TAHUN 2059
No.28, Lily St., Oceanic Park, 77A99, Washington DC.Rumah teres setingkat,mempunyai tiga bilik dan satu dapur yang besarnya seperti ruang tamu.Adanya satu keluarga yang menetap di kediaman itu.
Adakah hidup mereka sengsara?Tidak,malah kebahagiaan yang mereka kecapi,dengan seorang lelaki bertaraf bapa,Amran Oliver,seorang duta besar ke Qatar.
Wanda Oliver pula pendamping Amran,bertugas di salun kacantikan berdaftar di hujung jalan.Bersama sepasang kembar,Qaseh Oliver dan Adam Oliver.
Adakah mereka semua Islam,ya.Namun Islam pada kad pengenalan sahaja.
Kenapa?
Sejak 15 tahun lepas lagi,satu reformasi pembersihan dikenali sebagai Reformasi Pembersihan Ulama diadakan oleh golongan Islamophobia selepas seorang ulama secara sengaja dituduh mengebom sebuah kediaman milik Presiden Dunia sewaktu itu.
Ini membuatkan ulama dan juga orang Islam dibunuh.
Pakai tudung?Kejap lagi akan dipenggal kepalanya.
Menutup aurat?Tidak sampai sesaat akan ditembak mati.
Kopiah di kepala?Diseksa lah jawabnya sebentar lagi.
Negara-negara Islam sudah penat mengecam malah tentera juga dihantar berkumpulan dan bergelen-gelen.Namun,tetap tidak mampu kalahkan tentera lima kuasa besar dunia ketika itu.
"Qaseh...bawakan ayah sebotol liquior"
"Ibu pula nak champagne...pastikan berbuih ya"
Dalam ketakutan,mereka masih mengamalkan corak kafir meskipun seorang Muslim.
Inilah yang terjadi apabila ulama tidak berdosa dibunuh dan ditahan,habis semua fahaman dicampurnya.Mana halal dan haram tolak tepi.Hak dan batil jangan katalah...sudah sebati.
"Adam..halau burung tu dari kereta ayah..sibuk sahaja"
Adam keluar dari rumah lalu dibalingnya seketul batu menyebabkan burung tersebut terbang dari situ.
Burung yang sedang terbang itu melayang pergi hingga tiba di satu simpang jalan yang terdapatnya tugu gergasi.
Tiba-tiba kedengaran alunan Al-Quran dari belakang tugu tersebut,(yang bermaksud)
"Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun)."
Surah Al-Baqarah Ayat Ke-17
Tiba-tiba jalan di situ hilang cahayanya.Lampu yang aktif berkedip dan menyala kini malap dan menghilang dengan segera.
"Ustazah Fizah...mari cepat,budak tu hampir sampai"
Burung yang berada di atas tugu itu turun ke jalan.Dia mengepakkan sayapnya,dengan kekuasaan Allah SWT dia bertukar menjadi seorang wanita bertudung labuh dengan jubah berwarna putih.
"Ustaz Ray...saya dah perhatikan keluarga dia...nampaknya mereka keluarga yang langsung tidak mengamalkan ajaran Islam"
Jelas Ustazah Fizah.
Ustaz Ray mengusap janggutnya yang panjang.
"Takdir Allah SWT jangan kita pertikaikan Ustazah...bukankah jelas yang Allah SWT memilih keluarga ini sewaktu kita semua bersolat Istikharah?
Dan tanda Istikharah itu diterima ialah laluan yang dipilih itu mudah baginya.Lihatlah,kita tidak dijumpai mana mana manusia sekalipun di sini.
Allah SWT mudahkan kita.Menjadi kerja kita untuk meneruskan dan redha dengan keputusan-Nya"
YOU ARE READING
Hairi Peter Dan Tongkat Suci
AdventureHidup sempurna bagi Hairi Peter,kecuali digasak dua beradik kembar merangkap sepupunya.Tinggal bersama bapa saudara,Amran Oliver selepas ibu bapanya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sehinggalah suatu hari dia menerima sepucuk surat dari sekolah...