Bab 12 : Simpulan Segala Kisah

51 9 2
                                    

"Haminah..mana minah laluan masuknya?"

Soal Ron yang tergesa gesa.

"Sabarlah..kejap lagi jumpa juga..yakin terhadap Allah SWT akan menolong kita..

Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.

Surah Al Kahfi Ayat 38"

Ron menangguk mengiakan kata kata Haminah.

"Ron..tengok telaga zam-zam tu..lepas cat makin cantik"

Replika telaga zam-zam itu baru sahaja dicat seminggu lalu sebagai persediaan menyambut musim haji dan umrah.Oleh hal yang demikian,telaga itu nampak cantik sekali.

"Waktu inilah engkau nak jadi pengkritik hiasan..aduhai"

Ron menuju ke sana.Dia ingin mengambil wuduk.Sudah menjadi kebiasaan baginya berwuduk setiap masa.

"Eh.."

Ron tertolak paip air wuduk sehingga menyebabkan ianya bengkok.Ron tidak sangka paip besi boleh membengkok sebawah itu.

HISH..

Tiba tiba, dinding di tepi mereka beralih.Jelaslah ternampak satu pintu yang amat besar.

"Haminah..saya dah jumpa!"

Ron dan Haminah membuka pintu tersebut.Jelas pada mata kasar,terdapat satu gua yang amat besar.Di sisi gua itu bergantung ayat al-Quran dan ruqyah.

"Itu Tongkat Suci!"

Di hujung gua tersebut, adanya satu kotak kaca.Ditampal sekelilingnya lembaran Al-Quran.Mereka mengalihkan lembaran itu ke tepi,jelaslah pada mata mereka terdapat satu tongkat yang bercahaya.Diukir dengan kayu dari pokok mohagani dan berbau kasturi.

"Cik Gerold.Encik Wali..apa yang kamu buat di sini!"

Ron terdengar suara.

Haminah berpaling muka.

Rupanya suara itu sumber dari Ustaz Ghadib.

"Ustaz..maafkan kami ustaz..tapi kena lindungi tongkat suci dari jatuh ke tangan orang jahat"

Kata Ron.

"Betul tu Ustaz"

Haminah menyetujuinya.

"Apa kamu maksudkan.Bagi ustaz,ustaz akan serahkan pada Ustaz Ray"

Tiba tiba,timbul keraguan pada benak Haminah.

"Kejap...macam mana ustaz tahu kami di sini?"

Soal Haminah.

"Ustaz nak cepat..bagilah"

Ustaz Ghadib semakin mendekati.

Haminah dan Ron berundur ke belakang sambil mempertahankan Tongkat Suci itu.

"Kamu memang melampau.."

Ustaz Ghadib menghulurkan tangannya ke luar.Satu tongkat yang entah dari mana datang hinggap di tangannya.

"Kamu berdua akan kena"

Ustaz Ghadib menyasarkan tongkat ke arah mereka.Tiba tiba,badan mereka berdua terasa dicengkam.

Ustaz Ghadib melangkah ke hadapan,dia membuka bekas kaca yang mengunci Tongkat Suci.

"Bagus..aku dah tiada lawan..aku paling berkuasa"

"BERHENTI!"

Tiba tiba entah dari mana kedengaran suara Hairi.

"Ceh..engkau nak lawan aku ke budak mentah!"

Hairi Peter Dan Tongkat SuciWhere stories live. Discover now