BAB 7 HERO PUJAAN HATI

223 9 0
                                    

          Kasyah menghubungi Aryan."Hello Abang lama tak call?"tanya Aryan."Takde apa abang nak minta tolong sikit dengan kau"kata Kasyah."Tolong apa tu?"kata Aryan.
     "Camni abang nak tanya kau tahu rumah Hanis Qalesya tak?"tanya Kasyah.Aryan pelik dengan permintaan abangnya."Aah Abang nak jumpa keluarga dia ke"gurau Aryan."Mana ada abang nak pulangkan barang dia ni"kata Kasyah terdesak."Argh camni nanti Aryan share location rumah dia jadi bukan setakat boleh hantar barang rombongan meminang pun boleh"kata Aryan.  "Dahlah cepat sent abang ni pergi ni sementara free ni"kata Kasyah. "okay"kata Aryan.
     Hanis tengah menyapu dalam biliknya menjadi rutin setiap hujung minggu."Hanis kejap lagi tolong Ibu masak"kata Puan Husna yang sedang mengvakum biliknya."Ye Ibu "lemau perkataan keluar dari mulut Hanis.Encik Hisyam menyiram pokok kesayangannya itulah hobi pesara pengetua sekolah sejak bersara.Bunyi enjin kereta di luar pagar mengejutkannya.Pili air ditutup supaya tidak membazir.
     Matanya memandang susuk tubuh lelaki berpakaian seragam TUDM." Encik ni Cari siapa?"tanya Encik Hisyam pada Kasyah."Assalamualaikum saya Kasyah ni rumah Hanis Qalesya ke? " tanya Kasyah sambil bersalaman dengan Encik Hisyam."Walaikumusalam Pakcik Hisyam ye tapi pembetulan ni rumah pakcik bukan rumah Hanis"kata Encik Hisyam.Kasyah tergelak dengan jenaka Encik Hisyam."Jemput masuk"kata Encik Hisyam.
     "Takpe Pakcik saya datang jumpa Hanis kejap saja"kata Kasyah."Oh  pakcik panggil dia"kata Encik Hisyam.Hanis terdengar sayup suara memanggilnya terus ke luar. "Kenapa Ayah nak baja ke? "tanya Hanis."Sini ada orang nak jumpa kamu"kata Encik Hisyam.

*****
     "Siapa yang hujung minggu tak pandai duduk rumah diam-diam...kata Hanis termati gara-gara kelibat Kasyah di depan rumahnya.Kasyah hanya diam saja tidak bergerak."Boraklah pakcik sambung menyiram"kata Encik Hisyam pada Kasyah."Baik Pakcik"katanya sambil tersenyum.Hanis memandang Kasyah dan Abahnya.Sejak bila rapat ni.
     "Macamana awak boleh tahu rumah saya,awak stalker saya ye"kata Hanis."Jangan nak mengarut saya tanya Aryan sebab saya nak pulangkan ni"kata Kasyah sambil menghulurkan sapu tangan."Oh patut saya cari takde ni favourite saya tau"kata Hanis sambil mencium bau pada sapu tangan tersebut."Jangan risau dah basuh pun"kata Kasyah sebelum beredar ke pintu bahagian penumpang.
     "Kejap tunggu "kata Hanis.  "Apa dia lagi"kata Kasyah."Erm..pasal malam tu saya minta maaf sangat tapi pasal saya confess isi hati saya tu betul-betul dari hati saya yang ikhlas lagi suci ni "kata Hanis menyempat puji diri sendiri."Awak tak malu ke confess macam tu?"tanya Kasyah dengan sikap pelik kawan adiknya ni."Buat apa nak malu sedangkan Siti Khadijah pun melamar Rasullah S.A.W takkan saya tak boleh"kata Hanis."Ye saya tahu tapi sekarang ni awak bukan Siti Khadijah dan saya bukan Rasullah S.A.W jadi kita berbeza"kata Kasyah menidakkan pengakuan Hanis.Hanis terdiam di situ.Kasyah terus masuk dalam kereta dan meninggalkan rumah Hanis.
     "Kasyah...Kasyah hati kau keras bro!!"kata Hanis sambil mencium sapu tangan.

