BAB 22 HERO PUJAAN HATI

277 8 0
                                    

Pihak polis menemui Kasyah dan Hanis terdampar tepi pantai jam 10.00 malam.Kasyah yang ditemui lemah hanya terbaring disisi Hanis ketika polis menemuinya. Mereka segera dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
           Hanis dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana kehilangan darah banyak kesan tikaman.Kasyah dirawat dan direhatkan di bilik rawatan terlebih dahulu.Aryan melihat keadaan abangnya."Aryan abang nak jumpa Hanis"kata Kasyah dengan lemah."Tak boleh abang lemah lagi ni lagipun Hanis masih mendapatkan rawatan lagi"kata Aryan.Kasyah cuba berdiri sebelum terjatuh."Hanis maafkan saya"kata Kasyah sebelum pengsan.
                   Pembedahan baru sahaja selesai.Hanis direhatkan sementara di ICU.Keluarga Kasyah dan Hanis telah sampai untuk mengetahui keadaan anak mereka."Kasyah masih belum sedarkan diri Aryan? "tanya Encik Hisyam."Belum pakcik doktor rehatkan dia sama macam Hanis"kata Aryan."Macamana Aryan boleh ada dekat sini dengan Aimi sedangkan Kasyah pergi seorang diri"kata Mejar Jeneral Mohd Talhah."Aryan tak sedap hati itu Aryan dengan Eidlan maklumkan pada pihak polis" cerita Aryan pada semua."Terima kasih sebab tolong Aryan"kata Puan Husna yang masih lemah.

******
      Kasyah sedar dari tidur dia cuba untuk bangun tapi dibantu Aryan.Badannya masih lemah tapi kedegilan Kasyah Aryan terpaksa akur.Aryan menolak Kasyah berjumpa Hanis.Keadaan Hanis membuatkan Kasyah menitiskan airmata."Maafkan saya Hanis saya gagal untuk lindung awak dan saya gagal lindung orang yang saya sayang"kata Kasyah pada Hanis.Walaupun Hanis tak mungkin dengar apa yang dia cakap tapi dia harap Hanis masih mahu maafkannya.
      Aryan hanya memerhati abangnya dengan Aimi.Kasyah memandang cincin dijari Hanis.Kasyah menolak keluar kerusi roda dari wad."Abang kalau sekarang abang masih cintakan Hanis kuatkan semangat"kata Aryan pada Kasyah."Masih layakkah aku untuk Dia? "tanya Kasyah."Insyallah kalau ditakdirkan"kata Aimi.
      Berita gembira Hanis sudah sedar sampai di telinga Kasyah tapi dia masih belum bersedia nak jumpa Hanis."Kasyah tak nak jumpa Hanis?"tanya Puan Safiyya."Biarlah Hanis jumpa keluarga dia dulu"kata Kasyah."Umi dengan Abah pergi tengok Hanis kejap"kata Puan Safiyya.Kasyah hanya diam saja.
    
******
     "Hanis bersyukur sangat dapat jumpa semua lagi"kata Hanis."Alhamdulilah kami risau sangat dengan Hanis nasib Kasyah ada  dengan Hanis kalau tak Ibu tak tahu nak cakap apa"kata Puan Husna sambil mengusap pipi anaknya.Puan Safiyya dan suaminya datang menjenguk bakal menantunya."Sihat Hanis?"tanya Puan Safiyya."Alhamdulilah semakin baik"kata Hanis."Kasyah mana?"tanya Encik Hisyam yang tak nampak kelibat Kasyah begitu juga Hanis."Kasyah ada dalam wad katanya nak bagi keluarga jumpa dengan Hanis dulu"kata Mejar Jeneral Mohd Talhah.Hanis hanya tersenyum.
       Hanis teringat masa di pantai haritu.Kasyah menarik Hanis ke tepi supaya Hanis tak sakit."Hanis...bangun saya ada dengan awak bertahan sikit je"kata Kasyah sambil meraba kepala Hanis.Darah di perut Hanis di tekan supaya darah berhenti."Saya minta maaf awak"kata Hanis sambil menahan sakit."Dah jangan cakap apa saya ada dengan awak"kata Kasyah sambil terbatuk-batuk terlalu banyak air ditelan.Kasyah cuba bangun mendapatkan bantuan tapi dia dah keletihan sebelum rebah."Hanis janji dengan saya bertahan"kata Kasyah sambil memandang Hanis.
      
          "Hanis nak apa-apa"pertanyaan Puan Husna mematikan ingatannya."Tak nak Hanis nak Ibu cukup dah"kata Hanis.

******
               Kasyah sudah dibenarkan keluar dari wad dia berhasrat berjumpa dengan Hanis.Pintu wad dibuka,Hanis sedang duduk di atas katil sambil ditemani Aimi."Hanis Aku keluar kejap"kata Aimi pada Hanis."Terima kasih"kata Kasyah.Kerusi ditarik Kasyah duduk menghadap Hanis."Saya nak minta maaf pasal haritu"kata Kasyah pada Hanis.Hanis memandang Kasyah."Dah lama saya maafkan awak sebab saya tahu awak tak sedia nak terima saya.Saya faham"kata Hanis pada Kasyah."Saya minta diri dulu awak jaga diri"kata Kasyah sebelum berdiri."Awak saya tetap akan tunggu awak dan terima kasih sebab selamatkan saya"kata Hanis.Kasyah memusingkan badannya."Sama-sama kasih"kata Kasyah sambil tersenyum sebelum keluar.
            Kasyah berjumpa dengan Mejar Jeneral Mohd Talhah."Abah Kasyah ada benda nak cakap?"tanya Kasyah sambil duduk di ruangan pejabat Mejar Jeneral Mohd Talhah."Dulu masa Kasyah masuk tentera Abah pernah cakap kalau anak abah nak berhenti Abah tak kisah sebab rezeki ada dimana-mana dan jadi macam Abah "kata Kasyah."Kenapa Kasyah nak berhenti jadi juruterbang tentera dan jadi pengurus dekat kilang Abah"kata Mejar Jeneral Mohd Talhah.Abahnya menguruskan perniagaan keluarga setelah bersara jadi sekira anaknya mahu berhenti dia mengalu-alukan kehadiran anaknya dalam syarikat untuk menjaga anak syarikat.
            "Ya Kasyah buat keputusan demi masa depan Kasyah"kata Kasyah."Okay Abah tak boleh halang kamu tapi kamu kena bagitahu Umi dengan Aryan"kata Mejar Jeneral Mohd Talhah.Kasyah menangguk tanda setuju.

******
  Surat perletakan jawatan diletakkan di pejabat dia akan menunggu jawapan dari pihak atasan.Yang penting dia tetap akan berhenti dari kerjaya juruterbang TUDM.

HERO PUJAAN HATI Where stories live. Discover now