BAB 10 HERO PUJAAN HATI

240 8 0
                                    

    Bunyi hon mengejutkan Hanis sampai keluar latahnya."Oi Mak kau!!!"kata Hanis.Cermin kereta diturunkan."Jom saya hantar awak dekat sekolah lagipun panas kalau pengsan saya bukan boleh angkat"kata Kasyah.

       Betul juga apa yang di cakap Kasyah kalau dia pengsan dekat sini memang taklah Kasyah angkat."Yelah saya naik pun sebab panas"kata Hanis membuka pintu kereta Kasyah."Seat belt pakai"kata Kasyah pada Hanis."Alah sekolah depan tu je"kata Hanis sambil memandang Kasyah.Kasyah merenung tajam pada Hanis."Okaylah saya pakai"kata Hanis.Kasyah hanya tersenyum sedikit tapi Hanis tak nampak.
       Sampai sekolah Hanis mengempaskan punggungnya di atas kerusi."Hai takkan keluar dengan Cikgu Shahidan muncung sedepa"Kata Aimi."Jangan sebut nama Mangkuk tu depan aku sebab sekarang aku tengah panas ni ada ke dia kata dekat bini dia aku ajak dia keluar makan"kata Hanis."Bila bini dia datang"tanya Aimi pelik ."Tadi dekat kedai marah-marah"kata Hanis."Sabarlah wei habis tadi balik jalan kaki ke"kata Aimi.
       "Taklah Kasyah hantar kebetulan dia makan dekat situ tadi"kata Hanis."Wow ada Hero selamatkan heroin ni"kata Aimi."Aku malu dengan dia tau"kata Hanis pada Aimi.Aimi memeluk Hanis menenangkannya.
      

*****
         Aryan baru saja sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Pulau Pinang.Biasa kalau bertugas jauh sedikit dia malas nak bawa kereta lagipun membazir saja.Kelibat Aimi berlari ke arahnya membuatkan bibirnya tersenyum."Sorry awak saya lambat tadi nak cari parkir susah"kata Aimi."Takpe lagipun saya baru keluar.Jom kita borak dalam kereta"kata Aryan.Aimi mengambil beg di tangan Aryan."Biar saya tolong awak"kata Aimi.
         Pagi lagi Hanis dan Puan Husna sudah berada di Pasar raya berdekatan kawasan rumahnya.Troli ditolak mengikut langkah Ibunya."Ibu harini nak masak apa?"tanya Hanis.Puan Husna membelek nenas."Masak lemak ikan masin tambah nenas,goreng ikan ayam pastu sayur kacang campur"kata Puan Husna.
         "Kalau macamtu Hanis masak sayur dengan mengoreng"kata Hanis."Nanti buat belacan kamu pergi cari belacan dekat sana"kata Puan Husna pada Hanis."Okay troli ni Hanis letak sini"kata Hanis.
      
         "Awak sepanjang saya takde ada apa-apa jadi ke?"tanya Aryan."Adalah beberapa perkara macam Hanis banyak kali terserempak dengan Abang awak"kata Aimi."Abang Kasyah terserempak dengan Hanis"kata Aryan
         ."Ia Abang awak banyak kali tolong Hanis"kata Aimi. "Okaylah tu Hanis pun suka"kata Aryan."Awak menetap lama dekat sini"tanya Aimi."Lama lagipun dah balik ni saya ingat nak bawa awak jumpa family saya itu pun kalau awak tak kisah"tanya Aryan.Aimi sudah tersenyum."Okay saya ikut saja"kata Aimi.Aryan nak bawa hubungan dia dan Aimi ke peringkat lebih serius lagipun umurnya dah masuk 26 tahun.

******
     Puan Husna sibuk membelek sayur ditegur oleh seseorang."Husna lama tak jumpa?"tanya Puan Safiyya.Kalau dulu waktu zaman anak-anaknya sekolah mereka rajin berborak sementara menunggu anaknya balik sekolah."Safiyya tak sangka jumpa dekat sini.Lama rasanya dah 10 tahun ada jugaklah"kata Puan Husna."Sorang je datang beli barang"kata Puan Safiyya.
     "Tak dengan anak dara saya sebaya dengan Aryan anak Safiyya"kata Puan Husna.Hanis membawa belacan pergi ke Ibunya."Ibu ni belacan"kata Hanis ada Puan Husna.Puan Safiyya terpegun melihat penampilan Hanis.Penampilan blouse coklat dan seluar slack berwarna coklat cair berserta tudung satin menyerlahkan kecantikan Hanis.
     "Ni Hanis ke"tanya Puan Safiyya sambil memeluk Hanis.Hanis membalas pelukan Puan Safiyya."Tak sangka dulu comot je sekarang dah jadi comel" puji Puan Safiyya.Hanis mendengar terasa kembang dipuji Umi Kasyah.
     "Hanis sekarang dah jadi cikgu sekolah kena comel"kata Puan Husna."Yeke patut cantik,dah berpunya belum?"tanya Puan Safiyya pada Hanis."Belum Aunty siapalah nak dekat saya"Hanis merendah diri."Takkan cantik-cantik orang tak nak"kata Puan Safiyya."Saya tunggu anak Aunty si Kasyah masuk meminang saya"Katanya di dalam hati."Biasalah Safiyya budak zaman sekarang tak sama macam kita dulu-dulu"kata Puan Husna.
     Selepas bertukar nombor telefon dengan Puan Safiyya terus mereka pulang ke rumah.Dalam perjalanan terpacul soalan dari mulut Puan Husna."Aryan bukan ada Abang ke? "tanya Puan Husna."Kenapa ibu tiba-tiba tanya"kata Hanis."Saja lama ibu tak nampak dia"kata Puan Husna."Alah ibu kan dah tukar nombor telefon dengan Aunty Safiyya tu nanti ibu boraklah"kata Hanis sambil mengambil kesempatan untuk lebih rapat dengan Kasyah.

******

Puan Safiyya tersenyum sorang-sorang bila teringatkan anak Puan Husna.Rasanya dia perlu jalankan tanggungjawab sebagai ibu yang nak melihat kebahagiaan anaknya.

HERO PUJAAN HATI Where stories live. Discover now