SIAPA sangka keadaan Athar yang semakin kritikal merupakan hari yang sama Haura melahirkan anak mereka. Kelam kabut Puan Suria mendapatkan anaknya yang sudah masuk ke dalam dewan bersalin. Hazrul sedang menenangkan Amin yang menangis tanpa henti. Fina duduk di sisi Puan Suria dan sama-sama menunggu kelahiran anak sulung Athar dan Haura. Sungguh, keadaan itu benar-benar membuatkan mereka sebak. Keduanya sedang berjuang untuk hidup dalam waktu yang sama.
Di dewan bersalin, tangisan bayi serta merta membuatkan Haura sedikit tenang. Kesakitan di saat melahirkan anaknya seolah-olah hilang begitu sahaja. Lebih-lebih lagi saat bayinya yang sudah dibersihkan dan dibedung dengan kain diletak di sebelah. Segaris senyuman terkulum di bibir Haura yang pucat saat wajah anak lelakinya yang kemerahan kelihatan. Pipi mulus bayinya dikucup sebelum dibelai lembut. Namun, sebahagian dari hati Haura masih ada keresahan memikirkan keadaan Athar. Dia sangat memerlukan Athar kala ini. Di saat seorang suami seharusnya menemani isterinya yang melahirkan, dia hanya keseorangan. Hanya kekuatan dan semangat yang pernah Athar salurkan sahaja yang menemaninya. Tapi Haura mengerti. Ini ujian yang Maha Esa. Dia kuat. Dia bisa mengharungi dugaan ini.
"Mak, Haura nak jumpa Athar."
Sudah empat hari berlalu, itulah permintaan Haura setiap kali dia bangun dari tidur. Bahkan, setiap detik dan waktu dia tak putus-putus memohon sebuah permintaan kepada Puan Suria untuk menghantarnya kepada Athar yang masih dalam keadaan kritikal. Haura jadi pendiam sejak dia melahirkan Athif. Apa yang keluar dari mulutnya hanyalah permintaannya untuk bertemu suaminya. Wajah ibunya yang sedang mendukung Athif dipandang dengan pandangan yang sayu.
"Haura masih perlukan rehat. Haura tak boleh banyak bergerak selagi Haura masih dalam keadaan pantang," tegas Puan Suria sambil mengusap bahu anak tunggalnya. Kasihan melihat Haura yang kelihatan tidak bermaya.
"Tolonglah mak. Haura nak tengok suami Haura. Haura rindukan dia. Dah empat hari mak tak bagi Haura tengok suami Haura. Haura kena jaga dia, mak. Kesianlah dekat kami. Haura perlukan dia dan dia perlukan Haura," rintih Haura. Dia mengenggam pergelangan tangan ibunya. Pandangannya mula kabur dengan air mata yang bertakung di tubir mata. Mengharapkan ibunya menunaikan permintaannya kali ini.
Namun, Puan Suria hanya menggelengkan kepalanya. Menegah Haura dari bertemu dengan Athar. Bukannya Puan Suria tidak mahu membawa Haura kepada Athar, tapi emosi Haura perlu dijaga. Dia tidak mahu anaknya jadi kemurungan memandangkan Haura baru saja melahirkan cucunya.
"Fina, suami aku... aku kena bagi dia sentuh anak kami. Tolonglah..."
"Haura, Athar baik-baik saja. Cuma dia masih tak sedarkan diri lagi. Hazrul ada tolong jagakan dia. Kau jangan risau, okay?" pujuk Fina sambil mengenggam erat tangan Haura.
Tak semena-mena, Athif menangis. Seolah-olah kesedihan ibunya dapat dirasakan saat itu. Saat itu juga Haura teresak-esak sebelum bangun dari pembaringannya. Sungguh, dia benar-benar sesak saat ini. Perlahan-lahan, dia menggendong Athif sebelum dikucup lembut. "Anak mama, kejap lagi mama bagi tengok abah okay. Sekarang ni mesti anak mama lapar, kan?"
Sungguh, melihat keadaan Haura yang cuba menjadi kuat membuatkan Fina tak betah berada di wad itu. Setitis demi setitis air matanya mengalir ke pipi sebelum dia melangkah keluar dari wad tersebut. Tak semena-mena, dia terduduk di bangku berhampiran sebelum menekup mulutnya menahan tangis. Dia dan Haura itu merupakan sahabat dan sudah seperti sepasang kembar. Dari zaman kanak-kanak hingga menginjak ke usia dewasa mereka sering bersama-sama dan tidak pernah berjauhan. Bagaimana dia tidak luluh melihat sahabat yang dianggap seperti adik diuji dengan ujian yang Maha kuasa?
Malam itu, Haura kembali tenang. Puan Suria akhirnya mengalah untuk menghantar Haura ke wad yang ditempatkan oleh Athar. Athif yang berada dalam dukungan Haura kelihatan tertidur nyenyak usai diberikan susu. Tergaris senyuman di bibir Haura melihat wajah anaknya yang menenangkan itu. Saat kerusi roda yang diduduknya masuk ke wad yang ditempatkan oleh Athar, saat itu juga senyuman Haura semakin lebar. Puan Suria meminta diri untuk keluar dan membiarkan tiga beranak itu bersama-sama.
YOU ARE READING
BERIKAN AKU WAKTU (COMPLETED) ✔
Romance"Terima kasih sebab selamatkan aku dan gembirakan adik aku dengan kek coklat tu. Aku minta maaf sebab berkasar dengan kau. So, kita kawan?" - Athar Ketika salam perkenalan dihulurkan oleh Athar kepada Haura, ketika itu juga mereka tidak pernah menya...