"Ayub,dimanakah kita hendak pergi ni?"
Soal Hairi sambil membawa troli berisi beg yang disediakan oleh Ayub.
"Hehehe..biarlah rahsia~"
Hampir 10 minit berjalan,mereka tiba di sebuah pintu.Pintu berwarna hitam dan kusam,disebelahnya ada gerai dengan penjual yang bermuka masam.
"Kenapa datang sini?"
Soal penjual itu dalam nada rendah.
"Hijrah"
Kata Ayub perlahan.Penjual itu mengangguk lalu dia mengeluarkan kunci dari poketnya lalu membuka pintu hitam itu.
Mereka berdua masuk ke dalam ruangan itu sesudah selesai mengucapkan terima kasih kepada penjual.
"Hairi..inilah Surau Hijrah kami panggil"
Di dalamnya ada beberapa naskhah buku kegamaan dan banting banting bertulis ayat Al-Quran.
"Wahai Allah SWT,sebagaimana para sahabat berhijrah ke Habsyah,Madinah,maka engkau mudahkanlah perjalanan kami.
Sesungguhnya tiada daya dan upaya bagi kami melakukan sesuatu yang dianggap mudah bagi kami walhal ianya adalah keizinan-Mu dan sifat murah hati-Mu terhadap hamba yang hina ini.
Justeru itu,mudahkanlah perjalanan kami Ya Allah SWT.Tibakanlah kami ke tempat tujuan kami dengan kekuasaan-Mu.Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah dan Pengasih,Ya Rahman Ya Rahim"
Selesai sahaja berkata sedemikian,Ayub membuka pintu masuknya tadi.Dengan kekuasaan dan berkah Allah SWT, di depan mereka muncul sebuah istana gergasi.
Istana itu bukan seperti istana lain,di sisinya dihiasai ayat Al-Quran manakala banyak pohon menjalar mengelilingi menara dan bumbung mengeluarkan bunga cantik yang tidak terkiranya.
Paling menarik ada stadium memanah,berkuda dan berenang.Semuanya sukan atau rekreasi sunnah yang disuruh Rasulullah SAW.
Memanah
Daripada Uqbah Bin Amir berkata,aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
“Dan sedialah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah), ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah melempar (memanah)
Riwayat Muslim (1917)
Berenang
Daripada Jabir Bin Umair berkata,bahawa aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
“Setiap perkara yang tidak disebut nama Allah SWT adalah sia-sia dan lalai melainkan empat benda: Perjalanan seorang lelaki di antara dua matlamat, seorang yang mengajar kudanya, bermesra dengan isteri dan juga belajar berenang”.
Kitab Mu'jam Al-Awsath (8147)
Berkuda
Daripada Uqbah Bin Amir berkata,bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda,
Lemparkanlah (panah) dan tungganglah (kuda)”.
Riwayat Al-Tarmizi (hadis hasan)
Namun,ada satu lagi yang paling istimewa antara semuanya.Tentulah terdapatnya satu replika Kaabah bersaiz sebenar diselimuti kiswah hitam dan emas yang dikelilingi bata merah serta satu replika telaga Zam-Zam (tiada air kerana bersifat replika semata).
Namun,Hairi bukan keseorangan.Di sana ada bergerombolan kumpulan pelajar.
"Semua pelajar tahun 1,sila ke sini segera!"
YOU ARE READING
Hairi Peter Dan Tongkat Suci
PertualanganHidup sempurna bagi Hairi Peter,kecuali digasak dua beradik kembar merangkap sepupunya.Tinggal bersama bapa saudara,Amran Oliver selepas ibu bapanya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sehinggalah suatu hari dia menerima sepucuk surat dari sekolah...