Taehyung, Jisoo, Jimin, Dahyun dan Tzuyu menaiki kereta Taehyung
The Kunyitz naik van
Mark, Sana, Jinyoung dan Bambam naik kereta sewa Mark
Sementara keadaan Youngjae dan Chaeyoung
Chaeyoung di pakaikan anting-anting dan rantai oleh Jamie "Siap" Kata Jamie dengan senyuman manis.
Dia dan Jamie menjalinkan hubungan persahabatan sejak dia berjumpa Jamie di hospital untuk memeriksa keadaan Youngjae dulu
Chaeyoung tersenyum memandang diri sendiri di cermin. Air matanya seakan mahu menitis "Betul ke apa yang aku buat ni, unnie? Boleh ke aku berkahwin dengan Youngjae? Dia setan" Chaeyoung kurang yakin
Mata Jamie meliar ke sekeliling ruang, memikirkan jawapan untuk soalan Chaeyoung
"Kalau kau betul sukakan dia, dan dia sukakan kau, maksudnya betul lah apa yang kau buat ni" jawab Jamie lembut.
Chaeyoung memaksa diri tersenyum. Dia tak dapat bayangkan bagaimana Youngjae hilang satu hari nanti
"Jom kita jumpa pengantin lelaki" ajak Jamie sambil menolong Chaeyoung berjalan dengan mengangkat gaunnya sedikit bagi memudahkan pergerakan
Youngjae dan Jaebum sudahpun menunggu di depan pintu bilik mereka "Yah! Terkejut!" jerit Chaeyoung sambil tertawa. Youngjae turut tertawa
"terkejut pun comel" Youngjae tersenyum seakan angau. Mereka berdua merenung satu sama lain dengan lama. Seolah mata mereka yang berbicara.
Jaebum dan Jamie saling berpandangan dengan janggal. "Jom kita gerak ke dewan" ajak Jaebum sambil mendahului mereka.
Jamie memimpin Chaeyoung masuk ke dalam kereta lalu dia duduk di seat depan bersama Jaebum. "Pakai tali pinggang" arah Jaebum sambil menjeling Jamie di sebelanya.
Jamie mencebik "Bukan jauh pun dewannya" katanya dengan menyampah. Jaembum memutarkan bola mata "Tahulah awak tu Doktor,tapi keselamatan nombor satu walaupun perjalanan dekat" tegur Jaebum lalu memakaikan Jamie tali pinggang keledar
Jamie tersentak. "Amboii" Chaeyoung dan Youngjae di seat belakang memerli mereka berdua.
"Shh shh" Jaebum segera memandu ke dewan.
____
Rombongan Taehyung tiba di dewan. Masing-masing keluar dari kereta. "Ramainya orang" Jimin memerhatikan dewan yang penuh dengan orang keluar masuk "Ramai betul keluarga Chaeyoung. Keluarga Youngjae kita je" kata Mark lalu tertawa kecil
"Ahh biarlah. Jom kita masuk" ajak Nayeon sambil memeluk lengan Yugyeom pergi mendahului mereka semua.
Mereka memasuki pintu gerbang dewan lalu di sapa oleh ibu bapa Chaeyoung “Kamu semua ni keluarga Youngjae ke?” Soal Omma Chaeyoung yang bernama Chaelin
"Ye betul.. Kami keluarga Youngjae" jawab Dahyun dengan ramah. Appa Chaeyoung pula mencelah "Sikit ni je?" soal Encik Jiyong
Mereka tersenyum janggal dengan soalan yang diajukkan
"Yeobo, kenapa tanya macamtu? Youngjae tu kan dibesarkan dengan keluarga angkat" Chaelin menepuk bahu suaminya itu. "Oh.. Mian."ucapnya janggal
"ha sila lah duduk dekat meja VIP jangan segan-segan" pelawa Jiyong. Mereka hanya mengangguk dan segera bergerak ke meja VIP
Geng The Kunyitz duduk bersama di satu meja
Kemudian Sana, Mark, Jinyoung dan Bambam duduk bersama di satu meja bersebelahan meja mereka
YOU ARE READING
Jodoh Si TAEHYUNG (✔)
Hayran KurguKim Taehyung merupakan pengurus bagi sebuah Kelab Mencari Jodoh. Namun dalam masa yang sama, dia cuba untuk mencari jodohnya sendiri Dalam masa yang sama jugalah dia perlu mencari jodoh untuk Tzuyu, seorang wanita pelik yang diganggu 7 ekor hantu d...