< 22

98 11 6
                                    

Jimin's

Argh!

K-Kenapa aku tak boleh nak buka mata? K-Kenapa sekeliling aku gelap gelita? Kenapa tangan aku tak boleh gerak ni? Aku dah buta ke?

Aku dah mati ke?

Eh tapi kenapa aku dengar ada suara orang ni? Pelik betul situasi yang aku hadap sekarang ni.

"Jimin, bangunlah. Maafkan aku. A-Aku menyesal."

D-dia nangis? Tapi siapa yang buat dia menangis?

Siapa dia? Suara macam lelaki.

Aku cuba untuk membuka mata namun masih tidak terbuka. Aku juga cuba untuk menggerakkan tangan namun masih tidak boleh bergerak. Seakan-akan aku sudah lumpuh satu badan.

Aku hanya diam. Ingin keluarkan suara, tapi suara tidak keluar. Apa yang berlaku sebenarnya?

Tidak lama selepas itu, aku terdengar pula suara seorang lelaki. Ya, suara yang berbeza.

"Hyung, harini Kook bawa makanan kegemaran hyung. Hyung mesti nak makan kan? Kalau nak, kenalah bangun!" kata lelaki itu semangat.

Kenapa mereka suruh aku bangun? Aku dah bangun kan?

"Dah nak tiga bulan hyung rehat. Tak akan masih penat lagi hurm? Oh mungkin hyung perlukan masa. Ambillah masa tu tapi janganlah lama sangat. Rindu."

Lelaki itu memegang tanganku erat.

"Kook tahu hyung akan bangun. Tolong bangun demi Kook."

Nada suaranya seakan merayu. Nada suaranya juga kedengaran sedih.

M-Maafkan aku jika aku penyebab korang nangis. Aku tak tahu apa yang berlaku sekarang ni.

"Hyung Tae dan Kook sentiasa menunggu hyung." kata lelaki itu lembut sebelum dia melepaskan tanganku.

Sudahlah aku tak nampak apa-apa. Kemudian, nak gerakkan tubuh badan pun tak boleh.

Kenapa?

[C] Soulmate | VMINWhere stories live. Discover now