The Boyz memulakan persembahan debutnya dengan lagu berjudul 'Right Here'
Sorakan dari perempuan lebih kuat berbanding lelaki. Kejap. Ada ke lelaki bersorak untuk lelaki? *-*
Nama fandom mereka yang di gelar Deobi, bersorak nama ahli mereka manakala Tzuyu hanya terdiam. Dia tak tahu. Matanya hanya terpaku memandang Younghoon.
Setiap kali masuk part Younghoon, pasti gadis di belakangnya tidak keruan membuatkan dia rimas tetapi dalam masa yang sama dia bangga juga kerana wanita itu peminat The Boyz
Habis sahaja persembahan The Boyz , Tzuyu terus bergerak ke belakang pentas untuk berjumpa Younghoon tetapi dia di halang staff
"Awak tak dibenarkan masuk. Staff je di benarkan" halang seorang staff perempuan. Tzuyu sedikit kecewa "Biar dia masuk" Younghoon tetiba muncul di belakang staff. Staff lelaki itu memandang mereka dengan pelik "Ok. Jangan lama" akhirnya dia benarkan
Younghoon segera menarik Tzuyu ke tempat yang sunyi sedikit agar tidak tertangkap dengan managernya
"Kenapa awak tak balas mesej saya? Call saya? Persembahan harini teruk betul. Saya tak ada semangat langsung. Saya risaukan pasal awak. Saya fikirkan awak je waktu persembahan tadi" kata Younghoon dengan pasrah
Tzuyu rasa bersalah namun itu takkan membuatkan dia berubah fikiran.
"Younghoon, mulai sekarang awak kena fokus dengan karier awak. Awak kena bekerja keras untuk masa depan awak yang lebih baik." ujar Tzuyu sambil tersenyum manis padanya
"Saya bangga dengan awak" Tzuyu menepuk bahu Younghoon sekali lalu menarik tangannya semula
Younghoon mencurigainya. Keningnya berkerut "Mestilah saya akan bekerja keras. Demi awak. Masa depan kita" jawab Younghoon sambil menolak rambut depan Tzuyu ke belakang telinga
Tzuyu menahan tangan Younghoon dan menolaknya perlahan "Tak. Bukan masa depan kita. Masa depan awak je."kata Tzuyu sambil menunduk ke bawah. Tak mampu melihat wajah kecewa Younghoon
Younghoon mendengus seolah dapat tangkap maksud Tzuyu untuk berpisah dengannya"kan saya dah cakap, saya sayangkan awak, sangat. Saya sanggup keluar dari agensi untuk hidup dengan awak"kata Younghoon geram
Tzuyu menggeleng " Kejar impian awak dulu. Berusaha, jangan disebabkan saya, awak jadi buta dengan usaha awak selama ni" Tzuyu menasihatinya. Younghoon terdiam menahan sebak
"Kenapa awak buat macamni? Dekat hari debut saya? Kenapa awak.. Hancurkan semangat saya? Awak suruh saya kejar impian saya? Berusaha? Awak baru je musnahkan segalanya dengan niat nak tinggalkan saya." Mata Younghoon mula berair
Tzuyu hilang kata-kata.
"Macam mana saya nak lupakan awak? Setiap malam saya fikirkan awak. Awaklah semangat untuk saya." Dia mengalirkan air mata sambil menunduk ke bawah
"Mian.." Ucap Tzuyu pasrah
Mereka hilang kata-kata. Hanya bunyi halus tangisan mereka di dengari. Younghoon mengelap air matanya
"Younghoon!" Jerit ahli The Boyz mencari-cari kelibat Younghoon. "Saya pergi dulu" Tzuyu melangkah namun tangannya laju ditahan Younghoon
"Saya takkan berdendam. Saya tak suka kalau awak menangis. Kalau berpisah dengan saya buat awak gembira, saya terima" ujar Younghoon sebelum berlalu meninggalkan Tzuyu di situ
YOU ARE READING
Jodoh Si TAEHYUNG (✔)
Fiksi PenggemarKim Taehyung merupakan pengurus bagi sebuah Kelab Mencari Jodoh. Namun dalam masa yang sama, dia cuba untuk mencari jodohnya sendiri Dalam masa yang sama jugalah dia perlu mencari jodoh untuk Tzuyu, seorang wanita pelik yang diganggu 7 ekor hantu d...