> 3

116 10 15
                                    

Dear Chimmy,

Tadi, aku dengan Taetae keluar berjalan tau. Yelah, dah lama tak luangkan masa bersama-sama. Auch, dah macam pasangan bercinta pula.

Dalam perjalanan kami berdua nak balik, kami terserempak dengan Chaemin. Tapi, bukan dia seorang tapi dengan seorang lelaki.

Nampak mesra juga. Aku ada perasan wajah Taetae dah berubah. Wajah dia terus masam.

Taetae terus jalan tinggalkan aku sorang. Taetae jahat!

Takpe, esok kat kolej nanti, aku merajuk dengan dia. Padan muka dia!

Love,
JiminloveTaeTae

°°°

"Minggu depan jom datang rumah aku. Kita lepak." ajak Taehyung.

Aku hanya mengangguk suka. Kami berdua sibuk dengan kerja yang diberi oleh pensyarah menyebabkan kami kurang luangkan masa bersama. Harini, baru sempat keluar.

Langkah aku mati apabila melihat Taehyung berhenti melangkah. Matanya tertancap pada pasangan kekasih.

Lama aku perhatikan pasangan kekasih itu sebelum aku tergamam.

"Hey Tae. Kau okay tak? Ala fikir positif je. Mungkin abang dia?" kataku prihatin. Aku tak nak kawan aku sedih hiks.

Taehyung tersenyum kecil lalu jalan meninggalkan aku keseorangan.

Aku memerhatikan lagi pasangan kekasih itu. Chaemin dan seorang lelaki yang lebih kemas berbanding diriku dan Taehyung.

Keluarga kami bukannya orang kaya dan bukannya orang miskin. Sedang-sedang je. Tapi, lelaki yang bersama Chaemin itu pula seperti orang kaya.

Siapa orang tu? Aku kena siasat!

[C] Soulmate | VMINWhere stories live. Discover now