BAB 1 HERO PUJAAN HATI

818 18 0
                                    

         Jam didalam biliknya sudah berdering banyak kali tapi dia masih bermimpi di atas katil gara - gara menanda kerja sekolah anak muridnya.Pintu bilik sudah diketuk itu menandakan Puan Husna bagi amaran terakhir.
         "Hanis Qalesya bangun dah pukul berapa ni? "jerit Puan Husna.Hanis mengambil telefonnya melihat jam sudah 7.15 pagi.Terus dicampak telefonnya menarik tuala yang disidai ke bilik air.Pakaian sukan dikenakan kerana harini kokurikulum setiap hari Rabu.
         Baju kurung yang digosok malam tadi diambil dan berjalan keluar dari biliknya."Kanan dan kiri cuba berlari masih dihujani tomah dan caci"Hanis bernyanyi-nyanyi sambil turun tangga."Amboi bukan main lagi dah pukul berapa tak tengok jam"kata Puan Husna.
         "Relaks Ibu lagipun sekolah 5 minit je"kata Hanis sambil menyambar roti bakar disapu mentega kacang."Ialah kamu tu selagi tak dengar jam loceng ibu memang tak bangun biar nanti dah kahwin padan muka kamu"kata Puan Husna.Hanis tersenyum kambing.
         "Ibu kalau Hanis kahwin nanti Hanis ubahlah attitude tu"kata Hanis sambil mengangkat kening."Hanis Ibu malas nak borak kamu ada je jawabnye ni lagi satu abah kamu ni dari tadi tak balik lagi"kata Puan Husna sambil membebelkan Encik Hisyam yang keluar membeli sarapan tak balik lagi.

*******

         Bunyi deruman enjin pesawat Sukhoi Su-30 membelah langit biru.Latihan penerbangan bagi pelatih juruterbang baru dipantau oleh lelaki berkaca mata hitam ini."Tuan selamat pagi" tabik Leftenan Azwan Kifli dari Skuadron 20."Selamat pagi macamana dengan kelulusan untuk latihan penerbangan seterusnya"tanyanya."Pegawai meminta menangguhkan latihan untuk esok kerana keadaan cuaca esok dijangka hujan lebat"balas Leftenan Azwan Kifli.
         "Leftenan Kolonel Arfan Kasyah" satu suara yang cukup dikenalinya memanggil. Susuk tubuh lelaki berusia 65 tahun itu berjalan menuju ke arahnya."Kasyah macamana dengan posting tugas dekat sini?"tanya Leftenan Jeneral Akbaruddin.Kasyah baru sahaja dipindahkan ke Pangkalan Udara Subang setelah permohonan lebih setahun dibuat kerana dia sudah lama berkhidmat di Akademi Tentera Udara (ATU) Ipoh."Baik Tuan walaupun keadaan sekarang masih menyesuaikan diri"kata Kasyah ."Harini tak buat rondaan udara ke? "tanya Leftenan Jeneral Akhbaruddin."Tugasan meronda petang untuk minggu ni tapi sahaja pantau pelatih baru"katanya.
         "Ialah sikap kamu tak ubah macam abah kamu"kata Leftenan Jeneral Akhbaruddin tentang Mejar Jeneral Mohd Talhah yang sudah bersara kerana masalah kesihatan.Kasyah hanya tersenyum mendengarnya.

******
        Kringg... Kringg...
Bunyi loceng menandakan waktu rehat bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Jaya."Terima kasih semua jangan lupa buat homework yang saya bagi.Student lelaki PUBG ke ML ke tapi ingat HW saya buat dulu"katanya sambil memegang buku untuk keluar dari kelas.
        "Baik  terima kasih cikgu"balas anak muridnya.Hanis keluar menuju ke bilik guru yang terletak di tingkat 2 bersebelahan bangunan bilik darjah."Cikgu Hanis jom makan tengahari sama-sama"tanya Cikgu Shahidan guru mata pelajaran Sains itu.
        "Takpe Cikgu saya nak tunggu Cikgu Aimi makan sekali dengan dia"kata Hanis."Oh okay saya pergi dulu"kata Cikgu Shahidan.Aimi atau Aimi Hanani yang nampak dari dalam bilik guru hanya tersenyum sahaja."Apa kau senyum macam itu "kata Hanis."Saja asal kau tak terima pelawaan Cikgu Shahidan itu,aku tengok dia elok je rupa ada orang kata cukup pakej"kata Aimi."No way okay kau tahu aku suka yang macamana?" kata Hanis."Tahu kau punya taste macamana"kata Aimi.Hanis dan Aimi berborak sambil menuju ke kantin
        "Oh Aryan mana lama tak dengar cerita dia?"tanya Hanis."Ada je minggu lepas dia baru balik kursus pastu starting minggu ni dia kena posting ke Pulau Pinang sebab tak cukup jurutera"balas Aimi.Hanis tahu Aimi lama berkawan dengan Aryan sejak zaman sekolah lagi jadi dia tak risau sepupunya itu berkenalan dengan kawan baiknya Aryan Kasyaf aka Kapten Aryan Kasyaf.

HERO PUJAAN HATI Where stories live. Discover now