13

292 24 0
                                    



"KAKNGAH. kerja situ atau tak balik Pahang. choose one."

sejak bila daddy suka ugut ugut ni. dah lah dua dua pilihan tu perangkap.

sumpah. aku taknak hadap Danish. tapi. aku nak kawan dengan dia jugak. haih. jujur. hampir setiap hari fikiran aku ni dihantui dengan wajah Danish kacak tu ish.

tapi since apa yang dah berlaku kat office tu, aku taknak. aku mintak dengan daddy nak sambung belajar sebab aku nak capa cita cita aku. tak kisahlah daddy ada beribu syarikat ke aku still nak jadi doktor.

minat aku.

"lama fikir. dah tahu keputusan?"

lupa pulak aku tengah oncall dengan daddy.

"daddy. daddy tak faham angah"

"sebab daddy fahamlah daddy suruh kamu kerja situ. daddy tak tahu lagi nak buat macam mana nak suruh kamu pergi kerja situ balik. siang malam kami risau, runsing fikir mana kamu pergi seminggu."

aku terdiam. haah. aku tukar nombor, tak pegi kerja. memang buat orang risau. since Danish dtg baru orang tahu yg aku selamat je kat rumah.

"yelah. angah pergi kerja balik. hujung bulan ni no matter what, angah nak balik Pahang"

"okey. asalkan kamu pergi kerja"

aku melepaskan keluhan berat setelah end call.

——————————————

"Idham, aku dah uruskan anak aku. Alhamdulillah dia ikut cakap aku. dia akan pergi kerja balik."

"baguslah Rahmad. syukurnya aku"

"so, kita boleh teruskan dengan plan kita selama ni?"

"apa salahnya"

———————————

PAGI tu aku gagahkan diri jugak masuk office. rasa malu pulak dah lama takda tetiba muncul. hehe.

"eh, Farisya ke?!"
soalnya teruja. ya aku kenal. tu suara Nia

aku mengangkat muka

"hai" aku tersenyum sumbing

"oh my god dear! awak datang kerja balik?!"

aku senyum lagi.

"very good. eh nanti kita sembang lagi ya. saya ada kerja sikit"

"oh ya , baik"

aku sambung buat kerja apabila kelibat Nia sudah tidak kelihatan.

aku nak lunch dengan sapa harini? Nia lunch dengan tunang dia. beruntung nyaaa dah nak kawin. haih

aku nampak Danish lalu. hehe.

"Danish!"
panggilku

"ya?" sambil memandang ku.

aku nampak riak terkejutnya. takkan dia tak tahu aku nak masuk harini?

"jom lunch dengan saya? saya takdak kawan ni"
aku mencebik. heiii tak malu bethol

Danish berkerut.

"okey takpa taknak lunch dengan saya, saya balik lunch kat rumah then saya tak datang dah"
aku desak dia.

"haaa yelah yelah! saya lunch dengan awak. jom lah"

itu yang kita mahukan! aku mengekor Danish.

KAMI mengambil tempat yang mempunyai 2 seat.

selepas 10 minit order, makanan kami sampai.

"Nurin mana?"

dia memandang aku sekilas. hehe ai nampak lah. hensem nya kau!

"sibuk je tanya. biarlah dia nak mati sekalipun. awak beruntung harini dia takda, saya teman awak makan"

aku meng 'ooo' kan saja .

aku agak malu sikit bila makanan yang kami makan tu Danish yang bayar. tapi. jimat lah jugak duit aku!

——————————————

Tahu tak? aku ganggu Danish setiap hari. aku tak tahu dari mana aku dapat keberanian tu. dari Nurin maybe? haha! aku just nak tahu kenapa dia marah sangat dengan aku masa first day aku kat sini.

"awakk jom la lunch dengan saya harini."

"taknak"

"jom laaa" aku meleretkan suara.

"ish orang cakap tak nak, tak nak lah!"

eh Danish merengek lah!

aku keluar dari bilik dia. harini aku bagi ruang sikit. setiap hari kena ugut, kena kacau dengan aku.

but almost everyday dia reject aku. boleh dikatakan, dia jaga ikhtilat. Nurin pun jarang kacau dia sekarang.

———————————————

      HARINI aku off. aku decide nak pergi jog kat taman.

aku memasang airpod kat telinga. tenang . takdela dengar suara orang lain yang bising kan.

Buk!

aduh,!

"eh, awak okey tak? sorry saya nak cepat tadi."

sakit lutut aku. pakcik buta mana yang langgar aku ni?

aku bangun. speechless. "eh! Danish"

dia terkejut. hehe surprise tak rancang .

"jom pergi makan? saya baru habis jogging. my treat."

"sorry to say, awak tahu ikhtilat?"

wth. dulu aku takdela sekolah agama tapi takda la sampai buta agama.

"tahu. kenapa?"

"kenapa awak tak jaga?"

Zzupp!

pedih! sabar Farisya sabar.

"kenapa eh? kenapa dari awal lagi awak cuba mengelak dari saya? apa salah saya?"

"sebab"

"sebab?"

"sebab awak yang tinggal saya dulu Farisya"

Danish memandang Farisya tajam

wo wo wo! sabar! masa bila aku tinggal dia?

"awak mimpi ke Danish? bila saya tinggal awak?"

"kampung. Nek Pah. awak hilang takde khabar pun. im looking for you, Farisya!"

sapa yang cari sapa?

"fyi mr Danish, saya sekolah kat Kedah tu setahun sebab saya cari awak, awak tahu tak? and now tiba" awak nak salahkan saya? "

"yes! because im waiting for you, Farisya!"

"Danish, kalau awak rasa saya menyusahkan awak, dont worry. lepas ni saya takkan cari awak dah. saya takkan ganggu, or kacau hidup awak dah." Farisya mengesat cepat air mata yang mula mengalir.

dia berlalu pergi.

Danish menunduk.

apa aku dah buat? orang yang aku tunggu selama ni tinggal aku?

"Farisya!"
malang sekali, bayang  gadis itu sudah tidak kelihatan.

"kau tiba tiba datang balik dalam hidup aku, jangan harap kau boleh pergi macam tu je!" cakapnya sendiri.



809 words
hehe cukuplah tu. sorry lambat update. part ni memang idea berterabur teruk. jangan lupa vote, share, and comment kalau ada kurang . 🥺❤️

TBC

[C] love,i'm yours!❤️Where stories live. Discover now