Bab 7 : Khuzha Termuda

50 9 0
                                    

"Hairi..kau ok tak?"

Soal Haminah.

"Tu lah..terkejut kitaorang tadi tahu"

Sambung Ron.

"Takde apa apalah..cuma aku pelik kenapalah aku boleh jadi sekuat itu,selalunya aku lembik je,sekali ketis berterabur tulang belulang semua"

Jelas Hairi.

Bak kata Haminah,Husnudzon.Mungkin tanda Allah SWT nak merahmati badan yang engkau gunakan.Bukan untuk gaduhlah.

ZAP!

Hairi terdengar satu bunyi datang dari jauh.Dia menghulurkan tangannya ke atas.

Dalam masa 2 saat,satu anak panah berada di dalam tangan Hairi.Hairi melihat anak panah itu dengan teliti,Hajar Wali.

"Eh Ron..ni kakak kau punya kan?"

Soal Hairi melihat anak panah diukir nama itu.Ron mengangguk beberapa kali sebelum melihat kelibat kakaknya itu.

"Terima kasih dik"

Kata Hajar,kakak sulung Ron sambil membawa busur panah.

"Tak perlu..cakap dekat Hairi,dia yang tangkap tadi.."

Mata Hajar membulat.

"Serius?"

Ron dan Haminah mengangguk serentak.

"Hairi..mari ikut kami sebentar"

Hairi yang tidak tahu apa apa mengikuti Hajar rapat.Hampir 2 minit berjalan,mereka berdua tiba di bilik Ustaz Fahim.

"Ustaz...saya rasa kita dah jumpa pelapis Khuzha rumah kita"

Hairi Peter meneguk air liurnya.

🕌

"Baiklah Hairi..akak nak ajar Hairi,dalam sukan memanah Da'wah..ia agak spesial berbanding sukan kuda dan sukan berenang..

Kalau di dunia biasa, hanya ada pemanah sahaja bukan?..Di sini ada 4 peranan untuk pertandingan memanah..

Mereka bukan sahaja perlu memanah malah ada perlawanan akal iaitu di belakang nampak ada papan hitam bukan.Ada peranan yang bakal menulis nama rumah pada papan hitam.Bilangan nama rumah yang ditulis akan menolak markah papan bidik.

Pertama ialah Hjum.Hjum ialah jawatan memanah.Hanya tiga orang pemanah dari setiap pasukan dan mereka mempunyai panah dan busur diukir sendiri.Di papan bidik kawasan paling luar,10 markah,kemudian 20 markah,30 markah dan akhir sekali ialah 40 markah.

Kedua ialah Ujuf.Dipilih seorang dari setiap pasukan,Ujuf berperanan melindungi pemain daripada Mizaj yang akan buat kerja menulis nama rumah.Kira diaorang ni pegang pemadam kapur.

Ketiga ialah Mizaj.Mizaj ni lah yang akan menulis nama rumah pada papan hitam di belakang itu dengan kapur Encounter dia ialah Ujuf.

Dan akhir sekali,kamu Hairi, Khuzha. Khuzha berperanan menangkap panah yang keluar dari papan bidik.Setiap panah yang tersasar dari papan bidik akan ditolak 5 markah jadi Khunzha akan menangkap panah dari keluar.Dan Khuzha akan duduk di belakang papan bidik.Dan saya lupa,kalau kamu dapat tangkap,dapat ekstra 10 markah..

Faham?"

Hairi mengangguk.Dia kurang faham tentang Hujm, Ujuf dan Mizaj tetapi dia paling fokus sewaktu Kak Hajar mengajarnya apa itu jawatan Khuzha.

"Kita akan mulakan latihan pada lusa petang dan perlawanan pada hujung bulan ini menentang Rumah Hanbali"

Hajar mengemas barang keperluannya dan terus pergi dari kawasan itu.Sebaik sahaja dia pergi,Ron dan Haminah meluru ke arah Hairi.

"Seriuslah..engkaulah Khuzha paling muda abad ini tahu!"

Ron tergamam.Tidak sangka sahabatnya itu memegang Khuzha sejak tahun 1 lagi.

