> 1

196 14 13
                                    

Dear Chimmy,

Harini, Taehyung kata, dia ada suka pada seorang perempuan yang baru je pindah di kelas aku. Tak silap aku, namanya Kang Chaemin.

Dia ada juga minta tolong aku untuk jadi cupid! Buat Chaemin suka dekat dia dan kemudian bercinta dan akhirnya berkahwin.

Aku nampak kesungguhan Taehyung buat rancangan untuk mendekati Chaemin. Aku harap rancangan Taehyung tu berjaya!

Goodluck My Soulmate!

Love,
Jiminhensem

°°°

Taehyung memandang gadis yang baru sahaja masuk ke dalam dewan kuliah ini. Tak pernah pula aku dengan Taehyung nampak gadis ini.

Taehyung memandang aku dengan senyuman yang gembira. Seakan-akan, ada berita baik yang dia mahu bagitahu aku.

"Perempuan tu cantik. Aku rasa aku suka dia." kata Taehyung lalu memandang gadis yang berada di tepi aku. Tapi selang beberapa mejalah.

Aku menunjukkan riak wajah terkejut.

"Biar betul?" soalku tidak percaya.

Taehyung mengangguk menandakan dia tidak main-main.

"Aku akan pikat hati dia! Kau tolong aku eh, Jim? Tolong jadi cupid!" katanya lalu menepuk bahuku.

Aku tertawa kecil lantas mengangguk. Taehyung kalau dah bersungguh, dia akan bersungguh habis!

Apa-apa sahaja untuk kau, Kim Taehyung.

[C] Soulmate | VMINWhere stories live. Discover now