< 25

183 15 44
                                    

20 Tahun Kemudian...

Taehyung menolak kerusi roda menuju ke arah aku. Kemudian, dengan perlahan mengangkat tubuhku lalu di letakkan di kerusi roda.

Disebabkan tubuh aku yang separuh lumpuh dan tidak boleh bergerak, Taehyung terpaksa menolong aku.

Ada yang tertanya tentang kehidupan kami bertiga termasuk Jungkook selepas kejadian 20 tahun lepas berlaku.

Aku masih belum berkahwin. Masih bujang. Siapa je yang mahukan lelaki lumpuh seperti aku? Aku dah tak mampu nak gerak ke mana-mana lagi. Hanya mengharapkan pertolongan.

Taehyung sudah berkahwin namun baru beberapa tahun dia berkahwin, isterinya meminta cerai atas sebab Taehyung yang hampir setiap hari datang ke rumah aku dan menjaga aku sampai lupa bahawa dia telah berkahwin.

Jungkook pula sudah menjadi pelakon terkenal di Korea Selatan. Walaupun umur telah masuk 40, masih ramai pengarah yang mahu Jungkook sebagai pelakon utama.

Aku tersenyum nipis melihat telefon aku di mana Jungkook yang sedang berlakon. Tak sangka Jungkook sudah berjaya. Tengok di Youtube sahajalah. Malas nak download aplikasi lain.

"Jim, aku lapar. Kau lapar tak?" kata Taehyung sambil mengurut perlahan bahuku.

Usia telah tua.

Aku menggeleng perlahan.

"Kau makanlah." balasku lalu tersenyum nipis.

Taehyung membalas senyumanku lalu dia menolak kerusi rodaku dan dia berhenti apabila kami sudah sampai di bawah pokok besar sambil menghayati keindahan alam di hadapan kami sekarang.

Kami berada di sebuah pantai. Jungkook yang ajak jadi kami on saja.

"Jimin, kau nampak dua orang lelaki dekat situ?" soal Taehyung sambil menunjukkan dua orang lelaki yang tidak jauh daripada kami.

"Nampak. Kenapa?" soalku hairan.

Taehyung memandang wajahku sebelum memandang ke arah dua orang lelaki itu.

"Mereka berdua seperti kita waktu muda. Main kejar-kejar di tempat awam. Langsung tak kisah pasal malu. Aku rindu semua tu." kata Taehyung dan serentak itu kedua-dua orang lelaki itu atau lebih tepat kedua-dua remaja lelaki itu datang menghampiri kami berdua.

"Annyeong Ahjusshi."

Ahjusshi? Terasa diri ini terlalu tua.

"Annyeong." serentak aku dan Taehyung membalas teguran mereka.

"Ahjusshi sihat? Hehe saya tanya sebab shjusshi duduk dekat kerusi roda. Saya rasa ahjusshi bukan umur 50 tahun dan ke atas." kata remaja lelaki itu.

Bagus. Peramah.

"Ahjusshi sihat. Dia duduk dekat kerusi roda bukan sebab sakit tapi kaki dia tak boleh gerak. Kiranya dia lumpuh." balas Taehyung.

Remaja lelaki itu mengangguk.

"Saya macam pernah nampak muka ahjusshi. Eh! Ahjusshi ni abang kepada Jeon Jungkook pelakon terkenal tu?" kata kawannya pula.

[C] Soulmate | VMINWhere stories live. Discover now