"Saya tak hairan...sebab ayah awak pun sebenarnya hebat dulu"

Haminah berlari ke dalam dewan diikuti Ron dan Hairi.

"Ni..tengok ni..Mizaj Terbaik Tahun 2029 , Jackson Peter Tahun Kedua"

Kata Haminah sambil menunjukkan satu piala yang berwarna gangsa yang besar.Mata Hairi membulat melihat kejayaan bapanya dalam sukan memanah.

"Hairi, Ron, Haminah..buat apa di sini..takde kelas ke?"

Soal Ustazah Nisa' yang kebetulan guru kelas mereka waktu itu.

"Maaf Ustazah..kami..kami...kami sedang tunggu Ustazah..nak bawa barang ustazah"

Ron mengangguk cepat mendengar alasan Haminah yang bijak itu.

"Bagus..nah ambil ni..jom ke kelas"

Mereka berempat berjalan masuk ke kelas.

"Terima kasih Ron,Hairi..boleh duduk dah.."

Hairi dan Ron mengangguk.

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh semua..apa khabar.."

"Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh Ustazah"

Ustazah Nisa' tersenyum.

"Baiklah..hari ini kita nak menafsir Surah Al-Masad.Al-Masad bererti sabut ya anak anak..

Kamu...Qasy Malik...baca makna ayat pertama dahulu..

Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama!

Abu Lahab ialah insan merangkap bapa saudara Nabi yang baik dengan Nabi asalnya sebelum Nabi mula berdakwah menerangi kehidupan dia pula 'berdakwah' memalapkan hati dengan melakukan banyak kejahatan pada Nabi dengan tangannya seperti membaling tahi unta dan sebagainya.

Dipersilakan Nuqman Naib baca makna ayat kedua...

Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.

Abu Lahab ini adalah antara pembesar Makkah ketika itu maka dia ni kaya dan berharta.Namun Allah SWT menegaskan harta dan segala yang dia usahakan tiada guna langsung."

Haminah mengangkat tangannya.

"Ustazah,izinkan saya baca makna ayat ketiga dan keempat berserta tafsirnya.

Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.

Allah SWT menegaskan bahawa azabnya terhadap Abu Lahab ialah menderita bakaran api neraka yang marak.

Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api.

Isterinya, Ummu Jamil juga termasuk dalam wanita tercela. Antara kejahatannya ialah dia menggali lubang di kawasan Rasulullah SAW selalu berjalan dengan itu baginda akan terjatuh."

Jelas Haminah.

"Bagus Cik Gerold...20 mata untuk Syafii'...

Penerangan cukup jelas

Baiklah..terakhir sekali ialah..

Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

Ini ialah juga ialah azab Allah SWT terhadap Abu Lahab dan isterinya atas kemungkaran yang dilakukan.

Baiklah semua..salin yang ustazah cakap tadi,tidak ingat sila ke perpustakaan cari buku AL-QURAN DAN TAFSIRAN KITAB karya USTAZ FAZRUL ABDULLAH."

Memang semua pelajar diwajibkan mempunyai salinan buku,

SUBJEK TAFSIRAN AL-QURAN

AL-QURAN DAN TAFSIRAN KITAB-USTAZ FAZRUL ABDULLAH
KITAB MUHAMMAD SAW,RISALAH KENABIAN-USTAZ KAMARUL ABDULLAH

SUBJEK SIRAH DAN TOKOH ISLAM

SIRAH DAN SEJARAH:KAITANNYA-USTAZAH AUNI
TOKOH ISLAM SEPANJANG ZAMAN-USTAZ ALIF HAMZAH

SUBJEK PELAKSANAAN FEQAH DAN AQIDAH

FEQAH, IBADAH DAN KAEDAH-SYEIKH FAIRUL ABU
AQIDAH UMAT YANG GERING-USTAZ KHAIRUL SYAQ

SUBJEK PENGAJARAN HADIS

SERIBU SATU HADIS SAHIH-SYEIKH ZAINUL ABIDIN
HADIS DAN PENGAJARANNYA-USTAZAG RABIATUL ADAWIYAH

Hairi Peter Dan Tongkat SuciWhere stories live. Discover now