> 7

92 12 25
                                    

Dear Chimmy,

Harini aku pergi ke perpustakaan awam seorang diri. Hm nak ajak Taehyung tapi dia langsung tak balas mesej aku.

Dia macam malas nak layan aku. Yelah sejak ada Chaemin terus tak layan aku. Hiks hiks, mungkin Chaemin lebih penting.

Lepastu, masa aku nak amik buku di salah satu rak yang ada dalam perpustakaan tu, aku terdengar ada orang cakap.

Cakap pasal aku.

Bila aku jenguk ke tepi sedikit, aku nampak wajah Taehyung dan Chaemin yang galak berbual tentang aku tanpa mereka sedar aku ada di belakang.

Hmmmmm. Aku yakin yang Taehyung mesti sayangkan aku lagilah. Tak mungkin dia nak kutuk aku.

Ya betul. Tak mungkin. Taehyung seorang kawan yang baik!

Love,
CarbonaraPark.


°°°

Aku mengambil buku yang bertajuk 'Budaya Malaysia'.

Pensyarah aku suruh aku membuat kajian tentang negara Malaysia jadi aku buatlah. Walaupun aku tak pernah datang ke Malaysia tapi aku tetap buat.

Saat mahu menuju ke tempat duduk aku, aku terdengar seperti ada yang berkata tentang aku.

Aku menoleh ke tepi dan aku ternampak Taehyung bersama dengan Chaemin. Mereka tidak sedar kehadiran aku disebabkan mereka memandang ke arah tingkap dan bukannya memandang ke arah rak buku.

"Kenapa awak masih berkawan dengan Jimin?"

"Dia kawan baik saya sejak kecil. Jadi apa salahnya jika saya mahu berkawan dengan dia?"

"Dia nampak budak biasa! Dia tak layak untuk berkawan dengan awak. Awak budak kaya tapi dia budak biasa sahaja. Huh, miskin!"

Aku tersentak. Aku nampak reaksi Taehyung hanya diam sahaja.

Chaemin tak tahu kebenarannya. Biarlah.

"Dahlah pendek! Miskin! Hodoh pula tu. Geli saya tengok muka dia!"

Aku menunduk ke bawah. Setitis air mata aku jatuh ke lantai.

Aku sedar aku siapa.

[C] Soulmate | VMINWhere stories live. Discover now