< 23

110 14 4
                                    

Pukul berapa sekarang ni? Sudahlah aku tak nampak apa-apa. Tiada langsung cahaya.

Nak kata aku dah mati, tak akan baru aku sorang yang dah mati?

Banyak kali aku dengar suara lelaki yang datang beberapa hari lepas. Tak habis lagi dengan kata maafnya dan merayu agar aku bangun.

Persoalannya, aku dah bangun dan kenapa diaorang suruh aku bangun lagi?!

"Berapa lama lagi kau nak rehat ni? Penatlah aku tunggu."

Dah tahu penat, kenapa masih mengharap?

"Doktor kata kau mengalami kemalangan yang teruk dan di sebabkan tu kau koma. Tapi tak akan lama sangat?" luah lelaki itu.

"Aku bersyukur yang kau masih selamat. Terima kasih sebab selamatkan aku. Kalau tak, aku rasa aku yang berada kat tempat kau sekarang ni. Doktor juga ada cakap yang kau dengar apa semua yang luah." sambungnya lagi.

Aku mengerutkan dahi. Kemalangan? Selamatkan dia?

Tanpa Taehyung sedar, ada sebuah kereta menghampirinya dengan laju. Aku terus berlari dan menolak tubuh Taehyung.

Akibatnya, aku yang di rempuh oleh kereta tadi. Sakit di dada mula menyerang.

K-Kepala aku sakit! Apa yang berlaku sebenarnya?

---

Taehyung tersenyum memandang wajah Jimin yang sedang lena. Wajahnya tenang.

Senyuman yang terukir di bibirnya mati apabila mendapati tubuh Jimin yang tiba-tiba sahaja menggeletar.

Taehyung yang panik terus memanggil doktor yang merawat Jimin. Hatinya risau melihat tubuh kawan baiknya begitu.

"Encik tunggu di luar sebentar." kata doktor itu tegas. Dia juga turut panik apabila melihat keadaan pesakitnya.

Taehyung mengangguk akur. Dalam hatinya, dia berdoa yang terbaik untuk sahabatnya.

"Jangan tinggalkan aku, Jimin."

[C] Soulmate | VMINWhere stories live. Discover now