BAB 17 HERO PUJAAN HATI

216 7 0
                                    

Selesai mandi Hanis terus menunaikan solat zohor supaya hatinya sentiasa tenang.Dari tadi Kasyah belum hubungi semula mungkin benar dia sibuk dengan tugasannya.Hanis melelapkan matanya sekejap kerana keletihan di sekolah.
           "Ibu kakak mana senyap je?"tanya Qalaf yang baru balik kelas petang."Ada dalam bilik tidur agaknya penat"kata Puan Husna."Kamu dah solat Qalaf"tanya Encik Hisyam."Belum ayah tadi tak sempat,Qalaf naik solat dulu"kata Qalaf.
       Qalaf berhenti dihadapan bilik kakaknya senyap takde suara betullah tekaan Puan Husna.
       Jam di telefon berbunyi mengejutkan Hanis sakit kepalanya bangun mengejut jam pukul 3 tiada satu mesej pun dari Kasyah."Aku sorang ke yang over nak kahwin"kata Hanis meraup wajahnya.Rambut diikat dan dia menuju ke bilik air entah macam mana langkahnya silap dia jatuh terduduk sambil tangan menahan lantai."Arghhhhh.....ya Allah sakitnya"kata Hanis sambil cuba untuk bangun tapi kesakitan di tangannya yang tak tahu patah ke terseliuh.
       Qalaf yang kebetulan lalu depan bilik melihat kakaknya terduduk di lantai bilik air."Kak kau okay tak ni? "tanya Qalaf sambil membantu Hanis bangun.Hanis mengadu sakit pada tangannya."Sakit Qalaf panggil Ibu"kata Hanis yang melihat tangannya dah biru."Kejap jangan bergerak"kata Qalaf menyadarkan kakaknya pada katil.
       "Ibu...ibu kak Hanis ibu"jerit Qalaf."Kenapa cemas sangat ni?"tanya Puan Husna."Kak Hanis jatuh bilik air tangannya bengkak"kata Qalaf.Encik Hisyam yang sedang menonton televisyen lekas bangun naik ke atas menuruti isterinya.

*******
      "Tadi masa meeting ada orang call kau siapa macam serius je"kata Nadien sambil menarik kerusi."Takdelah cuma tunang aku call tapi takde apa nak cakap"kata Kasyah."Wait tunang bila masa?"tanya Nadien."Baru lagi sebab permintaan keluarga"kata Kasyah sambil mengisi laporan harian."Ceritalah lagi cantik ke tidak"kata Nadien."Lain kali aku tengah tulis report ni"kata Kasyah.Nadien hanya menggelengkan kepalanya.
        "Kena pergi klinik sekarang takut patah ke"kata Puan Husna melihat tangan anaknya."Sakit sangat ibu"kata Hanis.Puan Husna membantu Hanis untuk bersiap pergi klinik.
        "Aryan lambat abang balik kamu dah sampai dulu"kata Puan Safiyya."Oh ada meeting rasanya tadi sebab esok ada penerbangan ihsan untuk pesakit dari Sabah dan khamis ni Abang terbang ke Pakistan untuk lawatan TUDM"cerita Aryan pada Puan Safiyya.
        "Lama ke pergi sana?"tanya Mejar Jeneral Mohd Talhah."Dua minggu macam tu"kata Aryan.
      
          Pemeriksaan X-ray menunjukkan tiada tulang yang patah atau retak."Tangan Cik Hanis terseliuh mengikut X-ray ni takde patah pun"kata Doktor Farah tertera nama di tag bajunya."Alhamdulilah bengkak ni macamana doktor"kata Puan Husna."Jangan risau tadi saya ada bagi suntikan untuk redakan sedikit sakit jadi sementara ni kena pakai anduh"katanya lagi."Baik terima kasih doktor"kata Hanis sebelum keluar dari bilik rawatan.
          Dalam perjalanan balik Hanis hanya senyap saja."Kena urut berkali juga Hanis nak bagi urat elok balik"kata Puan Husna."Ibu jangan bagitahu Kasyah atau Umi Safiyya pasal tangan Hanis tak nak diaorang risau"kata Hanis."Apa salahnya terutama Kasyah patut tahu"kata Encik Hisyam."Takpe nanti Hanis sendiri cakap lagipun Kasyah sibuk minggu ni"kata Hanis."Iyelah balik nanti Ayah urut tangan kamu"kata Encik Hisyam.
          Memang Ayahnya ada kepakaran mengurut terutama kalau bab patah terseliuh sejak zaman sekolah lagi."Ibu cakap dengan Aimi esok tumpangkan kamu pergi sekolah"kata Puan Husna."Okay Ibu"kata Hanis.

********
Kasyah baru balik kerja terus masuk ke dalam biliknya.Butang uniform dibuka dan dia duduk di kerusi terlebih dahulu untuk menghilangkan kepenatan.Pintu bilik di ketuk dari luar." Masuk tak kunci pun"kata Kasyah.Kepala Aryan muncul di pintu,sebelum duduk di atas katil."Abang Hanis ok dah?"tanya Aryan.Pelik tiba-tiba Aryan tanya pasal Hanis.
        "Kenapa dengan Hanis sakit ke? "tanya Kasyah."Lah Hanis tak cakap dengan Abang dia jatuh bilik air petang tadi katanya tangannya terseliuh.Kasyah tidak menunjukkan riak muka risau."Kau tahu dari Aimi ke? "tanya Kasyah."Yes itupun Aryan try call Hanis tapi tak dijawab"kata Aryan."Takpelah kejap lagi Abang try call Hanis"kata Kasyah bingkas bangun mencapai tuala mandi ke bilik air.Aryan musykil dengan perangai Abangnya sejak bertunang dengan Hanis.

HERO PUJAAN HATI Where stories live. Discover now