Bab 11 : Surah Al-Fath

41 9 0
                                    


"Siapa agaknya waris tersebut..."

Soal Hairi pening.

"Entahlah Hairi..jangan fikirkan sangat,nanti payahlah awak..awak hampir jatuh semalam..sihat sihat dah fikir perkara yang memeningkan"

Ujar Haminah yang risau dengan Hairi yang nampak runsing semacam.

"Woi!"

Hairi dan Haminah terdengar suara.

Mereka menyusup keluar dari dewan masjid mini selepas selesai bertahajjud.

"Itu Hairi..tu dia...ada orang dekat situ"

Hairi menjengilkan matanya.

Di sana ternampak ada dua kelibat yang Hairi pasti,itu ialah Orang A dan Orang B.

"Dah sudah Tuan..saya sudah selesaikan semuanya"

Kata Orang B.

"Bagus..Esok kita akan mulakan operasi..tetapi jangan bocorkan pada sesiapa atau terimalah akibatnya nanti"

Orang A terus pergi dari situ manakala Orang B mengikutinya dari belakang sahaja.

"Kita kena bagitahu Ron, tongkat sakti dalam bahaya.Nampaknya kita tiada pilihan lain,esok pagi kita kena cari juga dimanakah lokasi tongkat sakti itu"

Haminah mengangguk laju.

Tiba tiba,mereka terdengar suara orang berdehem.

"Ustaz Ghadib..."

"Encik Peter..Cik Gerold..Apa yang kamu berdua buat berjalan di koridor ni.."

Soal Ustaz Ghadib.

"Kami..kami....

Kami baru nak pulang ke asrama lepas solat tahajjud tadi.."

Kata Haminah tergagap.

"Kalau saya dapat tahu ada berlakunya perkara tidak elok,saya tidak akan teragak agak membuang kamu berdua dari sekolah ini"

Ustaz Ghadib terus masuk ke dalam dewan.Manakala Hairi dan Haminah mula bergerak pulang.

"Tunggu dulu"

Pergerakan mereka berdua terhenti mendengar lamunan Ustaz Ghadib.

"Encik Peter..

Cepat kembali ke masjid.Kamu akan azan subuh ni"

Hairi mengangguk lantas meninggalkan tempat itu segera bersama Haminah dalam keadaan laju.

🕌

"Ron..hari ini giliran kita kemas dewan masjid besar.. cepatlah"

Ron melipat sejadahnya lalu disusun rapi pada almari yang berwarna putih yang berada di sisi dinding masjid.

"Hairi,kau rasa di mana lokasinya?"

Hairi mengangkat bahunya tanda tidak mengetahui.

"Entahlah Ron.."

Hairi berterusan mengelap almari buku dan kitab itu.Dia mencapai Al-Quran.Ada satu penanda berwarna merah diletakkan pada salah satu potongan ayat.

"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang nyata"

Surah Al-Fath Ayat 1

"Hairi..membuka perjuangan..

Mungkin Al-Quran ini menunjukkan kita dimanakah lokasi Tongkat Suci itu berada!"

Ron memberitahu ideanya.

"Betul tu..tapi,di mana..Ia tidak diceritakan secara jelas"

Kata Hairi sambil menggaru kepalanya yang langsung tidak gatal.

Maka mereka berdua keluar untuk mencari Haminah.

"Minah...kau tengok ni"

Maka Hairi dan Ron menunjukkan bukti tersebut.

"Kejap..aku rasa pernah dengar ni..

Ya,dalam kelas Ustazah Nisa'...dia kata Al-Fath tentang pembukaan Kota Mekah..

Kota Mekah..

Kota Mekah.."

"KAABAH!"

Ucap Haminah kuat.

"Ron,Minah...kau pergi dahulu..cari jalan masuk,aku nak pergi jumpa Ustaz Ray,rasanya dia dah balik dah"

Hairi berlari terus ke pejabat Ustaz Ray.

"Encik Peter..kemana kamu nak pergi?"

Soal Ustaz Ghadib yang secara tidak sengaja bertembung dengannya.

"Sa..saya nak pergi ke pejabat Ustaz Ray..minta lalu ya ustaz..ustaz pula nak pergi mana?"

Soal Hairi agar tidak menimbulkan keraguan dalam hati Ustaz Ghadib.

"Ustaz nak pergi luar kejap..Nak jumpa Ayub.. Assalamualaikum...."

"Waalaikumussalam"

Ustaz Ghadib terus pergi.Selepas kelibatnya hilang,barulah Hairi meneruskan perjalanannya.

Hairi tiba di hadapan Pejabat Ustaz Ray.

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)"

Al-Baqarah Ayat Ke 255

Dia membaca potongan ayat Kursi,lantas pintu pejabat pun terbuka.

"Eh?Ustaz tak balik lagi ke?"

Hairi melihat bilik yang kosong sahaja.Tiada apa yang hidup kecuali seekor kucing putih yang amat comel.

"Besar jugak bilik ni"

Hairi melihat lihat Pejabat Ustaz Ray.Memang besar,siap ada surau kecil di bahagian belakang,lima buah rak buku gergasi yang menempatkan kitab dan buku agama serta sebuah radio yang aktif melagukan zikir zikir dan nasyid antarabangsa.

"Eh...fail apa ni?"

Sebuah fail kuning air menarik perhatian Hairi.

Dia membuka fail tersebut.

Matanya membulat.

Hairi Peter Dan Tongkat SuciWhere stories live. Discover now