BAB 12 HERO PUJAAN HATI

212 6 0
                                    

Kasyah terkejut melihat Aryan duduk-duduk di gazebo."Bila sampai Aryan?"tanya Kasyah."Pagi tadi habis kerja semalam awal terus booking flight balik terus"kata Aryan."Oh yeke ingat balik esok baru nak pergi ambil"kata Kasyah."Cantik wrap kereta Abang"kata Aryan."Biasa saja, eh hujung minggu ni jom keluar lepak"kata Kasyah.
        "Abang tak tahu lagi ke,hujung minggu ni Umi nak buat kenduri doa selamat dan makan-makan"kata Aryan.
        Kasyah yang musykil dengan perancangan Umi."Kenduri untuk?"tanya Kasyah."Entahlah tapi habis kenduri nanti Aryan nak kenalkan calon isteri pada Umi dan Abah"kata Aryan."Tahniah dah besar Aryan"kata Kasyah sambil menepuk bahu Aryan.Kasyah hanya tersenyum pada Aryan.
        Hanis membuka matanya jam sudah menunjukkan pukul 5 petang.Lamanya rupanya dia tertidur.Pintunya diketuk dari luar."Hanis buka pintu ni"kata Puan Husna."Kejap Ibu"kata Hanis bangun membuka pintu."Ibu ada benda nak cakap tadi Aunty Safiyya dia jemput kita hujung minggu ni pergi rumah dia"kata Puan Husna.Hanis yang baru bangun terpinga."Dengar ke tidak?"tanya Puan Husna."Dengar tapi Hanis kena pergi ke? "kata Hanis."Pergilah Aryan kawan kamu lagipun Aimi ada sekali ,Dah pergi mandi solat"kata Puan Husna.Hanis menutup pintu biliknya semula.

******
Hujung minggu dinanti sudah tiba.Hanis mengenakan baju kurung berbunga halus kuning air dikenakan dengan bawal sahaja.Ibunya leka berborak dengan Puan Safiyya.Aimi pulak dengan Aryan dari tadi tidak berenggang."Aduh segan pulak sorang-sorang dekat sini"kata Hanis sambil berjalan menuju ke arah kolam renang."Okay sini takde orang"kata Hanis sambil menepuk air kolam renang.
       Kelakuan Hanis diperhatikan Kasyah dari belakang."Kau buat apa?"tanya Kasyah pada Hanis.Hanis baru nak berdiri dek kerana terkejut dengan suara,dia hampir terjatuh dalam kolam nasib tangan Kasyah sempat merangkul pinggangnya."Fuh nasib tak jatuh"kata Hanis sambil memegang dada sasa Kasyah tanpa sedar."Ermmmm.. "Kasyah berdehem supaya Hanis melepaskan tangan pada dadanya.
       "Sorry refleksi semula jadi"kata Hanis pada Kasyah.Hanis berdiri sedikit jauh dari kolam takut pemikiran Kasyah bertukar mahu dia ditolak masuk kolam."kenapa kau takut aku tolak dalam kolam renang"kata Kasyah."Atas kepala saya ni ada bubble chat ke yang awak boleh baca pemikiran saya"kata Hanis.
       "Aku teka je maknanya betulllah"kata Kasyah sambil gelak.Hanis tersenyum melihat Kasyah gelak."Saya ingat awak tak pandai senyum"kata Hanis.Kasyah terus mematikan senyumannya."Mana ada tadi tu bukan senyum tapi gelak"kata Kasyah."Alah orang dah puji terima jelah tak rugi pun"kata Hanis sambil mencuit lengan baju melayu berwarna hitam."Dahlah masuk majlis nak mula"kata Kasyah pada Hanis."Aahlah kejap tudung saya elok tak?"tanya Hanis."Elok saja cuma otak je sengit"kata Kasyah sebelum masuk ke dalam rumah.Hanis tercengat lagi diluar.
      
******
Majlis bacaan doa selamat diketuai oleh Imam Masjid selepas Isyak.Jemputan Puan Safiyya dari kejiranan dan kawan rapat serta anak-anak tahfiz berdekatan.

HERO PUJAAN HATI Where stories live. Discover now