53|Hari Ni Last

122 19 21
                                    

"Lisa tak tahu lagi ke yang Bambam tu setan?" soalan Youngjae menukarkan keadaan bising kepada sunyi. Mereka memandang Jinyoung dan Jisoo

Jinyoung dan Jisoo pantas mengelak pandangan mereka semua

"Boss!!" Jeritan pelayan memecahkan suasana sunyi tadi. Dia berlari ke arah Jimin yang sedang terpacak di depan restoran Pizza hut.

"Boss, tengok diorang tu ingkar arahan. Diorang bawak masuk kek Secret Recipe dalam restoran kami" pelayan tadi mengadu dengan nada kecewa

Jimin mencekak pinggang memandang Got7. Melihat mereka makan kek bersama-sama buatkan dia agak sebak bila teringatkan yang Got7 akan pergi tak lama lagi.

"Biarkan diorang" Jawab Jimin dengan senyuman

Pelayan itu menggaru kepala "Ta.. Tapi diorang ingkar arahan.."

"Kalau boss cakap biar, biar je lah" sampuk Namjoon iaitu orang kanan Jimin.

Geram mendengar jawapan Jimin. Pelayan itu menghentak kaki masuk ke dapur.

"Hentak hentak.. Pertandingan kawad kaki taknak masuk" perli Namjoon sambil memerhatikan pelayan itu berlalu pergi

Jimin masih tersenyum merenung Got7. "Aku belajar sesuatu sepanjang korang dekat sini" katanya sendiri

*****

"Kenapa kau masih dekat sini? Kenapa kau tak cari Tzuyu huh? Kau cakap dia jodoh kau tapi kau langsung tak hentikan perkahwinan Tzuyu dengan Jungkook?" Tanya Sujeong dengan bengang.

Riak wajah Taehyung kosong. Tangannya sibuk mengacau dalgona

"Dia jodoh aku" itu saja yang keluar dari bibirnya sepanjang Sujeong menasihatinya. "ish! Jodoh tak datang bergolek kalau kau duduk je situ...."

"...entah-entah dia tengah beli baju kahwin sekarang..."

"..atau dah selamat kahwin dah pun!"sengaja Sujeong menyakitkan hati Taehyung

Terus kening Taehyung berkerut "Walaupun dia kahwin dengan Jungkook, dia tetap jodoh aku. Dia kata dia akan datang balik nanti. Jadi aku akan tunggu dia." Ujar Taehyung lalu tersenyum lega

Sujeong menjelingnya atas bawah dengan pandangan tak puas hati "Dia akan datang bila dia dah anggap kau cuma kawan 100% waktu tu mungkin dia dah ada anak dengan Jungko--"

Pap
Taehyung meletakkan cawan dalgona di atas meja

"Maksudnya anak dia bakal jadi anak aku..."
Sujeong membulatkan matanya mendengar jawapan Taehyung
"... Kan aku dah cakap, Tzuyu jodoh aku walaupun dia dah kahwin dengan Jungkook. Jadi aku akan ambil balik Tzuyu jadi milik aku" jawab Taehyung selamba

"Tch.. Saiko." Sujeong menggeleng kepalanya perlahan buatkan Taehyung tersengih

*****

Hari yang mendebarkan telah tiba iaitu hari perkahwinan Lisa dan Bambam. Got7 kecuali Jinyoung dan Bambam bersama teman wanita mereka berkumpul di rumah Taehyung seperti biasa sebelum bergerak ke dewan.

Semua mata memerhati Taehyung yang sedang menuruni tangga dengan pakaian tidurnya. Terhenti langkahnya di hujung tangga tatkala perasan diri diperhatikan mereka

"Cepat sikit pergi. Bising" ujarnya tegas "Taehyung, jom lah ikut kitorang sekali" ajak Jackson dengan ramah. Pelawanya dibalas dengan senyuman sinis Taehyung

Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Where stories live. Discover now