28| Kerana Suka

102 26 12
                                    

Taehyung masuk ke dalam rumah. Baru pulang dari kerja. Dahyun sudah lama menunggunya di sofa ruang tamu "Hyun nak cakap sikit" Kata Dahyun dengan serius.

"Apa dia?" Taehyung melabuhkan punggung di sebelahnya. Remote Tv di capai dan dibukanya "Pasal Tzuyu..Oppa tak ada apa-apa perasaan ke dekat dia?" Soal Dahyun sambil merenung Taehyung tajam

Taehyung terkaku. "Kawan je" jawabnya perlahan tanpa memandang Dahyun. Matanya sibuk menonton kartun Simpsons di kaca Tv

Dahyun geram dengan jawapan Taehyung. Dia merampas remote TV di tangan Taehyung lalu menutup Tv

"Sampai bila? Sampai bila Oppa nak rahsia kan perasaan tu dekat Tzuyu? Hyun tahu oppa suka dia. Oppa sanggup tolong dia. Kenapa Oppa tipu?" Dahyun mula naik angin dengan penipuan Taehyung

Taehyung melepaskan keluhan berat. Rimas pun ada "Hyun ni kenapa? Oppa dengan Tzuyu tu kawan. Kawan je! Boleh tak kau jangan campur urusan aku?!" bentak Taehyung

Dahyun menunduk ke bawah takut. Dia menangis. Taehyung baru sedar dengan kelakuannya. "Dahyun.." Panggilnya kesal. Tangannya cuba menyentuh rambut Dahyun

Dahyun terus berdiri dan masuk ke dalam biliknya. Pintu di hempas

Taehyung meraup wajahnya dengan bengang. Fikirannya serabut. Dia dah la penat, balik rumah je adik dia pulak minta dia jujur. Masalahnya, dia sendiri bingung dengan diri sendiri. Dia turut menangis

Tzuyu pula masuk ke dalam. Melihat Taehyung di ruang tamu sorang-sorang buat dia pelik. Dia menghampiri Taehyung yang sedang duduk membelakanginya

"Taehyung.. Kenapa awak nangis?" Tzuyu menarik bahu Taehyung agar memandangnya. "Mana ada..." Taehyung mengelap air matanya

"Mana ada apanya? Basah-basah mata ni.. Awak ada masalah ke? " Soal Tzuyu dengan risau. Taehyung merenung ke dalam matanya. "Takk.." Taehyung mengalihkan pandangan lalu segera naik ke biliknya

Tzuyu hairan. "Kenapa dia menangis?" Dia bertanya sendiri. Dia duduk di atas sofa. Memikirkan hal di rumah The Boyz tadi.

"Patut ke aku teruskan je hubungan dengan Younghoon? Tapi dia trainee.. Agensi dia mesti tak bagi couple.. Tapi dia suka aku?" pening Tzuyu memikirkannya. Dia mencengkam rambutnya

"Sebelum terlambat, tak payahlah teruskan" Tegur Jaebum yang tiba-tiba muncul di hadapannya "Tapi dia suka akuu" Tzuyu masih bingung. Jaebum menjeling ke atas dan mengeluh "Bukan dia je suka kau" Katanya dengan nada malas

"tapi ni peluang terakhir aku untuk dekat sini sebelum aku balik kampung" kata Tzuyu sambil merenung Jaebum pasrah.

Jaebum mencebik "Kau sendiri yang rancang peluang kau tu. Suka hati kau lah." Malas Jaebum nak layan dia. Tzuyu terdiam. Sambung berfikir

****

Taehyung terbaring di atas katilnya. Gelang di tangan direnungnya lama. Telefonnya tiba-tiba berdering "Hello?" jawabnya

"Oppa.. Buat apa tu?" Soal Jisoo dalam talian. Taehyung terkejut "Mana kau dapat nombor aku?" soalnya tegas. Dia tak pernah letak nombor telefonnya di kedai. Cuma nombor pejabatnya sahaja

"Adalah. Oppa.. Keluar kejap. Jisoo dekat depan rumah ni" kata Jisoo lalu tertawa kecil. Taehyung mengerutkan dahi "Kau tahu rumah aku dekat mana?" Dia bertambah pelik

"Tahulah... Cepatlah keluar" Jisoo memaksanya "Aku takkan keluar selagi kau tak bagitau aku, mana kau dapat nombor aku dengan macam mana kau tahu rumah aku dekat mana" Taehyung berdegil

Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Where stories live. Discover now