35|Ujian Untuk Setan

88 25 6
                                    

"Okey Jisoo. Aku bagi kau peluang untuk pikat aku. Aku tak menolak."Kata Taehyung lalu mengukir senyum manis

Jisoo tersenyum hingga ke telinga "Betul ni?" dia inginkan kepastian. Taehyung mengangkat kening sebelah "Nampak macam aku main-main ke??dia menyoal semula.Jisoo tersenyum malu

"Kalau macamtu, jomlah"Jisoo bangun dari kerusinya "Eh..pergi mana?" soal Taehyung blur "First date kita" Jisoo menarik lengan Taehyung pergi.

****

Hampir seminggu juga Tzuyu tak berjumpa dengan Younghoon. Dia hanya menghabiskan masa di rumah sahaja sebagai orang gaji. Setelah selesai dia memasak, dia bersandar di sofa

Tangannya mencampai remote di atas meja lalu dia membuka Tv

'Berita hiburan. Kumpulan The Boyz di bawah agensi Cre.Ker akan debut pada tanggal 6 Disember 2017 dengan lagunya yang berjudul Right Here.'

Tzuyu tersenyum melihat Younghoon di kaca Tv. Terlintas dalam fikirannya ingin membuat kejutan untuk Younghoon sebelum dia debut

"Tzuyu.. Okey tak?" Jaebum tetiba muncul di hadapannya. Menanyakan tentang pakaiannya sama ada okey atau tidak. Dia mengenakan Tuxedo dengan tali leher berwarna hitam.

Tzuyu menayangkan wajah bengis "Kau nak pergi mana?" soalnya "Aku nak pergi datinglah." jawabnya selamba. Tzuyu agak terkejut "Dating dengan siapa?" Soalnya lagi

Jaebum mengeluh "Dating dengan Dr Jamie lah.. Banyak soal la kau. Okey ke tak baju ni?" Tanya Jaebum dengan marah

"Ha.. Ok" Jawab Tzuyu malas "Okey.. Bye" Jaebum terus lesapkan diri. Jackson pula muncul di hadapan Tzuyu "Tzuyu tolong aku!" pintanya cemas

"Tolong apa?" Tanya Tzuyu sambil tekun menonton TV. "Awek aku datang. Dia nak masuk dalam rumah ni" jawabnya dengan gelisah

"Masuk je lah" balas Tzuyu "Tapi aku cakap dekat dia yang aku tinggal sorang" Ujar Jackson lagi

Tzuyu memandangnga dengan wajah -_- "Habistu kau nak aku buat apa ni?" Soal Tzuyu serius "Jadi pembantu rumah" jawabnya "Dahyun dekat atas macam mana?" Tanya Tzuyu lagi

"Erm... Jadi pembantu rumah jugak?" jawab Jackson ragu-ragu

"Kau dah gila ke? Perempuan tu dah la mengandung!" Tengking Tzuyu "Alaaa.. Tolonglah aku.. Kalini je.. Dia dah tunggu tu" Jackson merayu

"Jackson.. Lama lagi ke?" Momo dari luar bertanya "Kejap je lagi" Jerit Jackson "ish.. Ye lah!" Tzuyu segera berlari ke bilik Dahyun

Jackson membuka pintu "Lamanya. Awak bercakap dengan siapa tadi?" Tanya Momo "Dengan pembantu saya.. Jomlah duduk" Jackson menarik tangan Momo duduk di sofa

"Awak nak minum tak?" Soal Jackson "Nak.. Kopi je" Momo tersenyum "Okey.. Tzuyu!!!" Jackson memanggil Tzuyu

"Kejap!!" jawab Tzuyu segera berlari turun ke bawah semula. Momo terkejut melihat kecantikan Tzuyu

"Awak tak cakap pun awak ada pembantu rumah? Cantik pulak tu. Awak duduk berduaan dengan dia ke?" Momo agak kecewa. Jackson pula tersentak dengan ayatnya

"Ye Tuan nak apa?" Soal Tzuyu dengan menyampah

"Perlu ke saya bagitau pasal orang gaji saya? Tak perlu kot.. Tak penting.. Awak lagi penting bagi saya" Jackson mengusap rambut Momo membuatkan gadis itu malu

"Hehe.. Ye ke? Tapi awak duduk dua orang je dengan dia.. Jeles la saya macamni" Momo memuncungkan bibir merajuk. Naik meluat pula Tzuyu yang berdiri tegak di situ

"Taklah.. Bukan dia je orang gaji saya" Jawab Jackson

"Tuan nak apa-apa ke?" Dahyun menuruni tangga dengan berhati-hati sambil memegang bawah perutnya

Jodoh Si TAEHYUNG (✔) Where stories live. Discover now