"Assalamualaikum Pelajar"
"Waalaikumussalam Ustazah"
"Kamu mungkin masih baru tentang pelaksanaan feqah..bahasa mudahnya ialah ibadah kerana rata rata kamu baligh pada waktu ini..
Jadi,ustazah akan ceritakan dulu kewajipan feqah yang empat,tidak lain tidak bukan Solat,Zakat,Puasa dan Haji
First sekali ialah solat...Dalam Al-Quran perkataan sembahyang atau solat difirmankan sebanyak 106 kali.
Antaranya ialah;
Surah Taha Ayat 14
Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku
Surah Ar-Ruum Ayat 31
Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik"
Selain dari solat,Ustazah Fizah juga menyatakan beberapa ayat berkaitan Zakat dan Puasa.
Surah Al-A'raaf Ayat 156
Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.
Surah Al-Baqarah Ayat 183
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
"Akhir sekali,haji dan umrah..
Surah Al-Hajj Ayat 27
Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh."
Semua pelajar mengangguk.
"Baiklah..ada sesiapa tahu mengapa haji,solat,puasa dan zakat ialah asas kepada islam?"
Soal Ustazah Fizah.
"Saya tahu ustazah...hal ini kerana haji,solat,puasa dan zakat merupakan rukun Islam dan wajib bagi orang Islam mematuhinya atau berdosa.
Namun Solat ialah adalah kewajipan harian bukan seperti puasa (Di bulan Ramadan Sahaja), Haji (Di musim haji sahaja) dan Zakat (Bagi orang tertentu sahaja).Hukum meninggalkan solat ialah berdosa.Ada juga sesetengah ulama mentakwilkan orang tersebut akan jatuh kafir.Berdasarkan hadis,
Daripada Jabir R.A aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
Yang membezakan seseorang Islam dengan syirik dan kafir itu ialah meninggalkan solat
Riwayat Muslim (82)"
Jelas Haminah panjang lebar.
"Bagus Cik Gerold...bagus penerangannya siap ada selitan hadis baginda Muhammad..
10 markah kepada Syafii'"
Ron dan Hairi bertepuk tangan sambil memandang ke arah Haminah.
"Baiklah..sekarang salin soalan di papan hitam dan hantar sebelum pulang ke kelas"
YOU ARE READING
Hairi Peter Dan Tongkat Suci
AdventureHidup sempurna bagi Hairi Peter,kecuali digasak dua beradik kembar merangkap sepupunya.Tinggal bersama bapa saudara,Amran Oliver selepas ibu bapanya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sehinggalah suatu hari dia menerima sepucuk surat dari sekolah...