BAB 13 HERO PUJAAN HATI

216 9 0
                                    

Setelah tetamu beransur pulang hanya tinggal keluarga Hanis dan Aimi."Jemput minum ye dulu"kata Puan Safiyya menghidangkan air minuman."Terima kasih ada apa sebenarnya ni Safiyya?"tanya Puan Husna."Sebenarnya isteri saya ni nak buat pengumuman penting"kata Mejar Jeneral Mohd Talhah."Betul tu sebenarnya kami dah bincang dengan keluarga Aimi memandangkan keluarga Aimi tak dapat datang.Saya berhajat nak satukan Aimi dan Aryan anak saya tetapi kami nak dahulukan anak sulung saya Kasyah"kata Puan Safiyya. Aimi memandang Hanis tersenyum-senyum Semua terkejut terutama Kasyah dan Hanis.
    "Kasyah dah ada calon isteri ke? "tanyanya dalam hati Hanis.Kasyah memandang Uminya."Kejap kenapa nak Kasyah kahwin dulu sedangkan Aryan dah boleh langsung"kata Kasyah pada Puan Safiyya."Betul tu Puan Safiyya?"kata Encik Hisyam."Kami ingat nak satukan Kasyah dengan Hanis anak kamu berdua"kata Puan Safiyya.
    Hanis memandang Kasyah yang menunduk.Rasa serba salah pun ada pada Kasyah tiba-tiba.Kasyah sudah dapat baca niat Uminya ingin kahwinkan dia dan Hanis."Saya tak ada masalah sekiranya tuan empunya badan setuju lagipun kita dah lama kenal"kata Puan Husna."Macamana pendapat Encik Hisyam"kata Mejar Jeneral Mohd Talhah."Saya kalau boleh biarlah Kasyah dengan Hanis kenal dulu ataupun bertunang"kata Encik Hisyam.

*******
"Baiklah Kasyah setuju kalau bertunang dengan Hanis sebulan.Dalam sebulan ni Kasyah akan cuba kenal Hanis"kata Kasyah pada Hanis.Hanis yang ketika itu menunduk terkejut dengan persetujuan Kasyah."Alhamdulilah kalau macam tu kami serahkan cincin bertunang untuk Hanis"kata Puan Safiyya menuju ke arah Hanis.
        "Sempat jugak Aunty Safiyya beli cincin on the spot"kata Hanis dalam hati."Terima kasih sudi terima anak Umi"kata Puan Safiyya.Hanis memandang Kasyah dengan pandangan yang redup.Kasyah hanya angguk sahaja tanda supaya Hanis terima cincin dari Uminya.
        "Hanis hulurkan tangan kamu"kata Puan Husna.Jari runcing Hanis telah tersemat cincin ringkas.Puan Safiyya memeluk Hanis."Jadi malam ni Hanis dan Kasyah dah jadi tunangan darah manis nampaknya"kata Encik Hisyam pada Mejar Jeneral Mohd Talhah."Betul Allah permudahkan segalanya"kata Mejar Jeneral Mohd Talhah."Untuk Aimi macamana pula Safiyya?"tanya Puan Husna."Insyallah kami akan pergi ke rumah keluarga Aimi nanti untuk sampaikan hasrat kami"kata Puan Safiyya pada Aimi dan Aryan.
        "Kita bakal jadi besan nampaknya tak lama lagi"kata Puan Husna sambil memegang tangan Puan Safiyya.

*******
Hanis membelek cincin ditangannya.Bagai mimpi rasanya dalam satu malam dia dah jadi tunang orang.Galeri telefon ditengok berkali-kali gambarnya dengan Kasyah.Tadi sebelum balik Kasyah ada berjumpa dengannya.
        "Hanis bagi saya telefon awak"kata Kasyah.Hanis hanya menurut kata saja.Kasyah mendail nombor di skrin telefon sebelum menyerahkan padanya semula."Tu nombor saya nanti kalau apa-apa senang"kata Kasyah."Okay tapi awak saya nak tanya.Kenapa awak tak tolak pertunangan malam ni?"tanya Hanis pada Kasyah.
        Kasyah mendekatkan dirinya dengan berani dan berbisik.
        "Kalau awak percaya jodoh antara saya dengan awak ada kenapa saya kata tidak"kata Kasyah."Tapi awak bukan tak suka saya ke "kata Hanis musykil.Kasyah memeluk tubuh dihadapan Hanis."Suka dengan sayang banyak beza"kata Kasyah.Hanis masih terpinga Kasyah suka atau sayang padanya.
        Senyuman Hanis masih tidak lekang sehingga dia lupa jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi.
        Kasyah masih belum melelapkan.Kasyah menghantar mesh ringkas pada Hanis.Hanis baru nak lelapkan mata tak jadi gara-gara mesej dari Kasyah.
  
      -Esok saya nak ajak keluar- My Fiance

Hanis terus membalas balik mesej Kasyah.

    -Okay saya setuju Good night ❤- Hanis

Kasyah membaca mesej Hanis terus mematikan lampu biliknya.Kepenatan harini dengan kenduri dan banyak sangat kejutan.

HERO PUJAAN HATI Where stories live. Discover now