26|Kata Hati

101 27 12
                                    

"Wow.. Kenapa dari awal kau tak kahwin je dengan pilihan diorang? Kan senang..tak ada lah kau kene try banyak kali dekat sini" Kata Taehyung dengan sinis

"Tapi pilihan diorang Jungkook" kata Tzuyu membuatkan Taehyung terkejut. "Habistu kau memang boleh terima dia ke?" Taehyung sedikit menengking

Tzuyu menjelingnya sekilas "Demi Omma Appa.. Saya terpaksa" Jawab Tzuyu ragu-ragu

"Tak boleh.. Aku takkan benarkan kau balik sorang. Kau kene pergi berteman.
Kau takkan kahwin dengan Jungkook. Kau bukan jenis yang get back dengan ex" Taehyung bertegas.

Tzuyu tersenyum memandangnya "Saya hargai semangat awak" ucapnya terharu

***

Dr Jamie baru selesai membasuh luka Jaebum. Kepalanya di balut semula.

"Pelik. Hantu pun sakit" Katanya sendiri. Mengetahui Jaebum ialah seorang hantu, langsung tak menakutkannya kerana dia kerap di ganggu hantu di hospital

Jaebum membuka matanya perlahan "Korang... Korang.." dia memanggil kawannya. Dr Jamie memeriksa keadaannya

"Jaebum, awak ingat apa-apa tak?" Dr Jamie inginkan kepastian untuk merekod keadaannya "Kau siapa?" Jaebum mengerutkan dahi.

"Saya ni doktor peribadi awak. Awak kenal tak Bambam, Yugyeom, Youngjae, Jackson, Mark dan Jinyoung?" Jamie menyoal

"Kenal..masalah sekarang ni, saya tak kenal awak" Jaebum masih blur "Awak buat apa dalam bilik saya ni? Mana omma appa saya?" Jaebum sengaja mainkan Jamie

Dr Jaemin menjeling "Saya doktor peribadi awak. Lagi satu, awak mana ada omma dengan appa. Awak tu setan" Dr Jamie berkata dengan tegas

Jaebum memegang dadanya terkejut "Saya... Saya.. Setan? Kenapa awak maki saya pulak ni? Awak fikir awak siapa?" Jaebum masih lagi mempermainkan Jamie

Dr Jamie seakan malas nak layan "Kawan awak dah bagitau saya yang awak tu setan. Awak tak perlulah nak menipu dan memutar belitkan saya pulak."Katanya selamba sambil berdiri dari duduknya

Jaebum hanya terdiam kerana kantoi dan malu. "Semuanya dah selesai. Saya balik dulu" Dr Jamie menunduk hormat "Kejap" Jaebum menahan coatnya

"Apa nama awak?" Tanya Jaebum "panggil saya Dr Jamie"
"Gumawo Dr Jamie sebab sudi rawat saya. Datang lah lagi esok sebab saya tak rasa saya okey lagi" Kata Jaebum sambil memegang kepalanya

"Tapi saya rasa semuanya dah okay" jawabnya selamba. "Aahh aduhh aduhh sakit sakit" Jaebum sengaja pura-pura sakit "Ehh awak okay tak ni? Awak rilek dulu" Dr Jamie mula risau. Dia turut memegang kepala Jaebum

Pintu bilik di buka "Woi!! Korang! Hyung dah sedar!!" Yugyeom menjerit memanggil yang lain

'aduh.. Kacau line  je' kata hati Jaebum

"Jaebum! Jaebum!" Mereka berlari masuk ke dalam bilik dan duduk sekeliling di katil Jaebum "Woi Jaebum..aku ingatkan kau dah nak mampus" Jinyoung merengek

"Itu lah pasal. Kene pukul sikit je pun" kata Jackson pula "Dasar lembik" perli Youngjae

"Saya balik dulu" Dr Jamie segera melarikan diri. Jaebum memerhatikannya sambil tersenyum "yeppo" katanya sendiri. 

Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Where stories live. Discover now