Kasyah dalam perjalanan balik ke rumah setelah tamat meeting.Dapat borak dengan Nadien tadi tak sedar sudah pukul 5.30 petang.Ketika Kasyah melalui jalan nak ke rumahnya,matanya memandang ke sebuah kereta Honda Civic berwarna putih bersignal tapi kelibat orang takde.Dia memberhentikan keretanya."Ada orang tak? "katanya sambil membuka tali pinggang.
"Aduh sapa pulak yang berhenti ni Ya Allah jauhkanlah aku dari segala kejahatan" doa Hanis sambil menunduk.Kasyah memerhatikan keadaan kereta mendapati tayar bocor.Cermin kereta tersebut diketuk."Cik okay tak ni"kata Kasyah.Hanis terus mengangkat kepalanya memdengar suara seseorang."Kasyah ke ni"katanya.Pintu kereta dibuka terus dia mengelap airmatanya.Kasyah terkejut rupanya Hanis."Kau lagi kalau aku tahu tadi tak payah berhenti sini "kata Kasyah."Kalau nak tolong biar ikhlas tak nak tolong jangan berhenti"sambil menahan airmatanya."Asal tak call Ayah awak"kata Kasyah."Telefon saya habis bateri"kata Hanis sambil menunjukkan telefonnya.
"Ada tayar spare tak dekat belakang?"tanya Kasyah."Ada tapi Jack takde haritu Ayah saya pinjam tak pulangkan"kata Hanis menunduk."Tunggu tepi saya betulkan"kata Kasyah menuju ke keretanya mengeluarkan Jack dari bonet.
Kasyah membuka uniformnya takut kotor."Biar saya pegang untuk awak"kata Hanis menghulurkan tangannya.Kasyah menyerahkan baju pada Hanis.Minyak wangi Kasyah menusuk hidung Hanis nasib dia tak pengsan dekat situ. Dia hanya memerhati Kasyah menukar ganti tayar keretanya.*******
"Lambat balik Hanis ni keluar tadi kata tak pergi mana pun"kata Puan Husna sambil menutup pintu."Awak ada call dia ke"kata Encik Hisyam sambil menonton drama pukul 7."Call tak angkat takpelah kejap lagi baliklah tu"kata Puan Husna.
"Kakak memang camtu Ibu dia suka keluar tapi takde tujuan"kata Qalaf."Patutnya kamu teman kakak kamu ni tidak tahu nak bergaduh je"kata Puan Husna.Walaupun anaknya dua tapi macam sepuluh orang kalau Qalaf berjumpa Hanis.
Kasyah mengemas barang masuk ke dalam keretanya.Tangannya dilap pada kain dalam keretanya. Setiap gerak geri Kasyah diperhatikan Hanis."Dah siap pun tayar yang saya ganti ni sementara je kena tukar jugak"kata Kasyah."Ohh okey ni baju awak.Terima kasih sebab tolong walaupun tak sudi sebenarnya.Nak saya bayar ke?"kata Hanis perlahan."Tak perlu dah awak gerak balik dulu"kata Kasyah pada Hanis.
Hanis terus masuk dalam kereta tapi sempat dia membuka cermin keretanya memberi sehelai kertas sebelum balik ."Awak ni upah untuk awak harini"kata Hanis.Kasyah menyambut huluran kertas Hanis.Kasyah memandang kertas tertulis "Kalau free call saya ni no..."ringkas tapi mengejutkan Kasyah."Sempat lagi jual minyak minah ni"kata Kasyah.Bayang kereta Hanis hilang dari pandangan baru Kasyah gerak balik.*****
Hati wanita mana yang tak seronok bila Hero pujaan menyelamatkan dirinya dari masalah walaupun Hero tu tak sudi."Selamat pengantin baru semoga kekal abadi bahgia"menyanyi-nyanyi Hanis walaupun suaranya bagai kata memanggil hujan.Kereta diparkir di dalam laman."Okay sampai esok kena pergi bengkel tapi esok sekolah dah.Apa-apa jelah"kata Hanis terus masuk dalam rumah.Puan Husna sudah berdiri memakai telekung nasib jantung Hanis sihat walafiat lagi."Ibu apa ni terkejut tau"kata Hanis.
"Kenapa lambat tadi kata sekejap saja "kata Puan Husna.
"Tayar kereta meletop kebabom tiba-tiba dekat selekoh"kata Hanis."Habis kenapa tak call Ayah tadi?"tanya Encik Hisyam."Tu pun masalah nak call bateri habis jadi nasib ada orang baik hati nak tolong Hanis"cerita Hanis."Alhamdulilah kamu ucap terima kasih tak dekat dia"kata Puan Husna."Ucaplah terima kasih sayang lagi"kata Hanis memperlahankan sikit perkataan sayang."Apa dia?"tanya Puan Husna.Hanis diam senyum je."Hanis naik mandi solat dulu Ibu Ayah"kata Hanis terus berlari naik ke bilik.
Kasyah menikmati makan malam bersama keluarganya."Aryan balik minggu ni kan?"tanya Mejar Jeneral Mohd Talhah."Ya Abah kalau habis inspection awal dia balik awal katanya dah lama sangat rindu masakan Umi"kata Kasyah.
"Yelah sejak bertugas dekat sana belum berpeluang balik sini"kata Mejar Jeneral Mohd Talhah."Kasyah tadi Umi nak masukkan baju kamu dalam mesin basuh Umi check baju kamu Umi ada jumpa kertas nasib tak lunyai"kata Puan Safiyya.
Kasyah tersedak dengar pasal kertas tu."Kamu okay tak perlahan-lahan makan "kata Puan Safiyya. "Mana...Umi letak"tanya Kasyah sambil melegakan tekaknya dengan air."Ada dalam bilik Kasyah dekat almari solek"kata Puan Safiyya.Muka Kasyah dah merah nasib dia tak makan ikan banyak tulang kalau tak arwah awal gara-gara helaian kertas Hanis tadi.*****
Selesai makan Kasyaf masuk ke dalam biliknya helaian kertas dimeja solek ditenung lama.Pesanan ringkas pada nota supaya dia menghubungi nombor yang diberi."Sah dia ni memang wayar putus macamana Aryan boleh kawan dengan dia.Ada betul jugak Aryan pun wayar putus kadang"kata Kasyah terus disimpan nota tersebut dalam laci.
YOU ARE READING
HERO PUJAAN HATI
Cerita PendekPertemuan setelah 15 tahun terpisah menemukan Hanis Qalesya dengan Arfan Kasyah.Pertemuan yang disangka akan membuka peluang untuk Hanis Qalesya berkenalan semula dengan Arfan Kasyah ternyata hanya angan-angan sahaja kerana Arfan Kasyah cepat menida...