Bab 2 : Surat Buat Hairi

93 17 0
                                    

"Hairi Peter..tolong pakcik ambil surat kejap"

Hairi mengangguk dan patuh arahan bapa saudaranya.Dikuaknya daun pintu untuk mengambil sampul surat yang kebiasaannya dihantar pada hari Selasa.

"Bil elektrik"

"Bil internet"

"Jemputan kahwin"

Hairi menyelak surat itu satu demi satu.

"Hairi Peter,
Atas Katil,Bilik 3,
Lily St., Oceanic Park"

Hairi terus menyeluk surat itu dalam bajunya.Bimbang ibu dan bapa saudaranya dapat tahu,dia segera naik ke tingkat atas selepas menyerahkan sampul selebihnya pada Amran Oliver.

"Apalah aku dapat ni...tak sabarlah"

Hairi mengetas sampul suratnya.Dia kemudian menemui satu kertas berisi dakwat berwarna hitam.Lalu dibukanya luas agar jelas membacanya.

---------------------------------------

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, DA'WAH - SCHOOL OF REGILIOUS AND ISLAMIC KNOWLEDGE

AMAR RAYMOND
(PENGETUA DA'WAH,HEIGHTS SCHOOL ISLAMIC TEACHER KELAS 2,KESATRIA GURU-GURU ULAMA')

ADALAH INGIN DIMAKLUMKAN,

ANDA MEMPUNYAI TEMPAT DI DA'WAH - SCHOOL OF REGILIOUS AND ISLAMIC KNOWLEDGE . KAMI BERBESAR HATI MENERIMA KEDATANGAN HAMBA ALLAH SWT YANG SANGAT BERBAKAT SEPERTI ANDA.

PENDAFTARAN AKAN BERMULA PADA 2 JULAI.

ANDA HENDAKLAH MENYEDIAKAN 2 HELAI JUBAH DAN BARANGAN LAIN TELAH DISEDIAKAN OLEH PIHAK KAMI.

IKHLAS,                                           
USTAZAH FIZAH,                              
PENOLONG PENGETUA.

TARIKH,
30 JUN 2059

--------------------------------------

"Da'wah...apa benda ni?...Tak fahamlah!"

Hairi menggaru garu kepalanya yang tidak gatal.

Dia kemudiannya membuang surat tersebut ke dalam tong sampah.

Tiba-tiba,pintunya dikuak perlahan,

"Hairi..cepatnya masuk bilik..makcik dah siap ayam goreng, jemputlah makan sekali kami"

Kata makciknya yang prihatin.Hairi mengangguk lalu terus berjalan ke dapur.

Belum sempat Wanda Oliver menutup pintu,dia perasan akan sinaran yang dia pernah temui sebelum ini.

"Dari mana datangnya silau ni"

Wanda mencari cari di bilik Hairi.Hinggalah sewaktu dia menyelongkar tong sampah milik Hairi,dia temui punca di mana asalnya sinar yang menyilau itu.

"Hairi Peter!"

Wanda menjerit dari tingkat atas mengejutkan semua yang berada di bawah.Hairi yang sedang enak meratah ayam goreng naik ke tingkat atas dengan perlahan.

"Ke...kenapa makcik?"

Soal Hairi.

"Kamu buka surat ni ya?"

Wanda menunjukkan surat putih itu.

Hairi mengangguk perlahan.

"Panggil pakcik kamu.Makcik rasa kamu perlu tahu cerita sebenarnya"

Hairi Peter Dan Tongkat SuciWhere stories live. Discover now