Dia keluar dari bilik dan bertembung dengan Taehyung. Mereka saling berpandangan seketika lalu Tzuyu sambung melangkah turun ke bawah
Dia membuat kerja seperti biasa. Mengeluarkan baju dari dalam mesin basuh dan letak ke dalam bakul. Dia membawa bakul tersebut keluar rumah untu di sidai
"Chou Tzuyu.. Kau dekat sini rupanya?" Jungkook yang datang entah dari mana menegurnya. Tzuyu menoleh ke arah suara itu dan terkejut
Jungkook tersenyum sinis. Kakinya melangkah lebih dekat "Jangan datang dekat." Tzuyu cemas seraya mengundur "Kau buat apa dekat sini? Macam mana kau tahu aku dekat sini?" Soalnya takut. Matanya berair
"Tzuyu.. Aku minta maaf. Janganlah takut dengan aku." Jungkook seakan mahu menyentuh rambut Tzuyu namun tangannya di tahan Taehyung
"Jangan sentuh dia. Dia bukan untuk kau" tegur Taehyung dengan tegas. Jungkook merenungnya geram "Ni bukan urusan kau" kata Jungkook
"Sejak pertama kali dia jejak kaki dekat rumah aku, semua urusan dia jadi urusan aku" ujar Taehyung. Dia memandang Jungkook tajam. Jungkook mengetap bibir
"Tzuyu.. Bagi aku satu lagi peluang. Aku menyesal. Omma appa kau pun dah maafkan aku" Jungkook merayu pada Tzuyu
"Tapi diorang tak tahu yang kau hantar 7 ekor setan dekat aku. Sekarang kau merayu balik dalam masa yang sama aku terseksa. Kau takkan mampu ubah hati balik macam dulu" Kata Tzuyu dengan geram lalu melangkah masuk ke dalam
"Tzuyu.. Aku boleh hentikan diorang dari kacau kau.. Tzuyu tolonglah" Jungkook ingin mengejarnya tetapi di tahan Taehyung. Pintu di tutup.
"Dah la bro. Aku boleh carikan orang baru" Taehyung menenangkannya "kau tak boleh! Dia lain dari yang lain" kata Jungkook dengan kecewa
Taehyung mencebik "Semua perempuan pun lain. Tapi yang terbaik tu ramai. Bukan Tzuyu je perempuan dalam dunia ni" ujar Taehyung
"Tak ada yang muka macam dia" kata Jungkook dengan serius sambil memandang Taehyung tajam. Taehyung menelan air liur perit. "Kau suka dia sebab rupa ke?" pertanyaan Taehyung di palau
"Itu bukan urusan kau" Jungkook berlalu pergi ke keretanya. Taehyung memerhatikan keretanya meluncur laju menyusuri jalan
"Waahh.. Budak kurang ajar tu. Patutlah Tzuyu tak nak" Bengang Taehyung dibuatnya
****
Tzuyu membawa bagasi kecilnya turun tangga. Dia bukan bawa banyak barang pun sewaktu pindah di situ. Dahyun dan Jimin di ruang tamu memerhatikannya menuruni tangga
Dahyun rasa kurang senang "Tzuyu janganlah pindah" Dahyun merayu sambil menghampirinya. "Saya kene pergi jugak" Tzuyu masih tekad
"Jangan.. Janganlah pergi.. Awak tak kesiankan saya ke? Saya tak ada kawan dekat sini.. Awak janganlah pergi" Dahyun merayu berkali-kali sambil memegang tangan Tzuyu. Air matanya bertakung
Tzuyu tak sampai hati melihatnya "Tinggal lah sini lama sikit" Jimin turut menghampirinya. Tzuyu gelisah memandang Jimin. Dah kene sampuk ke tetibe baik
"Saya pasti awak tak selesa saya dekat sini" Katanya tersenyum malu dan "Memang pun aku tak suka" jawab Jimin tegas. Hancur senyuman Tzuyu.
YOU ARE READING
Jodoh Si TAEHYUNG (✔)
FanfictionKim Taehyung merupakan pengurus bagi sebuah Kelab Mencari Jodoh. Namun dalam masa yang sama, dia cuba untuk mencari jodohnya sendiri Dalam masa yang sama jugalah dia perlu mencari jodoh untuk Tzuyu, seorang wanita pelik yang diganggu 7 ekor hantu d...