk menjaga Dahyun tetapi dia lebih kepada tidur 24 jam tak kisah siang, petang atau malam.
"Jimin...." Panggil Dahyun sambil menolak tangan suaminya itu berkali-kali agar bangun tapi langsung tak menunjukkan yang dia akan terjaga
Dah mati ke? Getus hati Dahyun
"Jimin, Hyunjin nak keluar!" Teriak Dahyun terus memusnahkan mimpi Jimin "Huh? Hyunjin nak keluar?" Dia menyoal dengan gelabah sambil terduduk bersama Dahyun di hujung katilDahyun mengangguk "Saya rasa sakitlah. Boleh awak panggil Tzuyu kejap?" mintanya. Jimin mengerutkan dahi "Erm buat apa? Kan saya ada" Tangan sebelahnya memeluk bahu Dahyun
"Saya nak cakap dengan dia kejap. Dah lama tak berborak dengan dia" jawab Dahyun tersengih "Oh. Okey" Jimin bangkit dari katil langsung ke bilik Tzuyu. Dia dapati pintu bilik Tzuyu terbuka luas. Tiada Tzuyu di dalam. Dia kembali mendapatkan Dahyun "Tzuyu keluarlah" jawab Jimin
"Oh." Dahyun agak kecewa "Awak nak membawang apa? Membawang je la dengan saya. Saya kan suami awak" Jimin bersandar di bahu Dahyun tanda ingin bermanja
"tak ada masa nak membawang. Saya nak bagi pesanan ringkas sebelum saya pergi" Jawab Dahyun serius.
Jimin tergamam "Yahh! 'Pergi' mana? Noo awak takkan pergi tinggalkan saya. Saya yakin awak akan selamat" Jimin memeluk tangan Dahyun dengan erat. Matanya bertakung dengan air mata kerana risau dan sedih.
"Mana la kita tahu kita selamat atau tak. Semuanya terletak di tangan Tuhan." ujar Dahyun pasrah. "Ya...tapi awak yakinlah awak akan hidup. Jangan tinggalkan saya" Jimin merenung mata Dahyun dengan riak wajah sayu.
"Tch.. Saya nak jumpa Tzuyu" Dahyun menukar topik "Tzuyu tak ada" balas Jimin
Dahyun tetiba mengerang sakit lagi "Arghhh"dia mengusap perutnya yang semakin tegang. Jimin hanya mampu menggosok kepalanya agar bertenang"Jom pergi hospital" ajaknya lantas mengangkat Dahyun ke kereta
*****
Geng The Kunyitz rancak berborak di satu meja bulat. Masing-masing sibuk membawang kecuali Yugyeom dan Nayeon yang dari tadi merenung satu sama lain dengan pandangan tajam.
Jin turut menyaksikan renungan mereka. "Cinta dah berputik kembali ke? Lama tenung!! hahahah" Jin tertawa sendiri. Yang lain turut memberi tumpuan pada Nayeon dan Yugyeom dengan janggal
Segera Nayeon menundukkan pandangan "Err.. Aku dengan Yugyeom kawan lah" Nayeon tersenyum hambar. Yugyeom langsung tak tersenyum. Wajahnya jelas serius seolah tidak bersetuju dengan kenyataan Nayeon
"Hey korang, tengok raja sehari tu handsome gila" Momo memecahkan suasana janggal dengan menunding jari pada Taehyung yang lengkap berbaju pengantin
Taehyung sudah pun bersedia di tempatnya. Tinggal menunggu pengantin perempuan,Jisoo yang masih lagi tidak memunculkan diri. Dia belum tiba di dewan.
"dah lambat ni" ucap pengapit sedikit risau pada Taehyung. Taehyung mengetap bibirnya, fikirannya pula memikirkan perbuatan Jisoo sekarang. Dia dalam masaalah ke?
Seluruh dewan bergema alunan muzik piano yang harmoni. Lagu yang biasa dimainkan dalam sebuah majlis perkahwinan. Semua berbising dengan ketiadaan pengantin perempuan.
Mereka tertanya-tanya di mana pengantin perempuan. Adakah dia cuma lewat atau ditimpa kemalangan sewaktu dalam perjalanan? (ᵐᵃᵏ ᵃⁱ, ʲᵃʰᵃᵗ ᵐᵘˡᵘᵗ)
YOU ARE READING
Jodoh Si TAEHYUNG (✔)
FanfictionKim Taehyung merupakan pengurus bagi sebuah Kelab Mencari Jodoh. Namun dalam masa yang sama, dia cuba untuk mencari jodohnya sendiri Dalam masa yang sama jugalah dia perlu mencari jodoh untuk Tzuyu, seorang wanita pelik yang diganggu 7 ekor hantu d...