BAB 2 HERO PUJAAN HATI

345 16 0
                                    

    Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang.Hanis belum lagi menunaikan solat zohor kerana terleka mencari bahan mengajar. "Hanis tak ada kelas ke petang"kata Aimi yang lalu dimeja Hanis."Ada pukul 4 tapi nak pergi solat dulu takut leka"kata Hanis."Oh okay aku gerak kelas dulu"kata Aimi.Hanis mengambil beg telekung di tepi laci.
    Matanya dilelapkan setelah selesai solat zohor.Bunyi mesej ditelefon menyedarkan Kasyah.Mesej dari Umi memberitahu abahnya demam panas.Kasyah terus keluar dari surau menuju ke pejabatnya.Dari jauh dia nampak Leftenan Azwan yang sedang berehat."Azwan saya kena balik dulu dalam lepas asar saya datang okay"katanya sambil mengisi borang keluar unit.
    "Kenapa Tuan ada kecemasan ke?"tanya Leftenan Azwan."Abah saya demam panas tiba-tiba saya kena tengok"kata Kasyah menyerahkan borang."Takpe nanti apa-apa saya inform "kata Leftenan Azwan."Terima kasih saya pergi dulu"kata Kasyah.

****

           Hanis membelek telefon melihat instagram.Hanis melihat instagram pemilik nama Rfan_Kasyah tetapi posting terakhir 2 tahun lepas.Hanis mengeluh kerana sudah lama tidak mengetahui khabar dia.
          Dirumah Mejar Jeneral keadaan sangat merisaukan Puan Safiyya kerana suaminya demam panas."Abang kejap tunggu Kasyah sampai kita pergi hospital"kata Puan Safiyya lembut.Mazda 6 milik Kasyah memasuki laman rumah keluarganya.
          Kasyah lekas masuk ke dalam rumah kerisauan melanda sepanjang perjalanan dari pangkalan."Ummi abah macamana"tanya Kasyah sambil memeriksa keadaan Mejar Jeneral Mohd Talhah."Panas ni Abah..Abah Kasyah bawa pergi hospital okay"kata Kasyah sambil memapah Abahnya ke kereta.
          "Ummi ambil beg kejap"kata Puan Safiyya.Kasyah menyandarkan Abahnya pada kerusi belakang."Kasyah ambil dompet abah ni"kata Abahnya.Dari segi keadaan abahnya sekarang mungkin hidrasi."Okay abah jangan risau okay"katanya.
          "Ummi duduk belakang dengan Abah"kata Kasyah.Kerana Aryan tak ada di sini tugas beralih kepadanya sebagai anak sulung dalam keluarga."Kasyah tak bertugas ke?" tanya Puan Safiyya."Ada rondaan udara petang nanti tapi jangan risau lepas balik hospital nanti Kasyah terus balik ke Pangkalan"kata Kasyah.

******
      Kasyah menelefon Aryan memberitahu keadaan abahnya.Aryan yang ketika itu baru sahaja selesai menyelenggara sebuah pesawat mendapat panggilan dari abangnya.

      "Assalamualaikum Aryan ni abang call nak bagitahu Abah kena tahan wad sebab demam panas"kata Kasyah dalam panggilan."Walaikumusalam ya Allah ye ke macamana boleh demam panas ni"tanya Aryan sambil berjalan menuju ke bilik istirihat."Doktor kata hidrasi kalau lambat tadi mungkin boleh kena strok haba"jelas Kasyah.
      "Umi mana bang?"tanya Aryan.Aryan mula risau kerana dia tidak boleh balik dalam masa terdekat."Umi teman Abah,kejap lagi abang nak balik pangkalan ada rondaan harini"kata Kasyah.
      "Okaylah nanti Abang kirim salam Umi dengan Abah,Biar Abah rehat dulu nanti Aryan call Umi"katanya sebelum panggilan ditamatkan.

*****
    Hanis mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu pada sebelah petang."Okay semua harini saya nak ajar buat karangan berkaitan cerita ataupun penceritaan.Jadi siapa nak bagi penerangan tentang isi karangan ini boleh angkat tangan"kata Hanis.
    Seorang pelajar perempuan berbaju biru menangkat tangan."Penceritaan bebas Cikgu sebab dia tidak terikat dengan format"katanya."Baik Devina jawapan yang baik"kata Hanis."Terima kasih Cikgu"katanya.
    "Saya bagi contoh kisah aku sebatang pensil ataupun awak semua ada cerita yang ingin ditulis boleh dijadikan dalam karangan.Saya pasti setiap awak semua ada cerita tersendiri"kata Hanis.Hanis mengambil pen maker dan menulis di papan putih.
    "Karangan penceritaan tentang Cerita Saya,Terpulang kreativiti masing-masing"kata Hanis sambil menyerahkan kertas kepada anak muridnya.
     Hanis melihat setiap anak muridnya dan sentiasa membantu mereka.

*****
    
      Kasyah menghidupkan enjin pesawat Sukhoi s-30 memulakan tugasan rondaan kawalan udara.Fokusnya pada penerbangan petang ini walaupun sibuk dengan urusan peribadi tetapi dia sudah didik untuk membahagikan masa dengan kerjaya. Dulu dia menolak keras untuk menjadi juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tetapi sebab Abahnya dia memilih kerjaya itu.Siapa sangka sekarang umurnya 3I tahun sudah menjadi juruterbang yang dihormati rakan seperjuangannya.
     Sukoi s-30 terus membelah langit yang biru akan bertukar jingga sebentar saja lagi.

HERO PUJAAN HATI Where stories live. Discover now