Bab 5 : Qari Yang Mengisih

68 11 1
                                    

"Siapa Syeikh Qawi Al-Fatah ni?"

Soal Hairi perlahan.Meskipun begitu,soalannya dapat ditangkap segera dengan ciping telinga rakan sebelahnya itu.

"Itu ialah Syeikh Qawi, penghafaz, pentaranum dan qari terhebat di dunia.Setelah RPU,dia berpindah ke sini menjadi guru Subjek Tilawah dan Taranum.Saya dengar dari ibu dan bapa saya dia sukakan taranum Nahwand dan Sika.

Dialah yang akan mengisih kita ke dalam rumah"

Ustazah Fiza mengetuk cawan dengan garfunya untuk mendapat perhatian semua pelajar di dalam dewan besar tersebut.

"Baiklah semua...kita akan mulakan,apabila saya panggil kamu,naik ke atas pentas dan bacalah Surah Al-Fatihah dengan tajwid dan tartil

Dalam Surah Al-Muzammil ayat ke-4,

"Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya ; dan bacalah Al-Quran dengan 'Tartil'."

Selesai sahaja berkata sedemikian,Ustazah Fizah memanggil nama salah seorang pelajar.

"Haron Wali dari Arkansas"

Maka pelajar di sebelah Hairi pun bangun.Barulah Hairi mengetahui namanya ialah Haron Wali.

"Baiklah Haron, sila baca Al-Fatihah"

Maka mendayu dayu bacaan Haron dengan Tarannum Sika.

"Terima kasih...kamu agak bagus dan baik,cuma terdapat kesalahan sedikit apabila mad lazim kamu terlalu pendek 1 harakat...mengikut penilaian saya,Rumah kamu ialah Rumah Syafii'!"

Muka Haron agak gembira.Manakan tidak,dia bersama ketiga kakaknya semua berada di Rumah Syafii'.

"Seterusnya...Qasy Malik dari West Virginia"

Seorang pelajar lelaki berambut putih pun berdiri.

"Silakan"

Maka Qasy membaca Al-Fatihah dengan tarannum Bayati.

"Bagus...lincah dan amat berani menggunakan tarannum Bayati yang agak susah bagi kami qari...

Rumah Maliki!"

Maka semua pelajar Rumah Maliki bertepuk tangan menerima kedatangan Qasy.

"Seterusnya...Haminah Gerold dari New York!"

Maka pelajar perempuan yang berkenalan dengan Hairi tadi naik ke pentas dan mula membaca Al-Fatihah dalam nada tarannum Jiharkah.

"Bagus..terbaik...erm..Rumah Syafii'"

Semua pelajar Rumah Syafii' mengalu alukan kehadiran Haminah ke rumah mereka.

"Seterusnya...Hannah Syarif dari Texas!"

Seorang pelajar berketurunan Syarif naik ke pentas.Dia membaca Al-Fatihah dalam tarannum Rast.

"Baiklah...terima kasih..bacaan Rast yang agak baik,saya agak terkejut sebenarnya..kalau begitu,Rumah Hanafi!"

Pelajar Hanafi girang menyambut ketibaan Hannah Syarif yang bertudung kuning itu.

"Seterusnya,Hairi Peter dari Washington DC"

Hairi mula menaiki pentas.Semua orang berbisik bisik di belakangnya.Memang kisah ibu bapanya yang bermujahidin meskipun di kemuncak RPU mendapat tarikan pada orang ramai.

"Silakan"

Hairi yang tiada asas main hentam sahaja tarannum nya.Lagipun dia bukan dididik oleh ulama',tetapi ibu dan bapa saudara yang hidup bercorakkan kekufuran.

"Saya sendiri tidak tahu apa tarannum awak sebab awak gabung semua..ayat pertama dan keempat awak gunakan Jiharkah.Kedua dan ketujuh awak gunakan Nahawand.Ketiga, kelima dan keenam awak menggunakan Rast.

Hairi Peter Dan Tongkat SuciWhere stories live. Discover now