< 21

98 13 5
                                    

Sejujurnya, saya tak tahu nak buat ending apa. Sad ending atau happy ending?

Jungkook melempar sebuah buku di peha milik Taehyung kasar. Taehyung yang melayan perasannya terkejut dengan kehadiran buku itu.

Taehyung mengerutkan dahinya. Tak silap dia, ini buku yang pernah dia bagi hadiah pada Jimin.

"Kau nak aku buat apa dengan buku ni?" soal Taehyung terus. Dia berdehem untuk membetulkan suaranya yang serak.

"Baca." balas Jungkook ringkas lalu terus keluar dari wad bilik Jimin.

Taehyung memandang wajah Jimin sekilas sebelum dia membaca buku itu.

This is my story with my soulmate, Kim Taehyung. Thankyou because you give me this beautiful present. I appreciate it.

Taehyung tergamam. Jadi Jimin menulis kisah hidup dia di buku ini?

Dengan perlahan, Taehyung membuka helaian pertama. Tiada apa yang menarik di situ sehingga tiba di helaian 245.

Banyak yang Taehyung baca dan kebanyakannya Taehyung akan tertawa suka. Mungkin apa yang ditulis Jimin kelakar baginya.

Tubir mata Taehyung terasa panas. Betapa banyaknya salah dia pada Jimin.

Taehyung membaca helaian terakhir yang Jimin tulis.

Dear Chimmy,

Aku rasa aku dah tak lama dah kat dunia ni. Aku dapat rasakan yang nyawa aku bakal diambil. Mungkin bukan hari ini tapi mungkin hari esok.

Bila Taehyung nak tahu yang minah tak guna tu dah curang dengan dia? Aku harap bila dia dapat tahu benda ni, dia akan cari aku dulu. Hehe.

Taehyung menyeka air matanya perlahan. Disebabkan dia, Jimin terlibat dengan satu kemalangan yang hampir sahaja meragut nyawanya.

Lagi beberapa minggu nak hari lahir Taehyung! Aku kena bersiap sedia dulu ni. Nak belikan dia hadiah.

Persoalannya adalah nak kasi hadiah apa? Duit pun habis pada ubat aku :(

Cepatlah sembuh, diri sendiri. Aku rindu nak sihat semula. Kalau aku dah sihat, bolehlah aku beli hadiah Taehyung hurm.

Eh! Kejap lagi aku nak pergi buat rawatan. Mesti Jungkook dah tunggu aku kat bawah. Hehe, maaf Kook.

Aku doakan semoga aku cepat sembuh dan dapat meluangkan masa berdua dengan kawan baik aku, Kim Taehyung.

Fighting Park Jimin!

Love,
Ilovemyself.

Taehyung memandang Jimin. Taehyung meraup wajahnya kasar. Hari terakhir dia tulis itulah tarikh di mana Taehyung dapat tahu yang Chaemin curang dengan dia.

"Bangunlah Jimin. Tak kasihankan aku?"

[C] Soulmate | VMINWhere stories live. Discover now