Tzuyu masih menangis teresak-esak pulang ke rumah. "Tzuyu, kenapa? " Jinyoung mendekatinya dengan risau "Panasnya badan kau" katanya dengan terkejut.
"Aku naik atas du--" Langkah Tzuyu terus lemah. "Biar aku bawa kau naik" Jinyoung memapah Tzuyu ke biliknya. Kebetulan pula Taehyung keluar dari biliknya. Dia melihat ke dalam bilik Tzuyu berhadapan dengan biliknya.
Kelihatan Jinyoung sedang baringkan Tzuyu di atas katil. Tanpa membuang masa, Taehyung melangkah mendekati mereka "Kenapa ni Tzuyu?" tangan Taehyung langsung menyentuh dahi Tzuyu untuk memeriksa suhunya. Panas
"Dia demam. Balik rumah tadi dia menagis lepastu badan dia lemah" Jawab Jinyoung. Taehyung mengangguk setelah mendengar penjelasan Jinyoung "Biar aku call doktor" Taehyung mendail nombor doktor. Jelas sekali dia sedang risau dengan keadaan Tzuyu
"Erhh Tak payah" Tzuyu menolak perlahan telefon Taehyung tanda dia menolak kehadiran doktor. Taehyung mengeluh kecil "Bahayalah."tegurnya serius sambung mendail nombor dotor
"Aku kata tak naklah!" Tzuyu berkeras membuatkan Taehyung dan Jinyoung tersentak.
"Biar aku sendiri. Tolong keluar dari bilikni" Tzuyu menghalau mereka sambil tangannya membuat isyarat menghalau. Taehyung dan Jinyoung saling berpandangan. Buat kali pertama melihat Tzuyu degil macamni
"Tzuyu, aku risaukan kau" ucap Taehyung perlahan. "Janganlah risaukan aku lagi. Aku tak suka lah. Keluar...aku nak sendirian" Tzuyu menengking Taehyung dengan geram. Kini dia ber 'aku kau' dengan Taehyung.
Taehyung mengetap bibir. Geram dan risau pada Tzuyu. "Aku datang balik nanti" Taehyung tetap bersimpati dengan Tzuyu. Dia menarik lengan Jinyoung keluar dari bilik Tzuyu lalu menutup pintu bilik, membiarkan Tzuyu bersendirian
Tzuyu mencengkam rambutnya kerana pening. Air hujan tadi membuatkan kesihatannya terjejas. Telefonnya dicapai. Dia melihat mesej dari omma yang menyatakan dia curang dengan Jungkook.
'omma kecewa sangat dengan kamu,'
Mesej itu pendek namun mampu melukakan hati Tzuyu "Aku bukan dengan Jungkook!" Jeritnya sambil mencampak semua bantal dalam tangisan. Dia meraung kerana marah dan geram.
Kemudian dia mencapai bagasinya. Segala pakaiannya disumbat ke dalam bagasi. Dia tekad untuk pulang ke kampung segera. Namun, badannya lemah untuk bergerak lalu dia rebah di lantai. Tertidur.
*****
Melihat Nayeon bergelak tawa bersama D.o, terdetik rasa cemburu dalam hati Yugyeom tapi dia sedar Nayeon dan dia hanyalah kawan sekarang.
"Weh, jangan gerak" D.o mengutip serangga di rambut Nayeon. "Cantik sangat sampai serangga pun suka" sempat D.o memujinya "Cehh"Nayeon tertawa kecil
Yugyeom tetiba bangun dari kerusinya secara kasar sambil merenung ke dalam mata Nayeon. Nayeon blur membalas renungannya
"Hoi asal kau Yugyeom?" Soal Suga sambil menjelingnya atas bawah dengan pandangan bengis
"Erkk tak ada apa. Aku nak pergi tandas" Yugyeom cover semula rasa cemburunya. Dia segera melangkah ke tandas. Nayeon hanya memerhatikan pemergiannya
"Kesian Yugyeom" Chaeyoung bersuara perlahan setelah melihat Nayeon dan D.o bermesra semula. "Nak buat macam mana, Nayeon tak nak dia" balas Youngjae perlahan pada Chaeyoung
"Ye lah, bukan senang nak terima Boyfriend kita setan" Jawab Chaeyoung "kalau tak boleh terima Boyfriend setan, kahwin jelah nanti jadi Husband setan. Kan beza tu.." Youngjae bergurau pada Chaeyoung
YOU ARE READING
Jodoh Si TAEHYUNG (✔)
Fiksi PenggemarKim Taehyung merupakan pengurus bagi sebuah Kelab Mencari Jodoh. Namun dalam masa yang sama, dia cuba untuk mencari jodohnya sendiri Dalam masa yang sama jugalah dia perlu mencari jodoh untuk Tzuyu, seorang wanita pelik yang diganggu 7 ekor hantu d...