Bab 10 : Faizal Khitab Si Guru Sihir

46 10 0
                                    

"Ayub!'

Ron dan Hairi menjerit serentak.

"Eh kenapa laju laju ni..jangan berlari Hairi nanti jatuh susah"

Ron dan Hairi mengambil nafas.Manakala Haminah yang berjalan terus duduk di dalam rumah Ayub kepenatan.

"Jemput masuk Hairi,Ron...Haminah dah dekat dalam dah"

Ron dan Hairi mengangguk.

"Nak kopi atau teh?"

Ron dan Hairi meminta teh manakala Haminah pula berpuasa sunat isnin dan khamis.

"Kalau begitu..cuba cerita kenapa tiba tiba datang ni?"

Soal Ayub.Ron menghirup teh panas sementara Hairi membetulkan rambutnya.

"Begini Ayub..kami diminta oleh Ustaz Fahim mencari maklumat tentang Tongkat Suci"

Kata Haminah menyembunyikan kebenaran.

"Aik..waktu saya belajar takde langsung silibus pasal Tongkat Suci..

Betullah orang kata silibus berubah mengikut zaman,tetapi saya tak tahu langsung pasal Tongkat Suci"

Ujar Ayub.

Hairi mengeluh kuat.

"Tetapi,setakat yang saya tahu pembuatnya...pembuatnya bernama Tuan Faizal Khitab"

Mata Haminah mula bersinar semula.Hairi sudah mula teruja.Ron pula sedang khusyuk menjamah beberapa keping biskut buatan Ayub.

"Terima kasih Ayub.."

Haminah,Ron dan Hairi segera keluar.

"Eh..kamu punya ni habis lagi!"

Kata Ayub.

"Tidak apa.. Jazakallahu!"

Jerit Hairi apabila mereka sudah tiba di hadapan pintu masuk istana.

"Aduhai..budak budak"

Ayub mengambil cawan teh mereka lalu segera menuju ke dapur untuk dibersihkan.

🕌

"Faizal Khitab...seorang bekas guru sekolah Da'wah...

Dia membuat Tongkat Suci, sebuah tongkat yang mampu mengabulkan hajat tuannya dengan sihir.

Namun, penggunaan sihir amat ditentang di Da'wah,lalu dia dihukum bunuh.

Tongkatnya tidak boleh dipatahkan atau diruqyah kerana kesan sihir yang sangat kuat.Jadi sebagai penyelesaiannya agar tidak berlakunya salah guna kuasa oleh manusia, ia disimpan rapi di sekolah ini.

Satu satunya cara untuk memusnahkan tongkat ini setelah diselidik ialah perlulah waris yang memusnahkan.Namun, waris Tuan Fairuz Khitab tidak pernah dijumpai hingga ke hari ini"

Haminah menutup buku yang bertajuk FAIRUZ KHITAB : GURU SIHIR.Dia memandang Hairi dan Ron.

"Jadi sekarang,kita perlu mencari siapakah waris Tuan Fairuz Khitab ni"

Kata Hairi diikuti keluhan dalam.

"Iyalah..tapi buku itu dah kata warisnya tidak tidak pernah dijumpai sehingga kini"

Kata Ron menyatakan kebenaran.Memang pihak sekolah sudah lama mencari waris Fairuz Khitab kerana jika dibiarkan,bimbang akan ada salah guna kuasa.

"Saya rasa dia ada...Orang A mustahil terlalu yakin..tentunya dia sudah tahu siapa warisnya..cuma perlu mencari siapakah waris tersebut"

Hairi Peter Dan Tongkat SuciWhere stories live. Discover now