*****
Hanis duduk di gazebo depan rumahnya sambil memuncungkan mulut."Aik sedih ke pakwe balik"kata Encik Hisyam pada Hanis."Ayah okey ke kalau dia bercinta dengan Hanis"kata Hanis."Ayah tak kisah pun janji dia boleh pimpin anak Ayah ni pun dah cukup baik bagi Ayah"kata Encik Hisyam."Tapi dia belum confirm lagi suka dekat Hanis sebab Hanis je yang ngorat dia"kata Hanis."Zaman dah berubah Hanis perempuan bertindak terlebih dahulu dari lelaki dah usaha doa lepastu tawakal jelah"Nasihat Encik Hisyam."Terima kasih Ayah tapi rahsiakan dari Ibu boleh nanti Ibu bising"kata Hanis.Encik Hisyam hanya tersenyum.
        Aryan memeriksa data penyelenggaran sebelum mengesahkan pemeriksaan pesawat.Dia tak seperti abangnya yang meminati alam penerbangan sebab dia sedikit takut hal-hal nak memandu kapal terbang cukuplah dia hanya menjadi seorang jurutera penerbangan."Okay nanti tolong hantar pada buat copy satu bagi saya lepastu satu letak dalam fail ni"katanya pada pelatih jurutera baru.
        Sampai di Pangkalan Udara Subang Kasyah terus masuk dalam bilik mesyuarat.Pada petang ni adalah taklimat bagi program yang akan dijalankan dalam bulan Februari.Anggota tentera udara dan juruterbang berkumpul dalam bilik mesyuarat."Kasyah ingat tak masuk tadi takde pun"kata Leftenan Nadien Firdaus teman rapat dan satu kem dengannya dulu."Masuk tadi pergi hantar barang orang kejap"kata Kasyah."Oh ingat kau balik rumah makan tengahari ke"kata Nadien."Aku sarapan berat pagi tadi tengoklah lepas meeting nanti makan"kata Kasyah."Okay jugak aku pun nak join balik tak payah fikir dah"kata Nadien."Boleh je"kata Kasyah.Perbualan terhenti kerana pihak atasan sudah masuk.

******
        "Awak ada cakap dengan Kasyah bila dia nak kahwin?"tanya Mejar Jeneral Mohd Talhah."Abang pun tahu Kasyah macamana sejak pinangan dia kena tolak dulu langsung dia tak cakap pasal nak kahwin"kata Puan Safiyya."kita tanya dia takkan nak bagi Aryan kahwin dulu"kata Mejar Jeneral Mohd Talhah."Yelah nanti saya tanya Kasyah"kata Puan Safiyya.
        Hanis keluar dipetang hari sebab kebosanan.Aimi tak ada kerana balik berjumpa dengan Ibu Bapanya.Qalaf pulak keluar dengan kawan-kawannya. Dia hanya memandu kereta Honda Civic melalui jalan-jalan sekitar Subang.Tiba-tiba tayar keretanya berbunyi sebelum dia memberhentikan keretanya dibahu jalan."Ooh!  mampus aku"kata Hanis terus keluar dari kereta melihat tayar keretanya bocor.Ditendang-tendang tayar keretanya.Hanis melihat sekeliling kawasan sunyi sedikit lagipun jam di tangan menunjukkan pukul 6 petang."Aku mana pandai nak tukar tayar kereta"kata Hanis seorang diri.Kerana kawasan situ agak sunyi dia terus masuk dalam kereta.Pintu dikunci takut kalau ada orang nak rompaknya nanti."Call abahlah"kata Hanis mengambil telefonnya dan mendail tapi telefonnya terus mati."Aik bukan aku charge ke tadi sebelum keluar"kata Hanis.Baru dia teringat dia tak tekan suis."Arghhh... apa nasib aku macam ni harini"kata Hanis menangis menundukkan kepalanya pada stereng.
       

HERO PUJAAN HATI Where stories live. Discover now