Younghoon menggenggam buku limanya. Dia berlari ke arah Hyunjae dan menarik kolar bajunya"Apa masalah kau ni?" Dia menengking
The Boyz segera berlari mendapatkan mereka." Sorry bro..aku.. Aku tak sengaja bagitau Juyeon" Kata Hyunjae gelisah
"Apa maksud kau tak sengaja!" Buku limanya melayang ke arah Hyunjae namun segera Kevin menahannya "Wehh sabar Younghoon.. Benda boleh bincang!" Kevin memeluknya
"Lepaslah!" Dia meronta dan tanpa sengaja, dia telah menyakiti New di sisinya. Suasana menjadi sunyi. Masing-masing memandang New yang sedang tersungkur jatuh
"Weh.. Okey tak?" Sunwoo segera melutut di hadapan New untuk melihat keadaannya "Woi Darah!!!" Kyu menjerit melihat Bibir New yang luka
****
Taehyung dan Jisoo dating di ChimChim Mall
Taehyung termenung lama sambil melihat gelang di tangannya. Jisoo di depan sedang berbual dengannya langsung dia tak perasan.
Jisoo sedar Taehyung langsung tak berikan perhatian padanya "Yah Taehyung.. Awak ada masalah ke?" Soalnya risau. Kini Taehyung merenungnya
"Jisoo.. Kenapa kau suka aku?" Tanya Taehyung dengan serius. "Sebab kau baik. Hensem pulak tu. Lepastu minat kita sama" kata Jisoo lalu tersenyum malu
Taehyung tersengih "Kalau aku suka orang lain, kau masih suka aku ke?" Soal Taehyung lagi. Jisoo terkaku. Dia menunduk kecewa
"Jawab" arah Taehyung
"Saya tahu awak suka Tzuyu. Tak boleh ke awak suka orang yang suka kan awak? Taehyung.. Saya takkan putus asa" Kata Jisoo sambil menyentuh perlahan tangan Taehyung
Taehyung mengeluh. Dia menoleh mengelak renungan Jisoo"Aku tak tahu lah kenapa dengan aku ni. Mianhae Jisoo-ya.. Aku tak berniat nak sakitkan hati kau"Kata Taehyung dengan pasrah
"Hmm tak apalah.. Saya faham perasaan awak. Tzuyu tu cantik, lagi pulak duduk serumah. Memang awak fall in love lah dengan dia.
Tak apa. Saya boleh terima semuanya yang penting sekarang ni, awak milik saya. Perasaan awak dekat Tzuyu akan pudar" Ujar Jisoo membuatkan Taehyung tersenyum memandangnya"Kau perempuan pertama yang boleh terima masalah aku.. Aishh memalukan betul aku ni" Taehyung rasa bersalah meluahkan masalahnya pada Jisoo
"Saya cakap tak apa kan.." Jisoo tersenyum "Gumawo Jisoo" ucap Taehyung sambil mencuit pipi Jisoo. Jisoo terkaku. Pipinya kemerahan akibat malu. Dia menoleh ke tepi menyorokkan muka
Tiba-tiba dia ternampak Jinyoung, Bambam dan Lisa dari jauh di kedai Permata. Dia tersenyum setelah melihat Jinyoung tergelak tawa bersama mereka. Namun segera dia mengalihkan pandangan ke Taehyung semula
"Adui.. Kawan awak ni lawaklah" Kata Lisa yang masih lagi tertawa dengan jenaka Jinyoung tadi. "Biasalah.. Ikut saya" Bambam flip hair
Lisa menjelingnya geli "Ee poyo je" dia menamparkan pandangan jijik pada Bambam. "Poyo pun awak suka" Bambam terus memeluk bahunya. Lisa tersenyum malu
"Awakni.. panaslah" dia menolak Bambam perlahan kerana rimas. Jinyoung mengalihkan pandangan ke arah lain. Geli di buatnya. Sebaliknya dia ternampak Jisoo di restoran Japan
"Eh.. Jisoo dengan Taehyung" Dia menunding jari ke arah mereka. Lisa mengerutkan dahi dan turut memandang sekali. Dia tersenyum sinis.
YOU ARE READING
Jodoh Si TAEHYUNG (✔)
FanficKim Taehyung merupakan pengurus bagi sebuah Kelab Mencari Jodoh. Namun dalam masa yang sama, dia cuba untuk mencari jodohnya sendiri Dalam masa yang sama jugalah dia perlu mencari jodoh untuk Tzuyu, seorang wanita pelik yang diganggu 7 ekor hantu d...