Bab 3 : Ayub Ismeth Si Penjaga Kunci

86 15 0
                                    

"Kau jangan sesekali sakiti dia Wanda!"

Seorang lelaki berbadan besar,dua kali ganda besarnya dari ketinggian Hairi masuk ke dalam rumah sambil payungnya menghala ke Wanda.

"Apa benda kau nak...jangan buat apa apa kat bini aku!"

Jerit Amran kepada lelaki itu.

Lelaki itu langsung tidak kisah dengan amaran Amran Oliver.Dia lebih tertarik kepada Hairi.

"Hairi...nampaknya awak sudah besar sekarang ya.."

Kata lelaki itu.Dia menghampiri Hairi dan mengusap kepalanya.

"Maafkan saya,siapa awak?"

Soal Hairi keliru dan bingung.

"Maafkan pakcik juga.Nama pakcik Ayub Ismeth.Satu satunya bekas pelajar Da'wah dari Timur Tengah serta penjaga kunci Da'wah...selamat berkenalan"

Ayub menghulurkan tangannya.Hairi menyambutnya.

"Oh..pakcik pun bekas pelajar Da'wah?"

Ayub mengangguk.

"Hairi nak ikut pakcik ke Da'wah..

Atau mahu duduk bersama mereka ini"

Soal Ayub.

"Kau jangan bawa dia ke mana mana..aku tak benarkan!

Hairi makcik mintak maaf..janganlah pergi,tak kesian pada makcik ke?"

"Sa...saya.."

Semua orang tertunggu jawapan Hairi.

"Maafkan saya makcik tetapi saya nak ikut!"

Hairi memberi kata putus.

"Kau takkan ke mana mana"

Wanda mula naik marah semula.Sebelum sempat dia mencekik Hairi, Ayub terlebih dahulu membaca,

"Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar)."

Surah Yaa Sin Ayat Ke 9

"Ma...mana diaorang pergi?"

Soal Wanda.Dihadapan mereka tiada apa apa,hanya perkara normal semata.Wanda mengeluh perlahan.

🕌

"Ayub...kemana kita hendak pergi sekarang?"

Soal Hairi bingung.Sejak keluar dari rumah itu, Ayub kelihatan menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.

"Kejap ya Hairi,saya perlu simpan kopiah saya"

Kata Ayub.Dia menyisip kopiah putihnya di dalam poket lalu berjalan terus.Mana tidaknya,tidak pasal pasal nanti ditembak tentera Reformasi Pembersihan Ulama atau RPU.

Ayub berterusan berjalan hingga tiba di suatu lokasi tersembunyi.Tidaklah tersembunyi cuma ruang masuknya kecil dan diapit dua kedai gergasi.

"Mari masuk"

Hairi memasuki ke dalam ruangan kedai tersebut.

"Wow..besar juga"

Hairi terkejut dengan keluasan kedai tersebut.Di dalamnya diisi beberapa buah meja bulat dan kerusi melengkung.

Hairi Peter Dan Tongkat SuciWhere stories live. Discover now