Bab 8 : Konflik Qiamullail

51 10 0
                                    

"Aduhai Hairi Hairi...perlukah kamu didenda pada bulan sama kamu masuk sekolah.."

Kata Ayub sambil tergelak.

"Pakcik ni, gurau pula..saya serius yang saya tak sedar langsung saya buat benda tu."

Ujar Hairi bersungguh.Sebagai hukuman bergaduh dengan Qasy hari itu,dia perlu pergi ke tanah perkuburan dan mengambil akar pokok sephora untuk dibuat jus penyembuhan yang dialami oleh Nukman Naville yang kesakitan selepas jatuh dari kuda minggu lepas.

"Pakcik..gelaplah pakcik..takut pula"

Kata Hairi.

Mendengar keluhan dari Hairi,Ayub terus mengalunkan satu potongan ayat Al-Quran.

Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya).

Surah Yunus Ayat Ke-5

Lantas dengan segera kawasan itu menjadi agak terang.Setelah melihat ke angkasa,yakinlah Ayub itu ialah cahaya bulan yang terang benderang.

"Subhanallah..Maha Suci Allah"

Kata Hairi takjub dengan keindahan dan kekuasaan Allah SWT yang menerangkan laluan mereka.

"Mari Hairi..Allah SWT sudah mudahkan kita,sekarang dengan pertolongan Dia kita dapat ke sana dengan mudah"

Hairi mengangguk.

Selepas 25 minit,akhirnya mereka balik seusai menjumpai akar sephora yang tertanam tidak jauh dari perkarangan istana Da'wah.

"Ya Mumaradhah...saya sudah mendapat akar sephora buat Nukman"

Mumaradhah ialah panggilan buat Aqila,seorang jururawat.Malah Mumaradhah itu bererti jururawat.

"Jazakallahu Hairi..boleh balik ke kelas sekarang"

Aqila menerimanya dengan segaris senyuman.Hairi membalas senyuman itu dan segera pulang ke asrama.

"Ron...jom qiamullail..aku dah teringin lama nak qiamullail"

Ron yang masih mengantuk itu menggagahkan dirinya untuk bangun juga.

Maka bergeraklah keduanya ke dewan masjid mini di ruang lobi istana.

"Nampaknya dikatakan kecil,besar juga dewan ni"

Mereka pun melepasi ruang wanita yang berdindingkan langsir yang indah untuk ke ruang solat lelaki.

Dimulakan dengan Solat Sunat Taubat kemudian mereka membaca Al-Quran dan Zikir.

Kemudian mereka Solat Sunat Hajat dan seterusnya membaca Al-Quran dan Zikir.

Perkara itu diulang pada Solat Sunat Tahajjud (Hairi sudah tidur sebentar selepas solat isyak dan sebelum pergi mencari akar sephora),Solat Sunat Awwabin,Solat Sunat Tasbih,Solat Sunat Mutlak dan Solat Sunat Witir sebagai penutup.

"Assalamualaikum Warahmatullah

Assalamualaikum Warahmatullah"

Selesai sahaja memberi salam,mereka berdua memgangkat tangan berdoa kepada Allah SWT.

"Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmatMu dan menguatkan pengampunanMu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatkan daripada kejahatan, memperolehi syurga dan selamat daripada api neraka.

Hairi Peter Dan Tongkat SuciWhere stories live. Discover now