Bagaimana rasanya membahagiakan orang dan pulihkan orang dari masalah mereka tapi diri sendiri tidak terjaga apabila meberima masalah.
Seakan-akan semua benda yang aku belajar ketika di kolej dan semasa bekerja semuanya sia-sia . aku boleh buat untuk orang lain dan bukan diri sendiri .
Jam aku tenung lama. Sudah dekat 2 pagi, aku baru saja balik menyelesaikan mayat seokjin. Sekarang, aku tak mampu bergerak.
Sedih dan perit. Belum seminggu aku move on dari pemergian abang aku, kini hilang lagi seorang lelaki yang bekerja bersama.
Bunyi pintu perlahan dikuak membuatkan aku menegak diri. rasa gementar, pukul 2 pagi ini siapa pula yang masuk ke dalam rumah tanpa kebenarannya .
Tapak kaki perlahan-lahan langkah masuk ke dalam rumah. Daripada hujung kakinya hingga ke hujung rambutnya aku tenung.
Melihat kim taehyung penuh dengan darah membuatkan aku betul-betul gementar sehingga lutut aku pun mampu gugur kerananya.
Wajahnya tiada perasaan, hanya merenung aku tanpa perasaan yang tak terkata. Nafasnya yang perlahan itu mampu didengari aku .
Entah kenapa melihat dia sebegini rupa buat aku betul betul rasa kecewa. bertakung air pada mata aku memandang dia dengan keadaan mengigil.
“Tae—”
“Apa ?” tanyanya sayu seperti pertama kali aku lihat dia.
“Tae, jujur dengan Hyuna. Tae—” ayat aku sekali lagi terpotong.
“Apa ingat aku yang bunuh ?” tanya dia pasrah memandang kosong pada wajah aku.
Aku menggeleng, air mata aku jatuh laju saja turun dari biji mata ke dagu melihat dia yang berubah 360° . Penggunaan bahasa dari awak saya dan panggilan manja kini tukar menjadi aku kau.
Kemarahan aku sudah mencapai tahan yang paling tinggi. Melihat wajahnya yang sepenuhnya innoncent serta darah serata tempat pada badannya.
Tiada siapa lagi dalam kepala aku kecuali dia dan hanya dia . “Kim Taehyung, mulai dari sekarang. H-hyuna t-tak nak jumpa Taehyung l-lagi !” jerit aku sambil berusaha mengawal perasaan supaya tidak terlalu keterlaluan.
“Apa yang Hyuna buat sia-sia ! Cuba pulihkan Tae tapi Tae buat macam ni ?! Apa lagi Tae tak puas ha ?!” jerit aku dihadapan wajahnya sehingga merah padam wajah aku.
Taehyung tidak memberi apa-apa respon. Dia mengangguk lalu perlahan-lahan menuju pada pintu keluar . Tidak sikit pun dia menoleh memandang aku yang berharap dia tak mahu pergi tinggalkan aku.
terpaksa double update sebab salah update chapter 🙂
YOU ARE READING
Saliva - Kim Taehyung.
Fiksi Penggemar『 BTS's First Fanfiction 』 + rasa air liur berubah mengikut perasaan ? ଽ click 'read' to know what happen to Kim Taehyung ! <3 「 COMPLETED 」 ₊❏❜ start - 18052020 ˎˊ˗ ₊❏❜ end - 10062020 ˎˊ˗ ₊❏❜ cover - a lil by me and others by @preciousoobin ˎˊ˗ ...