BAB 24 HERO PUJAAN HATI

273 5 0
                                    

    "Hanis kau balik dengan Kasyah jugak ke?"tanya Aimi pada Hanis."Ya Kasyah tunggu dekat tempat parking"kata Hanis."Amboi romantik jugak Kasyah"kata Aimi."Alhamdulilah dia boleh terima Aku dah"kata Hanis."Alhamdulilah tak nervous nak jadi isteri dah"kata Aimi mengusik Hanis."Cakap orang dia pun sama ya cuma beza waktu nikah je.Aku sebelah pagi kau sebelah petang resepsi sama-sama"kata Hanis."Eh nanti borak lagi Aku nak pergi pejabat hantar borang pelajar aku"kata Aimi."Okay bye"kata Hanis berjalan menuju ke kereta Kasyah.
       "Assalamualaikum awak lama tunggu"kata Hanis masuk dalam kereta."Walaikumusalam tak ngam saya baru sampai"kata Kasyah sambil mengunyah goreng pisang."Amboi goreng pisang mana?"tanya Hanis pada Kasyah."Saya beli dekat simpang sekolah lama kita"kata Kasyah sambil mengundurkan kereta untuk keluar sekolah."Oh awak dah makan tengahari?"tanya Hanis."Dah tadi Umi masak daging salai masak lemak cili api"kata Kasyah."Mesti sedapkan"kata Hanis sambil mengunyah goreng pisang."Oh ye Umi ada tanya bila awak nak pergi rumah"kata Kasyah."Bila-bila boleh"kata Hanis."Kejap awak pandai masak?"tanya Kasyah."Soalan apa awak ni,mestilah Ibu ajar saya sejak umur saya 12 tahun tapi bab kuih adalah sikit saya tak tahu"cerita Hanis pada Kasyah."Cantik bab kemas rumah jangan risau saya pakar tau"kata Kasyah."Puji diri sendiri nampak"kata Hanis."Yelah siapa nak puji kita....hahaha.."gelak Kasyah.

*******
    "Awak ni bukan jalan pergi rumah saya?"tanya Hanis."Memanglah saya nak bawa pergi satu tempat "kata Kasyah.Kereta Kasyah berhenti di depan sebuah rumah dua tingkat."Ni rumah siapa?"tanya Hanis."Nah kunci"kata Kasyah menyerahkan segugus kunci pada tangan Hanis."Ni rumah kita?"tanya Hanis."Yap rumah ni saya beli lepas saya posting sini pastu ada buat renovation sikit masa tu ingat nak stay sini masa posting tapi Abah tak sihat so saya datang bersihkan saja tiap minggu "kata Kasyah.
      "Dekat dengan sekolah pandai awak cari rumah ke dah tahu nak kahwin dengan saya"kata Hanis sambil mencuit hidung mancung Kasyah."Siapa nak kahwin dengan awak"gurau Kasyah.Hanis dah menjeling memandang tajam."Gurau je takut saya"kata Kasyah."Tak boleh masuk lagi? "tanya Hanis tak sabar."Tunggulah lepas kahwin sikit lagi"kata Kasyah.

*******

     Hanis membantu Puan Husna mengubah hantaran."Ibu tadi kan Kasyah bawa Hanis pergi tengok rumah untuk kitaorang duduk lepas kahwin nanti"kata Hanis."Jauh ke?"tanya Puan Husna."Awak pun biarlah dia hidup berdikari lagipun mak awak dulu pun tak halang saya bawa awak ikut saya"kata Encik Hisyam."Yelah Ibu tak sangka anak dara sorang ni nak jadi isteri orang"kata Hanis."Takpe Ibu jangan risau nanti Kami akan jenguk semua atau semua boleh datang rumah kami"kata Hanis terus memeluk Puan Husna."Betul cakap Kak Hanis lagipun bukan Kak Hanis pindah jauh pun"kata Qalaf.
       "Kamu bila nak ambik baju nikah?"tanya Puan Husna."Insyallah lusa Hanis ajak Kasyah pergi butik lagipun Aimi dengan Aryan pun ikut sekall nanti"kata Hanis."Oklah tu pergi sama-sama senang"kata Puan Husna.
       "Qalaf esok pergi ambik baju nak pakai masa kak Hanis kahwin dekat rumah Mak leha"kata Puan Husna."Baik mem besar"kata Qalaf.

********
         Bakal datang untuk sesi fitting buat kali terakhir sebelum majlis berlangsung.Warna biru cair dan kelabu menjadi pilihan Kasyah dan Hanis manakala kuning cair dan kelabu menjadi Aimi dan Aryan.Hanis mengambil gambar Kasyah semasa pekerja butik membantu Kasyah memakai sampin."Tak payah adjust sebab perut saya belum boroi lagi"kata Kasyah pada pekerja butik."Betul bang sebab abang body fit"kata pekerja butik. "Abang tengok Aryan segak tak macam M.Nasir dalam Puteri Gunung Ledang"kata Aryan."Iyalah tu nanti tak sampai berapa jam mahu dibuka baju panas"kata Aimi yang membetulkan veil."Eh tangkap gambar nak hantar dekat keluarga"kata Hanis pada diaorang.
      

HERO PUJAAN HATI Where stories live. Discover now