< 24

113 10 4
                                    

Aku memandang wajah Taehyung dan wajah Jungkook. Kelihatan wajah mereka berdua merah atas sebab menangis tanpa henti.

Kejadian yang berlaku satu jam yang lepas betul-betul merobek hati aku.

Penglihatan aku kabur. Disebabkan mata aku kabur, aku tidak dapat melihat keadaan sekeliling dengan sempurna.

Aku memegang kepalaku. Cahaya yang masuk ke dalam retina mataku, membuatkan aku terpaksa menutup mata.

Aku cuba untuk bangun tapi tidak boleh. Aku tidak dapat merasa kakiku sendiri.

"K-Kenapa?"

Sumpah aku tak rasa kaki aku!

"Encik nampak saya tak?" soal seorang lelaki.

Aku mengangguk apabila dapat melihat wajah lelaki itu. Dia memakai kot yang berwarna putih. Doktor?

"Syukur. Encik baru sahaja sedar dari koma. Buat masa ini, encik perlu ditahan di hospital untuk beberapa hari."

"K-Kenapa saya tak dapat g-gerakkan kaki saya?" soalku perit.

Wajah doktor lelaki itu kelihatan sayu.

"Encik disahkan lumpuh untuk selamanya. Hanya separuh badan yang dapat bergerak."

Aku pantas mengalirkan air mata. Kaki yang selama ini aku guna untuk berjalan, berlari, bersenam, sudah tiada.

"T-Tapi sakit yang encik ada iaitu sakit pneuimoia, sudah pulih. Ianya sebuah keajaiban!"

Aku menunduk. Sekarang, baru aku ingat. Aku koma. Suara-suara yang aku tidak kenal rupanya suara Jungkook dan Taehyung.

"Aku dah sedar tapi kenapa korang nangis? Tak suka tengok aku dah sedar?" soalku cuba untuk menutup rasa sedih di dalam hati.

Park Jimin seorang lelaki yang kuat. Ya, aku yakin!

"M-Maafkan aku. Aku punca kau lumpuh!" kata Taehyung lalu memeluk tubuhku erat.

Aku tersenyum kecil. Dia masih kawan baik aku. Selama aku kawan dengan dia, dia banyak tolong aku.

Tak akan disebabkan salah yang sebesar zarah, kita terus lupakan semua kebaikan yang dia buat?

Aku membalas pelukannya.

"Iya, aku maafkan. Aku faham kenapa kau buat macam tu. Dah, jangan nangis. Aku belum mati lagi." kataku lalu tertawa kecil.

Taehyung terus menyeka air matanya dan kemudian terus meleraikan pelukan.

"Kook, kau tak rindu aku?" soalku kepada Jungkook yang hanya memerhati.

Jungkook mengangguk lalu memeluk tubuh aku pula.

"Kook s-sayang hyung!"

Tanpa sebuah amaran, Taehyung turut memeluk aku.

Air mata yang aku tahan kini mengalir dengan laju. Aku membalas pelukan mereka berdua erat.

"Aku pun sayangkan korang berdua."

[C] Soulmate | VMINWhere stories live. Discover now