💫saliva - 22

510 70 22
                                    

“Hukuman yang dikenakan pada Park Jimin adalah ... Gantung,” kata hakim itu mengetuk tanda muktamad dengan keputusannya.

Tangan Leya kuat dia genggam, mungkin dia faham yang aku tak kuat mendengar ayat-ayat yang keluar pada mulut hakim ini walaupun aku dan Jimin sudah tiada apa-apa hubungan.

Semua lelaki bergerak ke bilik gantung. Aku sudah berdebar-debar melihat Jimin dengan pasrahnya bergerak. Aku meminta izin Leya untuk bawa aku ke hospital sebelum Jimin gantung dirinya.

Aku tak mahu dengar jeritan dan raungannya. Aku tidak mahu dengar kesakitannya. Aku sanggup maafkan dia kerana membunub Yoongi tapi akta makamah tetap perlu lakukan.

“Jomlah, mesti rindu Taehyungkan ? Kan ? Kan ? Alololo ...” Jelingan tajam aku berikan padanya buat dia terus berhenti.

Pertama sekali, ya aku rindukan Taehyung yang sudah beberapa hari terbaring di katil hospital kerana kecederaannya teruk sehingga menyebabkan dia coma.

Kedua, alasannya tadi sudah terntera di atas. Aku tak nak dengar apa-apa bunyi pun pada bilik gantung tersebut.

🏨🙂

“Kau pergi dululah, aku nak pakir kereta dulu,” katanya. Aku mengangguk keluar dari keretanya lalu terus bergerak ke arah elevator.

Butang tingkat 6 itu aku tekan, wad Taehyung pada hospital swasta itu aku terus tuju tanpa berfikir panjang .

Kadang-kadang seperti aku tidak mahu jumpa dia kerana terlalu letih tetapi bila fikirkan balik, Taehyung dan aku. Kedua-duanya tiada keluarga.

Kalaulah Yoon-ki , kakak sulung aku lihat semua yang berlaku pada keluarga Min sekarang. Pasti dia kecewa. Dia mati kerana suicide, dia sendiri mengaku yang ayah dan mak buat dia stress.

Tanpa Yoon-Ki, aku bukan doktor pakar mental dan aku takkan jumpa Taehyung. Sudahlah Hyuna, selepas kematian Yoongi sehingga sekarang kau sering salahkan takdir dan kaitkan masalah orang lain.

“Tae ?” aku menjenguk kepala melihatnya terbaring, tiada respon. Manusia coma mana boleh respon, terkejut mati aku nanti.

“Hari ni Jimin kena hukuman gantung. Sebelum dia pergi, boleh tak Tae maafkan dia ?” soal aku duduk pada kerusi yang terletak pada sebelah katilnya itu .

“Hyuna tahu dia dah buat benda tak elok tapi dia buat Hyuna sedar tak semua yang kita nak kita boleh memilikinya. Dia buat Hyuna sedar apa itu kesakitan dan kepahitan buat seorang doktor pakar mental yang berusaha dari bawah untuk berfikiran positif,” tangannya aku capai. Erat aku pegang, melihatnya yang nyenyak.

Aku mengeluh melihat dia, perlahan aku berdiri mendekati wajahnya. Pipinya yang lembut bak kain sutera. Rambutnya yang wangi seperti dynamo .

Akhirnya sekali, mata aku tertumpu pada bibirnya. Hampir setiap kali aku melawatnya, aku lakukan hal yang sama. Cium dia untuk tahu perasaannya ketika dalam coma.

Baru sesat ciuman itu, aku terus membetulkan posisi aku. Air liurnya rasa seperti biasa. Tawar. Aku berkerut mencekak pinggang memandang dia dengan penuh kekeliruan.

Satu idea berlegar bermain pada fikiran aku, dalam kiraan 123 aku akan geletek dia pada perut.

1... 2...

Serbu !

“Hajima !!” jeritnya menahan gelak membuatkan aku menitiskan air mata kegembiraan. Aku tergelak dalam masa yang sama marah dengannya.

Saliva - Kim Taehyung.Where stories live. Discover now