“kenapa ni ?” itu soalan pertama setelah sampai saja di hospital mental itu. cemas terlihat dari muka-muka setiap pembantu membuatkan aku lebih gelabah.
“doktor seokjin, dia tiba-tiba saja pengsan. Kami hantar dia ke hospital sebelah dan doktor tu bagitahu dalam badan doktor Seokjin mempunyai sebutir peluru,” terang assistent seokjin .
Nasib baiklah hospital biasa ini bersebelahan dengan hospital kami.
Pantas langkah aku berjalan, habis nafas aku tidak cukup akibat terlalu laju berjalan mencari doktor yang merawat seokjin.
“ boleh saya tahu mana doktor seokjin ?” soal aku kepada jururawat yang menjaga kaunter pertanyaan.
Doktor seokjin berpangkat besar. Dia mengawal semuanya di hospital mental. Jadi kalau ditanya, pastilah semua orang kenal.
“ Dia masih dalam bilik permedahan,” jawab jururawat itu. Aku bergerak terus ke bilik permedahan tanpa berfikir panjang.
Baru saja aku mahu masuk ke dalam bilik itu, seorang doktor keluar sambil mencabut mask nya.
“ Macam mana dengan Seokjin ?” kata aku terburu-buru.
“Dia dalam keadaan tidak stabil dan perluang untuk hidup hanya 60% . kita cuba sehabis baik untuk selamatkan dia,” kata doktor itu membuatkan aku tergumam.
cukuplah aku hilang abang, aku tak mampu hilang kawan sekerja. “ Polis bagitahu, cap jari pada peluru yang menebusi badan Jin tu sama dengan cap jari pada tubuh badan abang awak,”
hati aku gugur, kepala aku mula berfikir benda bukan-bukan. satu nama mula bermain dalam fikiran aku.
Tak mungkin, k-kim Taehyung ? siapa lagi yang dengki dengan kehidupan aku ?
“Hyuna ? Hyuna ? Hello ?” seorang perempuan melambai-lambai dihadapan aku membuat aku tersedar.
“leya !” aku menjerit bangun dari kedudukan asal lalu memeluk tubuh badan perempuan itu.
Emosi tak dapat kawal, habis air mata berjurai. “Hyuna, sudahlah... jangan nangis,” kata Leya memujuk aku yang sudah tak mampu berkata apa-apa.
“Jom, aku bawak kau balik rumah aku. Dalam keadaan kau macam ni, tak elok duduk rumah seorang diri,” pelawanya.
Aku mengigil memandang wajahnya yang tulus lembut bak bidadari. mahu saja aku menolak tetapi apa yang dia kata itu betul. emosi aku jarang terganggu tapi apabila terusik sikit, mulalah berdrama.
“okay, jom.” kata aku mengusap sendiri air mata itu dengan lengan baju dan berdiri memegang tangan Leya erat .
Dia tersenyum dan kami berdua bergerak ke rumah yang kira-kira hanya 15 minit .
😞💔
Hair dryer itu aku guna bagi mengeringkan rambut aku yang baru dishampoo dengan shampoo berjenama yang Leya beri pada aku.
Walaupun Yoongi dan Seokjin sekarang ligat bermain di minda, tapi mandi dan berehat sebentar mampu meringankan beban di kepala.
“Hyuna, phone kau berdering tak henti,” katanya dari luar bilik memecahkan kesunyian. Aku bangun, bergerak untuk mengambil telefon .
Nama doktor yang merawat Seokjin itu membuatkan aku betul-betul rasa tidak sedap hati. Ada rasa tidak mahu angkat langsung !
“ Hello ? Hyuna... Seokjin dah tak ad—”
“Saya on the way ke sana sekarang,” kata aku memotong ayatnya yang sudah aku tahu.
Hampir meletus rasa hati mendengar berita yang baru didengari itu. Lantas baju Leya itu aku sarung dan mencari Leya untuk bergerak ke hospital dengan segera.
semalamkan , lepas update . ramai gila serbu 😭❤
YOU ARE READING
Saliva - Kim Taehyung.
Fanfiction『 BTS's First Fanfiction 』 + rasa air liur berubah mengikut perasaan ? ଽ click 'read' to know what happen to Kim Taehyung ! <3 「 COMPLETED 」 ₊❏❜ start - 18052020 ˎˊ˗ ₊❏❜ end - 10062020 ˎˊ˗ ₊❏❜ cover - a lil by me and others by @preciousoobin ˎˊ˗ ...