BAB 15 HERO PUJAAN HATI

224 7 0
                                    

Kasyah menuruti Hanis ke dalam kedai buku MPH."Apa cari dalam kedai buku?"tanya Kasyah."Of course cari buku especially novel cinta"kata Hanis."Awak ambil tips pikat saya dari novel.Cerita dalam tu semua rekaan kan"kata Kasyah."Ada rekaan tapi nasihat yang baik"kata Hanis sambil membelek novel.
"Apa punya tajuklah "Pengantin Musim Salju dan ni Suri Hati Mr Pilot bukan dua-dua ni drama ke?"tanya Kasyah."Yep betul kebanyakkan drama sekarang adaptasi dari novel"kata Hanis sambil menyerahkan beberapa buah novel pada Kasyah.Kasyah terkejut dengan berat novel."Jom ikut saya"kata Hanis."Bila dia ni sempat baca semua ni"kata Kasyah.
Berhenti di bahagian komik Hanis memilih beberapa komik."Untuk Qalaf ke komik tu"kata Kasyah."Taklah Qalaf mana baca komik dia tu tak habis drama korea.Ni untuk awak saya bagi sebab saya tahu awak suka baca komik"kata Hanis pada Kasyah sambil mengangkat kening.Kasyah rasa nak gigit je Hanis.
Selesai buat bayaran Kasyah membawa Hanis pergi makan."Okey sementara tunggu makanan.Saya nak tanya awak ada pantang larang dengan apa-apa makanan tak? "tanya Hanis."Tak ada sebab saya bukan jenis memilih"kata Kasyah.
"Okey mudah tapi saya ada alergik dengan cheese so kalau saya makan saya akan muntah cirit birit camtulah simptombus "kata Hanis.Pelayan menghidangkan makanan pada meja mereka.
"Dari tadi asyik saya yang cerita awak bila nak citer"tanya Hanis."Kita makan dulu"kata Kasyah menadah tangan membaca doa.

******
Kasyah dan Hanis berjalan menuju ke arah parking kereta.Sebuah kereta dengan kadar laju melalui kawasan parking nasib Kasyah menarik lengan Hanis terlebih dahulu.Hanis terkejut sikit saja dia akan dilanggar."Astagfirullah apa bawa kereta laju dah tahu kawasan macam ni"kata Kasyah."Takpe mungkin dia nak cepat tu.Jom kita balik"kata Hanis menarik lengan Kasyah.
Stereng diketuk rancangannya tidak berjaya tapi mangsanya takkan terlepas.Dalam kereta Hanis terlelap sebab penat berjalan dengan penghawa dingin kereta Kasyah lagi membuatnya terlena.Kasyah hanya membiarkan saja.Kasyah memberhentikan kereta dipam minyak.Penghawa dingin diperlahankan kerana dia nampak Hanis memeluk tubuh kesejukan.

"Jadi Umi setuju dengan apa yang dibincangkan,bolehlah Aryan beritahu Aimi supaya memaklumkan kepada keluarga dia
tentang rombongan dari kita"kata Aryan.

"Boleh dah lagi cepat kita pergi sana.Boleh selesaikan cepat urusan kamu"kata Mejar Jeneral Mohd Talhah."Betul tu lagipun kamu dengan Aimi dah kenal lama"kata Puan Safiyya."Baiklah nanti Aryan maklumkan dan pasal cincin nanti Aryan serahkan pada Umi"kata Aryan.Kerana keluarga Aimi berada di Kuala Selangor jadi Aryan akan menghantar rombongan.

Kasyah memberhentikan kereta di hadapan rumah keluarga Hanis.Matanya memandang Hanis yang masih lena."Hanis bangun dah sampai"lembut suara Kasyah mengejut Hanis."Kejaplah 2 minit je "kata Hanis."Kalau awak tak bangun saya angkat"kata Kasyah.Hanis membuka matanya memandang Kasyah dengan berkerut.Dia baru sedar yang dia dalam kereta Kasyah.Mukanya dibelek takut ada air liur basi meleleh ke?."Sorry terlelap pulak"kata Hanis.
Kasyah mengeluarkan barang yang dibeli pada Hanis."Terima kasih untuk harini"kata Hanis."Sama-sama untuk komik juga"kata Kasyah."Oh esok dah kerja lamalah nampak kita tak jumpa"kata Hanis."Yes minggu depan saya sibuk sikit jadi kalau saya tak reply mesej awak saya cakap awal"kata Kasyah pada Hanis."Okay saya masuk dulu"kata Hanis.Kasyah menunggu Hanis masuk baru dia gerak balik.

*******
Sebuah kereta berhenti dihadapan rumah Hanis.Sambil tersenyum dia lalu dihadapan kawasan perumahan.Dia akan dapatkan apa yang harus jadi miliknya.

HERO PUJAAN HATI Where stories live. Discover now