BAB 18 HERO PUJAAN HATI

227 7 0
                                    

         Hanis memandang telefonnya berdering dari tadi panggilan dari Kasyah diendahkan sakit hatinya bertambah perit dengan tangannya yang bengkak.Dia membaringkan dirinya dan cuba memejamkan matanya melupakan apa yang jadi.Kasyah mengalah setelah tak dapat hubungi Hanis."Apa masalah dia ni sebenarnya? "tanya Kasyah.Kasyah buntu apa perlu dia buat sedangkan dia dah tunaikan permintaan Hanis untuk mendapatkan dirinya."Aku dahlah sibuk nak fikir pasal benda ni lagi"katanya sambil matanya terpandang komik yang dibeli Hanis terletak dalam beg kertas lagi.

*****
   "Hanis selamat pagi jom kita pergi sekolah sama-sama mari beg laptop kau"kata Aimi sambil mencapai beg laptop di tangan Hanis."Takpe aku boleh bawa"kata Hanis."Kejap kenapa muka kau pucat sakit sangat ke? "tanya Aimi.Hanis memegang wajahnya baginya macam biasa saja."Takpe kejap lagi aku tambah lipstick dekat bibir kau"kata Aimi.Hanis berjalan menuju ke kereta Aimi.
       Dalam kereta Hanis hanya diam seribu bahasa.Aimi memandang Hanis selalunya dia akan kecoh tapi senyap.Aimi memperlahankan radio."Hanis kau okay ke atau kau risau Kasyah nak pergi Pakistan"kata Aimi.Hanis memandang Aimi kenapa dia tak tahu pasal Pakistan."Pakistan buat apa?"tanya Hanis."Wait don't tell me Kasyah tak cakap pasal lawatan kerja ke Pakistan"kata Aimi."Tak berapa lama"kata Hanis."2 weeks macam tu.Kau dengan Kasyah tunang dengan kau serius ke tidak?"tanya Aimi.Air muka Hanis berubah muram dan sedih. "Entahlah Aku pun rasa serba salah dengan dia,kalau dia rasa pertunangan tu paksaan kenapa tak tolak haritu"kata Hanis sambil menyeka airmatanya.Aimi rasa bersalah terlepas cakap.Tapi Aimi hanya membiarkan Hanis meluahkan apa yang dirasanya.

*******
   Hari yang dinanti Aimi sudah tiba. Selesai Puan Safiyya menyarungkan cincin pada jari Aimi."Jadi majlis akan diadakan serentak dengan majlis Hanis dan anak saya Kasyah.Insyallah saya akan uruskan semuanya"kata Puan Safiyya pada keluarga Aimi.Hanis mengikut Aimi pulang ke rumah keluarganya.Dia duduk dipangkin dihadapan rumah Aimi.Masuk harini dah 2 minggu Kasyah tidak menghubunginya.Dia tak tahu apa salahnya terhadap Kasyah.Aryan dan Aimi menapak ke laman ternampak Hanis duduk sorang-sorang."Awak saya rasa ada benda tak kena dengan Kasyah tengok Hanis dah 2 minggu Kasyah biar dia camtu"kata Aimi yang sedih."Entahlah saya nak cakap pun tak berani Abang saya lain sikit tak banyak cakap"kata Aryan."Jom kita borak dengan dia"kata Aimi.
      Mereka menuju ke arah Hanis."Hanis aku nak cakap dengan kau sebagai kawan baik"kata Aryan.Hanis pelik dengan soalan Aryan."Aku tanya kau tapi mesti jujur dengan Aku.Kau masih nak tunggu Abang aku"kata Aryan.Hanis memandang Aimi."Aku tetap dengan hati Aku 100% cintakan dia"kata Hanis."Kau cinta kau sayang abang Aku tapi aku nak tanya dia cintakan kau tak? "kata Aryan nada serius.Hanis diam seribu bahasa tadi dia yakin kini hatinya berbelah bahagi.Dia cuba istighfar banyak-banyak.

*******
Apa yang dicakap oleh Aryan tadi asyik berlegar di kepalanya.Kusut kepalanya berfikir pasal status tunang kepada Kasyah.Dalam beberapa minggu saja dia akan disatukan dengan Kasyah tapi kalau Kasyah tidak suka dengan perkahwinan ni macamana pula.
         "Aku kena jumpa dia walau macamana sekalipun"kata Hanis pada dirinya.Dia takkan membiarkan keputusan yang dibuat akan menyesalkan dirinya.
         Aimi masuk dalam bilik melihat Hanis masih belum tidur lagi."Hanis kau ada apa-apa nak cerita dengan aku"kata Aimi."Sebenarnya aku tak tahu nak buat apa dengan ikatan pertunangan ni,aku buntu kalau betul dia tak cintakan aku harap dia bagitahu aku jangan seksa perasaan aku"kata Hanis dengan airmata menitik laju."Shush..sabar ni dugaan kau dengan dia.Aku nak tengok Hanis yang ceria,selalu senyum dan selalu positif"kata Aimi sambil mengusap rambut Hanis.Hanis menyeka airmatanya."Aku akan buat apa yang aku patut buat"kata Hanis.

*******
Aryan menunggu Kasyah balik diluar rumah.Dia kena juga buat satu perhitungan dengan abangnya malam ini juga.Kereta Kasyah memasuki laman rumah keluarganya.Kasyah terkejut melihat Aryan duduk didepan rumah."Aryan tak tidur lagi?"tanya Kasyah sambil mengheret beg roda."Aah tunggu abang.Aryan nak tanya apa status masa depan Hanis?"tanya Aryan."Apa pulak kali ni.Abang penat baru balik esok jelah"kata Kasyah."Nanti selama Abang berada dekat Pakistan berapa kali Abang tanya khabar Hanis?"tanya Aryan.
          "Hanis bagitahu kau ke? "tanya Kasyah.Memang sepanjang di Pakistan dia mengendahkan mesej Hanis."Kalau Hanis tak bagitahu pun,Aryan boleh tahu dengan tengok dia je"kata Aryan."Aku sibuk tak sempat mesej balik"kata Kasyah.Aryan tergelak dengan alasan abangnya."Dahlah pergi tak bagitahu dia pastu diam membisu"kata Aryan."Habis masa dia terseliuh kenapa dia boleh bagitahu kau kenapa bukan aku?"tanya Kasyah.
          "Astagfirulah Aryan dapat tahu dari Aimi sebab dia tak nak abang risau dan lagi satu kalau Abang rasa tak mampu nak bahagiakan dia baik fikir semula jangan bagi harapan nanti hati sendiri yang sakit"kata Aryan.Rasa panas hatinya mendengar nasihat adiknya."Macam nilah kalau kau boleh jaga Hanis lagi baik dari aku kau jelah kahwin dengan dia"kata Kasyah sebelum melangkah masuk rumah.Aryan menghentak tangan atas meja."Kau ego tinggi sangatlah.Hati cakap lain mulut cakap lain"kata Aryan.
          Kasyah menghempas beg atas katil.Kalau tak fikir adiknya tadi mahu ditumbuknya muka Aryan.Pasal Hanis pun boleh buat dia dan adiknya bermasam muka.

HERO PUJAAN HATI Where stories live. Discover now