💫saliva - 13

429 73 14
                                    

[ wattpad tak kasi letak GIF + GIF taehyung banyak 3+mb 😌 ]

"Um.. hyuna . Kenapa awak masih jumpa Taehyung ? maksud saya, ialah dia tu bukan lagi pesakit kita," katanya dengan pandangan yang masih fokus di jalan raya.

aku berdehem, memikirkan jawapan yang logik. "disebabkan taehyung bukan pesakit kita. mungkin hubungan dia dengan hyuna dah termasuk dalam hal peribadi," jawab aku cuba control supaya keadaan tidak awkward.

Seokjin hanya mengangguk. tidak lagi persoalan atau berbualan antara aku dengan dia lepas aku jawab persoalan dia.

dia suka aku ke ? eh oiy min hyuna. jangan perasan la. kau ada someone dalam hati :3

"ok dah sampai, jom masuk cepat," cepat-cepat nak kemana abang seokjin hoi.

🐯✌

"hello ?"

"hello, siapa ni ?"

panggilan itu senyap seketika. bunyi tangisan, jeritan di latar belakangnya riuh rendah bak burung berkicauan.

"ini min hyuna ke ?" soalnya selepas hampir beberapa minit mendiamkan diri. aku hanya mengiakannya saja.

sekali lagi orang didalam telefon tersebut mendiamkan diri. kalini hati aku benar-benar tidak sedap hati.

"min yoongi, itu abang awak ke ?" soalnya memecah kerisauan aku yang berterusan. mungkin overthingking saja kot.

" ye dia abang saya." jawabku dengan tenang. sudah itu takkan nak gelabah, tak layak aku jadi doktor mental.

"kami dari hospital besar Seoul. Abang awak telah dilaporkan terbunuh didalam rumah," aku terdiam, perlahan-lahan aku menghirup udara lalu menghembuskannya semula.

Tidak lama kemudian, belum sempat aku menahan. Air mata jatuh berderai. "s-saya, saya datang sekejap lagi," kata aku mengemas barang barang untuk bergerak segera.

Beg tangan aku capai, laju aku berjalan ke tingkat bawah hanya menggunakan tangga supaya lebih cepat .

" seokjin !"

"ye ?" dia berkerut memandang aku yang sedang tercungap-cungap.

"yoongi, d-dia disyaki terbunuh," kata aku cuba menahan air mata dihadapan seokjin serta beberapa doktor-doktor mental yang lain.

tanpa berlegah, seokjin terus meletakkan segala fail. kunci kereta dia capai lalu berlari ke pintu utama diikuti dibelakang.

"dia dekat mana sekarang ?"

"hospital besar Seoul," kata aku masih kuat mengawal perasaan sedih dan sebak. Tidak mungkin aku akan hilang abang.

seokjin memandu dengan laju, sehingga aku sendiri cemas .

sampai saja di hospital, aku terus berlari. air mata yang aku tahan di hadapan seokjin itu dibiarkan keluar sehingga merah mata aku.

"mak ayah !" jerit aku melihat mak dan ayah sudah tersandar . muka mereka kelihatan bersalah, risau, sedih. semua perasaan negatif.

"keluarga Min ?" soal doktor yang baru saja keluar dari bilik permedahan. laju mereka berdua bangun, memandang doktor dengan penuh harapan.

tapi semuanya kelihatan sia-sia. wajah doktor tersebut menjelaskan semua. "maafkan saya, tapi min yoongi tidak lagi dapat diselamatkan. Pisau yang dicucuk tepat pada dadanya itu amat dalam sehingga hampir menembusi badannya," badan aku mengigil.

rasa seram sejuk mula mengawal diri. dia tidak mahu stay rumah dia sebab dia tahu ada orang akan bunuh dia ? jadi kenapa-

agh aku dah boleh , aku sayang dia walau sekejam atau seganas manapun layanan dia terhadap aku. please wake him up !

" Encik Min ? " soal seorang polis bersama buku notanya di tangan.

" Mayat min yoongi telah dijumpai tepat pada pukul 3:24 setelah seseorang bernama kim taehyung menjumpainya. pada asalnya kami suspek kim taehyung yang lakukannya, tetapi apabila segala cctv kami tengok. kim taehyung itu bukanlah penjenayahnya," terang polis itu dengan panjang.

"tapi tidak perlu risau. kami sebagai pihak polis akan mengusahakan yang terbaik untuk mencari penjenayah yang membunuh anak tuan dan puan," sambungnya lagi membuatkan aku lebih berdebar.

nama kim taehyung pula dipetik. "siapa kim taehyung ?" soal ayah pada polis itu. polis itu membelek notanya.

" kim taehyung berkata bahwa dia berkawan rapat dengan anak lelaki tuan," jelas polis itu membuatkan semua mata tertumpu pada aku yang masih tidak boleh menerima kenyataan.

aku hanya mengganguk. suara aku tak mampu keluar. bukan takut, tapi itu sudah menjadi habit .

aku tak selalu nangis tapi susahnya apabila sudah nangis, memang non-stop sehingga tidak bersuara.





Saliva - Kim Taehyung.Where stories live. Discover now