"aaa jom"——————————————
AKU ikut je kat mana Danish jalan. haish. dia ni tak perasan aku ke? aku tak tahu jalan kat sini so aku ikut dia je.
"er duduklah sini"
pelawa Danish."awak dari mana?" Danish memulakan percakapan.
dia ni tak check ke latar belakang aku?"Pahang."
dia hanya mengangguk.
"awak pulak?"
aku sengaja bertanya walaupun dah tahu. tak nak bagi dia perasan."Kedah"
"jauh"
aku tak nak bagitau dia yang aku ni Farisya Tiara yang pernah jumpak dia sebelum ni. aku tak nak dia tahu aku kenal dia. takut hubungan dah tak serapat ni. tapi sampai bila?
"awak kerja apa sebelum ni?"
"sya- syarikat daddy"
terjegil matanya
"what? but awak still kerja kat syarikat ni? jadi PA pulak tu? kenapa?""manalah saya tahu! daddy yang transfer saya"
aku buat riak tak bersalah sambil mengacau air aku menggunakan straw.
"ouh. apa . nama. daddy. awak? i mean. full name awak?"
serious la mamat ni. aku PA dia kut takkan dia tak tahu. aku terdiam. nak cakap ke?
sebenarnya kan dari sekolah rendah aku mintak rahsiakan pangkat daddy aku. yela nak cari kawan yang betul sekarang bukan senang. semua tengok duit ja. oke back to the story just now.
"awak? okey ke? saya tanya ni?"
Danish mengibas-ngibaskan tangannya dia hadapan muka aku.aku terus terpinga- pinga
"apa nama awak?"
"Tiara?" dia mengulangi soalannya. dia nampak tak selesa sangat bila soalan yang diajukannya tak dijawab. mungkin dia tak suka.
"Fa-. Farisya Tiara Dato' Rahmad."
tergagap aku menjawab. tolonglah aku taknak hubungan ni renggang."what?"
suara Danish naik sikit.aku dah agak. benda ni mesti jadi. dia akan jauhkan diri dari aku. tapi. apa salah aku?
"kenapa?"
" takda apa."
dia terus berura- ura nak bangun dari kerusi yang didudukinya.
aku cepat menangkap tangannya. ya aku tahu salah tapi.
"awak kenapa?"
dia menyentak kuat tangannya.
"apa awak buat?""apa salah saya tiba- tiba awak nak pergi macam tu je?"
" takdak apa. satu lagi. awak pegang saya macam tu. salah. berdosa"
dia tinggal aku terkebil- kebil sorang sorang. lagipun. macam mana aku boleh lupa. ex budak sekolah agama tu. aduh.
"so-sorry"
"kalau takdak apa back to work. waktu lunch dah nak habis."
dia tinggal aku macam tu je.
——————————————
AKU memegang kepalaku yang berlapik tudung. aku memandang kerja aku. kenapa refleks aku macam tu tadi? kenapa aku pegang dia? nampak sangat yang aku betul-betul taknak dia pergi
"jauh termenung? tu kerja tu tuan nak sebelum habis kerja harini tau"
"oh yah"
"do your work" Nia mengelipkan matanya.
ceh! aku hanya mengangguk dan sambung kerja. macam mana aku nak hadap hari-hari macam ni?
NAK ketuk ke tak. ketuk jela. being professional. boss and staff.dia mengarahkan aku masuk.
"ni ker- kerja yang aw- awak nak sebelum habis waktu kerja. "
"baik. letak je kat situ."
"eh. awak nampak tak terkesan pun dengan apa yang jadi kat cafe tadi? cepat betul lupa" sambungnya lagi.
aii dia ni kalau aku boleh cepuk dia dah lama aku buat.
"being professional lah. sekarang kan waktu kerja"
"ouh bagus. dah pergi sambung kerja awak"
aku menurut je. Ya Allah, sakitnya hati aku. layan aku nak tak nak je. layanlah aku macam pekerja lain. first day dah macam ni. daddy, taknak kerja sini!
—————————————————
"ASSALAMUALAIKUM anak daddy? how was your first day? takdak masalah kan?"
"waalaikumussalam daddy. erm. okey je" aku paksa diri sebut 'oke'
"daddy dapat cam suara kamu. kamu okey tak kerja kat situ ngah?"
aku terpaksa jujur, " sebenarnya daddy. kawan daddy tu okey je. cuma anak dia-"
"ouh daddy tahu, kamu jadi PA Danish kan? apa masalahnya? apapun, lama-lama sesuailah tu. angah jangan buat perangai sudahla ya?"
Daddy jangan lah pesan lagi. aku lagi nak nangis tau!
"aa- aa baik dad-daddy"
"dah tak payah nak nangis ke apa ke. teruskan kerja kat situ. lama-lama nanti okeylah ya. bye assalamualaikum "
terus hang up mecamtu je. mana daddy tahu aku nak nangis. aku betul-betul anak daddy. tengoklah first day kerja kat tempat baru aku call daddy. tak call umi . hehe.
malam tu aku tidur awal. takut esok terjaga lambat. bukan apa. aku dah dingin dengan Danish. nanti buat salah sikit semua kena marah.
686 words
SORRY BOSAN🥺 VOTE DULU SEBELUM BACA NEXT CHAPT❤️
DAH BACA VOTE DULU OKE TEKAN BINTANG KAT BAWAH TU ⭐️❤️ THANKYOU SEBAB BACA , STAY TUNED NEXT PART THEN JANGAN LUPA SHARE KALAU ADA KEKURANGAN KOMEN KAT BAWAH OKE ❤️TBC
YOU ARE READING
[C] love,i'm yours!❤️
Roman d'amour#1st book - tawar hati? sikitlah. benci? boleh tahan. FARISYA TIARA, Gadis yang menunggu selama beberapa tahun, ditolak mentah- mentah, dan dikejar semula. i'm not your barbie doll! ambil masa jugak nak terima balik. tak sanggup tahan? sila angkat k...